Sponsored Post | Detik indah bersama Projek #RAMADANMALAYSIA 2015

Wednesday, September 16, 2015

Assalamualaikum. Dulu, masa zaman Ayue masih kecil, perayaan yang paling Ayue tunggu-tunggu adalah Hari Raya Aidilfitri. Mana tidaknya, masa itu lah Ayue boleh kumpul duit raya banyak-banyak. Paling best bila semua sepupu-sepupu datang rumah Ayue beraya sebab ayah Ayue adalah anak sulung, adik-beradik yang lain pasti akan ke rumah kami dulu. Seronok sangat.

Tapi, sebelum raya Ayue kena lalui bulan Ramadhan dimana Ayue kena berpuasa penuh jika nak duit raya dari Ayah. Menjadi kanak-kanak yang gemarkan makanan dan sentiasa lapar, berpuasa adalah sesuatu yang agak sukar bagi Ayue. Secara jujur, banyak kali juga lah Ayue curi-curi minum air dalam bilik mandi. Tapi itu dulu, zaman kanak-kanak lah paling seronok sekali bila tiba bulan ramadhan dan syawal.

Bulan Ramadhan adalah masanya untuk kita mengejar pahala membuat pelbagai jenis kebaikan kerana pahala akan dilipat gandakan. Rugi kalau kita lepaskan peluang, betul tak?

Sayangnya, memori kita tidak kekal lama, makin kita tua memori kian pudar. Untuk ceritakan kisah kita pada generasi akan datang agak sukar kerana mereka tidak dapat membayangkan suasana zaman dulu. Syukur kini segala dah mudah. Pelbagai alat telah dicipta untuk memudahkan kita menyimpan memori. Bukan saja gambar, malah video juga!.


Panadol Malaysia telah mengambil peluang ini untuk membuat Projek #RamadanMalaysia 2015 dengan mengumpulkan saat-saat indah dan berkualiti bersama keluarga di Malaysia semasa bulan Ramadhan melalui platform social media (Facebook, Instagram, Twitter) dengan menggunakan hashtag #panadolmalaysia #ramadanmalaysia. Pelbagai detik telah dikongsikan seperti berjumpa dengan rakan dan keluarga, pergi ke bazaar ramadhan, berbuka puasa bersama-sama, malah semasa menyediakan juadah raya juga dikongsikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Sangat meriah.


Selepas Aidilfitri, Panadol Malaysia mengumpulkan pula kesemua post tersebut dan membuat sebuah video yang mengandungi gambar-gambar terbaik dan saat-saat paling indah. Mereka mempunyai lebih 400 penyertaan yang meliputi gambar dan video. Setiap peserta yang menyertai sebelum 16 Julai (penyertaan layak) akan diberikan voucher membeli belah Giant bernilai RM300 dan sepasang tiket wayang GSC sebagai bonus.

Mesti anda teruja untuk melihat video tersebut bukan? Klik video dibawah ini untuk melihat video tersebut.


Apa pendapat anda tentang video ini? Ayue sangat suka dan tertarik dengan inisiatif Panadol Malaysia untuk mengumpulkan detik-detik ini kerana terpancar wajah-wajah bahagia di setiap gambar. Memori adalah sesuatu yang tidak boleh dijual beli. Pastinya memori kita adalah yang paling bernilai bukan?

Ramadan adalah masa untuk renungan & ketaatan. Bersyukurlah untuk segala-galanya yang kita ada dan untuk semua orang yang bersama dengan kami.



Untuk info lanjut, boleh layari:






xoxo,


This post has been presented by Panadol, but all thoughts and opinions are my own

You Might Also Like

1 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page