Luminous | Serum dari Remedy.My untuk Kulit Wajah Flawless & Youth

Thursday, October 29, 2015

Assalamualaikum. Alhamdulillah, lega rasanya bila tengok dekat luar jerebu dah takda. Cerah je tengok langit. Lama juga kita terseksa nak bernafas kan? Bukan setakat paru-paru yang seksa, kulit kita pun terseksa sebab terdedah dengan udara yang tak sihat. Jadi, rakyat Malaysia berpotensi untuk mempunyai masalah kulit tanpa mengira umur dan jantina.

Macam Ayue, 3 minggu lepas memang saat yang kritikal buat Ayue sebab tempat Ayue bekerja sedang sibuk dengan acara tahunannya di Jepun. Jadi Ayue pun sama sibuk lah uruskan macam-macam benda. Sampai satu tahap Ayue rasa sangat stress dengan tekanan kerja. Mana tidaknya, tidur lambat, makan tak terurus, muka pula jadi letih. Lagi bertambah stress bila kulit muka mula mengeluarkan jerawat-jerawat yang banyak dan tak diundang tu. Tekanan gila okey. Ditambah pula dengan udara yang tak sihat, macam menggalakkan lagi menumbuhan jerawat di wajah Ayue ni.

Sekarang, bila jerebu dah kurang? Jerawat kurang juga ke? Haaa, ni yang Ayue nak share dengan anda ni. Masa Ayue sedang sibuk-sibuk tu, Ayue diperkenalkan dengan satu serum dari Remedy.My yang pada Ayue sangat awesome sebab ia dapat mengatasi masalah besar Ayue ni.


Ayue memang sedia maklum yang serum ni sangat bagus untuk kulit wajah. Selain dari set penjagaan yang biasa kita guna seperti pencuci, penyegar dan pelembap, serum juga penting untuk kulit kelihatan cantik.

Serum dari Remedy.My ni mempunyai pelbagai jenis yang mempunyai kelebihan yang tersendiri antaranya Luminous Serum,Golden Serum, Plush Serum, Serene Serum dan Radiance Serum. Untuk Ayue, Ayue memilih LUMINOUS by Remedy.My untuk mengatasi masalah Ayue.



Luminous by Remedy.My | Harga : RM79

Disebabkan kulit Ayue jenis berminyak dan Ayue nak hilangkan parut jerawat, Ayue pilih serum Luminous. Ayue nak hilangkan semua parut-parut kesan tekanan kerja hari tu. Hehe.



Kelebihan Luminous

Mencerahkan kulit
Mengurangkan parut
Mengecutkan jerawat / jeragat
Mengawal minyak di muka
Melenyapkan bintik hitam dan putih
Meratakan tona kulit
Menghilangkan milia seed / oily seed


Haa, banyakkan kelebihan Luminous ni? Ayue sangat tertarik dengan kebolehannya untuk menghilangkan milia seed. Keturunan Ayue memang mempunyai masalah milia seed ni. Nenek dan mak Ayue ada banyak milia seed di bahagian leher dan bawah mata. Ayue dan kakak Ayue pun dah mula menunjukkan tanda-tanda kemunculan milia seed tu. Ayue pula dan mula tumbuh di bahagian leher. Risau juga dibuatnya kalau naik banyak nanti kan? 

Jadi, alang-alang Ayue nak hilangkan parut jerawat, apa kata hilangkan sekali milia seed ni? Hehe. Malah, Ayue tak perlu risau sebab serum ini disahkan HALAL dan mendapat kelulusan KKM.


Cara menggunakan Serum Luminous

Serum ini digunakan dua kali sehari. Pagi dan sebelum tidur. Macam regim penjagaan wajah yang biasa. 

1) Pencuci
2) Penyegar
3) Remedy Serum
4) Pelempab / Sunblock
5) Makeup

Mudahkan? Hanya satu rata dibahagian wajah dan biarkan ia meresap ke dalam kulit dan kering. Serum ini tidak melekit dan cair seperti air. Hanya mengambil beberapa saat untuk ia kering. Anda tak perlu risau kerana rasanya seperti tidak memakai apa-apa.

Lepas 3 minggu Ayue menggunakan serum Luminous by Remedy.My ni, memang Ayue dapat rasa kesannya. Agak ketara sebenarnya dan Ayue sendiri terkejut. Mana tidaknya, kulit wajah Ayue bukan setakat makin lembut dan cerah, malah masalah parut jerawat Ayue juga makin pudar. Kulit pun kurang berminyak lepas Ayue mengamalkan serum Luminous. Awesome kan?! Sesuai dengan tagline Luminous ni, Flawless + Youth


Paling Ayue suka bila apply serum ni waktu malam, esoknya bila bangun, kulit rasa sangat lembut. Lepas tu tersengih sendiri sebab happy kulit makin cantik. Haha! Apa pun, untuk kesan yang ketara dan berpanjangan, anda kenalah guna serum ni secara berterusan. Jangan kejap guna, kejap berhenti. Macam mana nak nampak kesannya bukan? Ingat, kunci untuk kulit cantik dan sihat hanya satu. RAJIN. Gunalah produk bagus macam mana pun, mahal macam mana pun. Kalau malas, tak guna juga. 


Untuk anda yang ingin dapatkan serum Luminous atau serum-serum lain yang sesuai dengan kulit anda dari Remedy.My, anda boleh layari website di bawah. Banyak testimoni yang berjaya boleh anda lihat. Semuanya happy dengan kesan yang mereka dapat lepas menggunakan serum dari Remedy.My ni.

WEBSITE: www.remedy.my




xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive