Peraduan Seni 'Cita-Cita Hooray' Wyeth Nutrition

Wednesday, October 14, 2015

Assalamualaikum. Baru-baru ni Wyeth Nutrition telah membuat satu majlis penyampaian hadiah untuk empat pemenang Peraduan 'Cita-Cita Hooray' Wyeth Nutrition di KidZania, Kuala Lumpur. Ayue sangat teruja untuk hadir kerana bukan saja Ayue dapat lihat siapa yang telah memenangi peraduan tersebut, malah Ayue dapat berjumpa dengan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor.


Zaid Mohamad, penulis tempatan dan pakar keibubapaan yang membantu ibu-bapa dalam mendorong anak-anak mereka mencapai impian juga ada di majlis itu. Sebenarnya ini merupakan kali pertama Ayue mendengar bengkel tentang ibubapa. Maklumlah, Ayue masih belum menjadi ibu, tapi bengkel yang diberikan oleh Zaid pada majlis itu benar-benar membuka mata Ayue tentang betapa pentingnya cara kita membesarkan anak-anak dan cara kita berkomunikasi dengan mereka untuk membentuk insan yang berjaya.


Untuk anda yang tidak tahu, Wyeth Nutrition S-26 Progress dan S-26 Promise membantu kanak-kanak untuk membina satu asas kukuh bagi proses pembelajaran mereka. Peraduan Seni 'Cita-Cita Hooray' telah berlangsung dari 1 April - 30 Jun 2015 terbuka kepada pengguna Wyeth Nutrition S-26 Progress dan S-26 Promise. Peraduan ini bertujuan mewujudkan satu platform untuk kanak-kanak menyatakan cita-cita mereka selain mendorong mereka menyerlahkan kreativiti bagi menjadikan aspirasi kepada realiti.

Peraduan ini telah mendapat sambutan hangat dengan jumlah penyertaan yang diterima mencecah 2,000 karya ukisan dan sebagai penghargaan kepada para peserta, Wyeth Nutrition S-26 telah menempatkan karya-karya mereka di Pameran Seni 'Cita-Cita Hooray' di KidZania KL. 


Mesti anda tertanya-tanya kan siapa pemenang bertuah tu. Okey, ni senarai pemenang peraduan 'Cita-Cita Hooray' Wyeth Nutrition.

Pemenang Utama - Zandawati Bt Jaffar (Kereta Nissan Almera)
Pemenang Pertama - Nor Fazilah Bt Abdul Hamid (RM10,000)
Pemenang Kedua - Siti Zawani Bt Noor Buddy (RM5,000)
Pemenang Ketiga - Pang Yun Hai (RM2,500)


Semasa majlis penyampaian hadiah itu, Zaid Mohamad telah mengendalikan bengkel 'Smart Parenting' (Ibu Bapa Bijak) yang menyentuh mengenai kaedah untuk memberi dorongan kepada kanak-kanak daalam mengejar impian mereka. Malah, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor juga sempat berkongsikan petua keibubapaannya berdasarkan pengalaman membesarkan anak-anak beliau.


Formula susu Wyeth Nutrition S-26 Progress (bagi kanak-kanak berusian dari 1-3 tahun) dan Wyeth S-26 Promise (bagi kanak-kanak berusia 4 tahun keatas) dirumus khas dan mengandungi segala khasiat untuk menyokong tumbesaran minda, visual dan fizikal seseorang kanak itu pada setiap peringkat usia.

Untuk maklumat lanjut tentang produk Wyeth Nutrition dan petua keibubapaan, sila layari :



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog Archive