Fikcles | Cafe Sedap di TTDI, KL

03 November 2015

Assalamualaikum. Hari tu Ayue ada beritahu tentang satu cafe yang sedap area TTDI, KL kan? Mana lagi, FIKCLES la. Itu cerita September, ini cerita Oktober pula. Haaa, macam tiap-tiap bulan pula Ayue datang Fikcles tu kan. Hehe. Tapi kalau anda nak datang tiap-tiap hari pun takpa. Semua makanan sedap-sedap. Serius.

Kalau hari tu Ayue datang berdua je dengan Numi, kali ni kami serbu ramai-ramai ke Fikcles tu. Bagi riuh rendah sikit. Lagi best masa kami datang tu ada live band, dengan kami-kami sekali rasa nak joget lambak dekat situ tau. Haha.


Okey. Kalau nak baca review Ayue tentang Fikcles sebelum ni, anda boleh baca :



Bulan lepas, masa kami datang ke Fikcles, mereka ada promosi bulan Oktober. Haa, ni lah dia bestnya Fikcles ni. Tiap-tiap bulan mereka ada promosi. Untuk bulan Oktober, promosi mereka adalah Seafood Platter. Nak dekat-dekat hujung bulan tu, mereka akan umum apa promosi untuk bulan seterusnya dekat social media mereka. Sebab tu lah anda kena follow social media mereka. Dah follow ke belum tu? Kalau belum sila follow sekarang okey?

Instagram : @Fikcles


Suasana dalam Fikcles ni memang santai habis. Nak bawak anak cucu cicit datang sini pun takpa. Tapi kalau anda nak makan sambil dengar live band (kugiran kampung) oleh Sham Kamikaze dan rakan, anda boleh datang setiap hari Selasa dan Ahad. Serius layan habis. 


Bukan tu je, tiap-tiap bulan juga Fikcles akan buat Rock Nite Band. Tarikh tak tentu, tapi mereka akan umum 2 minggu sebelum tu. Nak try best ke tak makan sambil dengar live band, anda boleh datang ke Fikcles 6 November ni tau sebab mereka akan buat tribute to 80's ROCK!! Fuyoh. Lagu legend! Lagu-lagu zaman Ayue membesar ni. Best gila. Susah dah nak cari tempat-tempat yang buat Rock Nite sekarang ni kan.





Nak tahu apa yang kami makan hari tu? Tadaa~~



Sliders | RM21.90
Three mini - beef burgers with 100% beef patties, caramelized onion, mozarella cheese, beef bacon, lettuce and tomatoes. 

Nampak tak patties tu? Mak oiii..bukan main juicy lagi. Memanggil-manggil minta di gigit secepat mungkin! Hehe. Nampak comel je kan. Tapi sebenarnya kenyang kalau makan ni saja tau.




Oven-Baked Lasagna | RM23.90
Layered of béchamel, lasagna sheets and beef bolognese sauce

Yang ni makan memang puas hati. Daging penuh.Cheese penuh. Semua penuh lah. Sedap gila. Ni kalau Qisti makan ni, memang ngigau sebut "lasagna" kot. Favorite dia ni. Haha.




Salted Egg Squid | RM19.90
Deep-fried breaded squid with salted egg yolk wrapped in tortilla

Okey. Dalam banyak-banyak, ni memang top favourite Ayue. Serius sedap gila! Semua orang Ayue suruh cuba makan Salted Egg Squid ni tau. Susah betul nak gambarkan macam mana sedap menu ni, tapi ibarat macam budak-budak dapat ayam goreng kepsi. Punyalah sedap kan? Haa, macam tu lah.




Gamberi Aglio E Olio | RM20.90
Garlicky medium prawn with spicy Aglio e Olio pasta

Anda yang suka makan pedas tu, boleh cuba yang ni sebab dalam banyak-banyak menu yang Ayue dah cuba di Fikcles, ini yang paling pedas.




