Electric Run Malaysia | Pengalaman berlari 5km dengan lampu neon

Thursday, October 01, 2015

Assalamualaikum. Hari ni Ayue nak cerita dengan anda pengalaman yang sangat awesome yang Ayue lalui minggu lepas. Kecoh satu Malaysia ni tentang Electric Run yang diadakan di Selangor Turf Club ni sebab Electric Run Malaysia ni merupakan larian neon yang terbesar di Malaysia. Woohoo!


Ayue bangga juga sebenarnya bila menjadi salah seorang daripada lebih 12,000 peserta yang hadir pada malam tu. Mana tidaknya, kami kena lari 5km sambil bertemankan lampu berwarna-warni dan muzik yang sangat havoc.


Bagi Ayue 5km tu adalah satu jarak yang agak jauh sebab Ayue dah lama tak bersukan. Bila diberi peluang untuk bersukan sambil berseronok macam ni, memang Ayue takkan lepas peluanglah kan. Seronok sangat okey. Ada yang hadir bersama kawan dan keluarga, Masing-masing meriah dengan lampu. Tak cukup dengan lampu, siap conteng pula lagi muka dengan pen glow in the dark. Semangat betul!



Suasana pada malam itu memang Ayue takkan lupa sampai bila-bila. Semua orang berlampu berwarna-warni. Sangat meriah. Ayue pun takkan nak tengok je orang berlampu kan? Ayue mestilah nak juga. Terima kasih pada Tune Protect kerana menyediakan segala kelengkapan untuk Ayue sama-sama merasai keseronokan berlari di Electric Run yang pertama kali di adakan di Malaysia ni. Syukur.




Oh ya, untuk anda yang masih tidak tahu, Tune Protect adalah jenama baru bagi Tune Insurance. Dalam erti kata lain, ia telah dijenamakan semula daripada Tune Insurance kepada Tune Protect. Tune Protect ni menjadikan pembelian insurans mudah, ringkas dan straightforward secara online. Tune Protect juga merupakan partner insurans rasmi untuk Electric Run ni tau.


Salah satu produk yang ditawarkan adalah Tune TrIP Travel Insurance. Hyper Tune TrIP Travel Insurance ialah travel insurance yang berpatutan hanya dari RM9 setiap perjalanan! Kalau anda melancong kerap , anda boleh memilih rancangan acara tahunan atau rancangan keluarga! Bukan je boleh protect anda daripada kehilangan bagasi, malah banyak lagi yang Tune TrIP Travel Insurance ni cover! Hahhhh baru Ayue tahu travel insurance sebenarnya bukan sekadar cover bag je, hehe.

Yang paling penting, setahu Ayue memang tak susah kalau anda nak beli Tune TrIP Travel Insurance ni.



Berbanding dengan tongue-twister yang susah-susah putar belit ni, lagi senang nak beli Tune TrIP Travel Insurance ni hahah.




Sebelum kami memulakan larian, semua orang berkumpul di garisan permulaan. Kami dilepaskan secara berperingkat. Suasana di kawasan pelepasan sangat happening! Semua orang terhibur dengan lagu techni yang dimainkan dan semangat untuk lari tu semakin membuak-buak.


Sepanjang 5km larian pula, ada beberapa zone yang telah dihias dengan pelbagai lampu berwarna-warni. Antaranya Mystery Lane, Neffmau5 Land, Electro Rainforest, Rainbow Road, Under The Sea, Candy Land, dan Power House. Percaya atau tidak, di semua zone ini Ayue akan berhenti untuk tangkap gambar kerana terlalu cantik. Susah nak dapat permandangan macam ni di tempat lain. Orang lain pun tak lepaskan peluang untuk mengabadikan kenangan berlari di Electric Run ni.









Paling Ayue suka adalah zone Under The Sea kerana disitu terdapat graffiti yang diperbuat daripada pen glow in the dark. Nampak sangat unik.



Water Station juga disediakan jika kami ingin behenti minum air. Menariknya, di Water Station itu sangat lah meriah dengan kehadiran Electric Man ni. Water Station tu dah nampak macam tempat konsert pun ada. Hehe.



Ayue juga tak lepaskan peluang untuk bergambar di Inflatable pillars Tune Protect.


Macam tak percaya pun ada bila Ayue Berjaya sampai hingga ke garisan penamat. Walaupun agak lambat, tapi Ayue berjaya habiskan. Yeay!



Keseronokan larian kami tidak habis sampai disini je tau. Di garisan penamat, terdapat pelbagai booth dan konsert yang menghiburkan untuk kami melepaskan penat. Booth Tune Protect lah yang paling meriah sekali kerana disana ada UV Photobooth, permainan dan hadiah. Masing-masing beratur panjang di UV Photobooth kerana tak sabar nak mencuba photobooth light paint yang pertama di Malaysia ni.




Ayue pula sibuk main game dadu dengan Jack. Seronok tau. Kami kena baling dan dapatkan gambar yang sama untuk menang hadiah. Banyak kali juga lah baling baru menang. Haha.


Paling best, sepanjang larian tadi, tangan Ayue ni tak henti-henti update tentang setiap zone yang Ayue kunjungi. Tak sangka pula salah satu dari gambar tu menarik perhatian Tune Protect. Dah penat lari, dapat hadiah pula lagi. Seronok betul.


Berlari di Electric Run adalah pengalaman yang sangat menarik. Sebelum bersurai, sempat Ayue dan rakan lain bergambar di booth Tune Protect dengan T-Shirt “I am Protected” yang diberikan oleh Tune Protect.


Harap-harap tahun depan adalah lagi Electric Run ni. Tak sabar nak join. Terima kasih Tune Protect kerana menjemput Ayue untuk berlari di Electric Run. Ayue suka sangat-sangat! Nak tengok gambar-gambar dari Electric Run:

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1158466390838191.1073741886.488916124459891

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1158369787514518.1073741885.488916124459891






Untuk anda yang nak tahu lebih lanjut tentang Tune Protect, boleh layari :




xoxo,

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog Archive