Vapefest | Vape for Charity di Shah Alam

Saturday, October 10, 2015

Assalamualaikum. Entry kali ni agak berbeza dari entry Ayue sebelum ni. Tapi bila ia ke arah kebaikan, Ayue suka nak kongsi dengan pembaca blog Ayue. Setiap orang ada pendapat masing-masing kan? Dan ini pendapat Ayue :)

Tunang Ayue seorang penghisap rokok yang tegar. Dari mula Ayue kenal dia 8 tahun lepas, sampai lah sekarang ni, dia masih hisap rokok. Kalau tanya Ayue, memang Ayue langsung tak suka bau asap. Apatah lagi bila tunang sendiri yang hisap, tapi Ayue kena faham yang bukan senang seseorang tu nak berhenti hisap rokok. It's take times.

Now, bila Malaysia diperkenalkan dengan Vape, tunang Ayue teruja sangat nak cuba sebab katanya boleh mengurangkan kadar keinginan untuk menghisap rokok. Dan alhamdulillah, memang dia dah kurang sangat merokok. Dari sekotak sehari, jadi 2 kotak seminggu. Baguskan? Macam Ayue kata, it's take times. Takkan nak paksa dia berhenti terus kan. Kesian pulak.

Jadi, pada pandangan Ayue, Vape ni sangat bagus dan sesuai untuk anda yang ingin berhenti merokok. Ia tidak membahayakan kesihatan, malah asap (wap air) yang dikeluarkan wangi dan tidak membahayakan kita. Apalah salahnya kalau kita beralih arah untuk kebaikan?

Untuk Vapor diluar sana, Ayue ada berita baik untuk anda. Pihak OMGFest Ventures akan menganjurkan VAPEFEST iaitu Vape for Charity pada hujung minggu ini di Shah Alam. Tujuan Vapefest ini adalah untuk mengumpul anak-anak muda serta usahawan vapor di seluruh Malaysia dan juga luar untuk mengumpul dana bagi tabung kebajikan.


Dari pada yang Ayue tahu, lebih 100 usahawan vapor di seluruh Malaysia dan ada juga dari Indonesia dan Brunei akan sama-sama menjayakan Vapefest ini. Menarik kan? Sambil Vape sambil beramal. Hehe. 50% dari hasil jualan tiket yang dikumpulkan akan disalurkan ke beberapa badan kebajikan seperti anak-anak yatim dari Pusat Budaya Harapan serta Tabung GAZA.


Paling best, ada juga persembahan artis dan selebriti, cabutan hadiah bertuah, pertandingan "Cloud Competition" dan "Cloud Skill" sepanjang Vapefest ini nanti dan hadiah utama bernilai RM1000 tau. Fuyoh!


Bukan itu saja, buat anda yang masih tertanya-tanya tentang vape ni, ada slot untuk ceramah ilmu mengenai vapor akan diadakan. Antara penceramah yang akan hadir nanti adalah pengasa MOVE (Malaysia Organisatiton of Vape Entity) iaitu sebuah badan kerajaan yang akan mengumpulkan 50,000 petisyen bagi memastikan seliaan produk roko elektronik atau vapor ni diuruskan dengan baik.


Haa, vapors kat luar sana tu mesti seronok kan? Antara usahawan vapor terkenal yang akan disana nanti adalah Fruit Ninja, Brepus Vapers dan Vape Empire Sdn Bhd. Ayue kagum tengok anak-anak muda kita yang berjaya dalam industri pilihan mereka ni. 

Tunang Ayue dah cuba flavor Chewinggum dari Brepus Vapor ni dan dia suka sangat sebab ada rasa macam menthol sikit. Ayue pun tak lagi terganggu dengan bau asap rokok yang busuk sebelum ni. Anda kalau nak cuba juga sila terjah Brepus Vapers laju-laju okey?

Usahawan Brepus Vapers

Jangan lepaskan peluang untuk Vape sambil beramal. Hehe. Untuk anda yang nak ke Vapefest ni, ini details dia :

Vapefest - Vape for Charity
Tarikh : 17 - 18 Oktober 2015
Masa : 10am - 10pm
Tempat : Shah Alam Convention Centre (SACC), Seksyen 14, Shah Alam
Harga Tiket : RM3 (Biasa), RM10 (VIP)

Untuk maklumat lanjut, anda bole hubungi OMGFest:
Telefon : 011-26261656 / 019-2796275
Email : omgvapefest@gmail.com
Facebook / Instagram : OMGVAPEFEST


Ps : Nak vape boleh, tapi silalah menjadi vapors yang beretika dan tidak mengganggu orang lain. Sebelum hembus asap perhati kiri dan kanan anda, mungkin ada yang kurang selesa dengan asap yang dikeluarkan oleh anda. Hehe. :)


xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page