Mary Kay TimeWise MicroDermabrasion Plus Set Review

Tuesday, October 20, 2015

Assalamualaikum. Tau tak, benda yang paling Ayue risau bila berjumpa dengan orang ramai adalah apa pendapat mereka tentang kulit Ayue bila tengok secara dekat. Dari jauh bukan main nampak flawless, dalam gambar apatah lagi. Tapi bila depan-depan? Haa..macam-macam ada. White head lah, black head lah, liang pori pulak fuhhh..besar!

Majoriti wanita mengalami masalah yang sama dengan Ayue rasanya. Pada Ayue, kunci dia hanya rajin. Kita kena rajin belek wajah kita. Kita kena rajin belai wajah kita. InsyaAllah, masalah tu semua akan hilang. Tapi nak belek, nak belai semua tu guna apa? Ni yang Ayue nak share dengan anda ni.

Macam Ayue pernah cerita tentang semua produk Mary Kay sebelum ni. Kali ni pun sama. Produk Mary Kay memang superb! Untuk anda yang mempunyai masalah kulit berminyak, banyak white head, black head dan liang pori yang besar, Ayue cadangkan anda guna Mary Kay TimeWise MicroDermabrasion Plus Set.



Set ini mempunyai dua produk iaitu scrub dan serum yang sesuai untuk semua jenis kulit. Ia akan membantu akan untuk memdapatkan kulit yang berseri-seri dan bebas dari masalah yang Ayue sebutkan tadi. Whoaaa. Selain dari set penjagaan kulit yang biasa anda gunakan untuk rutin harian, scrub dan serum juga penting untuk boost up keberkesanannya.



Mary Kay TimeWise® Microdermabrasion Refine

Macam yang kita semua tahu, kita tak perlu menggunakan scrub hari-hari. Cukup sekadar 2 ke 3 kali seminggu. Refiner ini adalah scrub yang sangat halus. Kita tak perlu sental terlalu kuat kerana kulit wajah kita sangat nipis dan yang bestnya, scrub ini akan membersihkan wajah anda hingga ke dasarnya. Kulit wajah anda akan nampak lebih cerah dan glowing setiap kali lepas menggunakannya.




Kelebihan menggunakan TimeWise® Microdermabrasion Refine

Membersihkan sel-sel kulit mati, kekotoran dan membersih hingga ke dalam liang pori
Meningkatkan baru tumbuh semula sel kulit
Membantu untuk menaikkan semula kulit yang sihat dan berseri

Cara penggunaan:
Selepas membersih wajah, sapukan TimeWise® Microdermabrasion Refine ke atas wajah yang basah dan urut perlahan-lahan dengan gerakan membulat selama 1 ke 2 minit. Fokus pada bahagian bermasalah dan kemudian bilas. 


Tahu tak kenapa Ayue risau bila orang lihat wajah Ayue secara dekat? Sebab setiap orang mempunyai lebih 20,000 liang pori pada muka masing-masing. Banyak kan?! Sebab itu kita kena pastikan liang pori kita kecil supaya wajah nampak lebih flawless, tanpa cela. 




Mary Kay TimeWise® Pore Minimizer Serum

Selepas membersih wajah dengan refiner, anda boleh gunakan TimeWise® Pore Minimizer Serum pula untuk mengurangkan penampilan liang-liang pori. Serum ini merupakan gabungan ekstrak botani yang dapat membantu mengukuhkan kulit kita sekaligus menjadikan saiz liang kelihatan lebih kecil.




Kelebihan menggunakan TimeWise® Pore Minimizer Serum

Membantu mengukuhkan kulit dan menjadikan saiz liang kelihatan lebih kecil
Ia tidak berminyak atau melekit dan meninggalkan kemasan yang licin.
Mempunyai formula menyerap yang pantas yang membantu menenangkan dan membuat kulit selesa 
Mengurangkan kemerahan

Cara penggunaan:
Selepas menggunakan TimeWise® Microdermabrasion Refine, pam 2 - 3 kali ke tapak tangan sapu rata keseluruhan kulit wajah. 2 kali sehari, pagi dan malam. Kemudian teruskan dengan rejim penjagaan kulit anda.




Jika anda menggunakan Mary Kay TimeWise MicroDermabrasion Plus Set ini secara konsisten, anda akan lihat keberkesanannya seawal 3 minggu! Seronokkan kalau dapat kulit wajah yang flawless dan glowing? Hehe. Set ini berharga RM350 



Untuk makluman lanjut tentang Mary Kay, boleh layari :

Laman web : www.marykay.com.my
Facebook : Mary Kay Malaysia
Mary Kay’s Independent Beauty Consultant : 03-7711 7500




xoxo,

post signature

You Might Also Like

5 comments

  1. maaf nk bertnya..if sy amik plus set ni bersama2 dgn set timewise yg ade cleanser,moisturizer,day & night solution,,selepas sy pakai serum baru pakai day solution n moisturizerkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. serum perlu dipakai sebelum moisturizer sbb molekulnya lebih kecil. Ia akan serap masuk ke dalam kulit dlu, kemudian baru moisturiser.

      Delete
  2. maaf nk bertnya..if sy amik plus set ni bersama2 dgn set timewise yg ade cleanser,moisturizer,day & night solution,,selepas sy pakai serum baru pakai day solution n moisturizerkan

    ReplyDelete
  3. kalo pkai dua ni dgn set timewise,, slps pkai serum bru pakai day/ night solution n moisturizer la ye?

    ReplyDelete
  4. Salam..sy nk brtanya..sy mnggunakan set botanical..so scrub tu sblm pakai mask ye?lps tu bru gn serum..toner n moisturiser?serum pakai setiap hari ke?

    ReplyDelete

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive