HADA LABO 5-IN-1 WHITENING COOLING GEL LOTION

Tuesday, October 20, 2015

Sejak Lotion Hada Labo dilancarkan di Jepun pada 2004. Hada Labo Hydrating Lotion telah mengekalkan kedudukannya sebagai losen wajah No.1 di Jepun untuk 7 tahun berturut-turut.

Hada Labo Lotion yang dengan ramuan Asid Hialuroniknya berkesan mengunci kelembapan untuk membekalkan kelembapan berganda kepada kulit. Losen ini berfungsi untuk menghidrat kulit secara mendalam sambil mengekalkan keseimbangan lembapan optimum bagi menyediakan kulit untuk menyerap produk penjagaan kulit yang seterusnya lain dengan lebih baik.

Hada Labo Lotion yang telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2010, semakin berkembang maju dengan pengenalan pelbagai jenis variasi losen untuk membantui keperluan pengguna untuk menangani pelbagai masalah kulit. Memperkenalkan Hada Labo Whitening Cooling Gel Lotion terbaharu dengan inovasi losen terkini yang pasti akan membawa kegembiraan kepada pengguna. Losen inin mengandungi fungsi 5-dalam-1. Ia berupaya berfungsi sebagai losen sebagai losen, pupur, serum, toner dan pelembab.

Ia juga memberikan sensasi sejuk kepada kulit agar ia kekal segar sepanjang hari. Hada Labo Whitening Cooling Gel Lotion ini mengandungi dua jenis Asid Hialuronik (Asid Hialuronik dan Asid Hialuronik Nano) yang berupaya meresap dengan segera jauh ke dalam lapisan kulit untuk penghidratan mendalam dan tidak meninggalkan rasa melekit pada kulit.

Selain daripada ciri-ciri berupaya untuk melembapkan kulit, ia juga mengandungi Vitamin C yang berkesan untuk mencerahkan tona kulit untuk kulit lebih cerah, jernih dan berseri. Produk ini juga diperkaya dengan ekstrak tumbuhan Witch Hazel untuk membantu menganjalkan serta mengetatkan liang-liang pori untuk kulit lebih licin dan halus. Secara keseluruhan, ia bukan sahaja membantu mencerahkan ton kulit tetapi menjadikan kulit lebih licin, lembut dan terhidrat sepanjang hari.

Produk Hada Labo adalah bebas dari pewangi, pewarna, minyak mineral dan sumber haiwan. Ia juga mempunyai seimbang dan oleh itu sesuai untuk kulit sensitive. Untuk hasil yang lebih baik, gunakan bersama-sama dengan produk rangkaian pencerahan lain termasuk: 1) Whitening Face Wash 2) Whitening Essence 3) Whitening Milk 4) Whitening Cream 5) Whitening Perfect Gel dan 6) Whitening Mask.


Cara penggunaan:
Selepas pembersihan, tuangkan gel losen yang mencukupi pada tapak tangan dan sapu pada bahagaian muka serta leher. Tepuk perlahan-lahan untuk membolehkan penyerapan ke dalam kulit. Gel losyen gel mempunyai tekstur seperti gel, ia akan berubah menjadi air apabila sapu pada kulit. Hada Labo Whitening Cooling Gel Lotion boleh diperolehi dengan harga RM63.50 secara ekslusif di semua kedai Watsons di seluruh Malaysia.



xoxo,

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page