Lontong Goreng | RM13.90
Stir-fried rice-cakes with in-house special paste, sunny side-up egg and papadom

Kalau Salted Egg Squid tadi top favourite, yang ini pun top favourite juga. Ada ayam, telur, papadom. Cukup lah semua. Orang johor suka makan ni masa raya sebab banyak nasi impit. Tapi tak payah tunggu sampai raya lah. Datang je kat Fikcles ni, lontong goreng ni memang sedap gila. Cuma kalau nak makan, pastikan perut betul-betul lapar okey? Sebab menu ni cepat kenyang.




Salmon | RM30.90
200gm of grilled salmon fillet with mashed potato, vegetables and dill cream sauce

Mashed potato dia memang to die for lah. Tak tahu apa yang sedap sangat, tapi calit-calit dengan salmon, tahu-tahu habis je! Yang suka salmon tu kena try ni okey.




Braised BBQ Short Ribs | RM35.90
Braised BBQ Short Ribs with sautéed vegetables and BBQ sauce

Sebelum ni Ayue dah pernah bungkus bawa balik dah sebab tak tahan tengok meja sebelah makan. Macam sedap je. Ayue pun bungkus lah. Pehhhh ribs dia. Rasa macam nak gigit-gigit tulang tu tau. Punya lah sedap. Daging dia pun lembut, juicy. Tu yang Ayue order lagi ni. Nak rasa masa panas-panas pula. Fuuhhh. Terangkat!




Fikcles Club | RM22.90
Three - Tiered Fikcles Club with beef bacon, grilled chicken, egg, with mesclun mix

Kalau kat luar, orang panggil Sandwich club. Tapi dekat Fikcles mereka panggil Fikcles Club sebab sandwich dia lain daripada yang lain. Sedap!




Seafood Platter | RM79.90
Consist of breaded flounder, salmon otak-otak, calamari fritti, oyster rockfeller, baked mussels /7 baked prawn

Haaaa, ni lah dia menu of the month! Seafood Platter. Besar gila pinggan ni. Penuh dengan seafood sampai tak tahu nak makan yang mana dulu. Fresh pula tu! Paling Ayue suka otak-otak salmon. Ayue ni bukanlah peminat salmon, tapi bila cuba otak-otak salmon ni, fuhhh, terus jatuh cinta. Sedap gila kot! Pastu oyster rockfeller dia pun, rasa nak gigit sekali cenkerang dia tu sebab sedap sangat. Tak hanyir pun.



Amacam? Bergetar tak usus perut tu? Itu belum tengok lagi dessert yang ada di Fikcles ni. Masa kami datang tu, sempat makan yang ini saja sebab masing-masing perut dah overload. 





Dessert pun mengamcam. Sebab tu lah Ayue suruh datang Fikcles ni masa perut lapar. Nanti mesti susah nak tahan nafsu sebab tak tahu mana satu nak makan. Haha!

Buat anda yang baru pertama kali nak mencuba rasa kenikmatan menjamu selera di Fikcles, Ayue cadangkan anda cuba menu salted egg squid, lontong goreng, spaghetti marinara, herbs crusted lamb rack, dan short ribs. Serius takkan menyesal. Takkan rugi. Perut kenyang senang hati. Gitu. Hehe. Nak cuba yang lain pun boleh juga, cuma menu-menu yang Ayue sebutkan tadi memang highly recommended!

Dekat Fikcle ni anda siap boleh buat sambutan hari lahir lagi tau. Siap ada promosi istimewa 30% diskaun lagi daripada jumlah bil keseluruhan. Tak kisah lah berapa orang yang datang. Kek pula tak perlu nak risau sebab di Fikcles sendiri ada sediakam kek tempahan daripada owner Fikcles ni, Kak Huda glory (IG @nurhudasamsudin), dan simple deco PERCUMA. Untuk simple deco kena 15 packs minimum. Awesome gila ka?! Baru-baru ni Ayue nampak mereka post gambar kek pandan di IG. Ya ampun. Terliurnya! Ayue dah la hantu kek. Huhu.


Lepas tu, untuk anda yang nak buat sambutan hari lahir, Fikcles boleh uruskan semua jika anda mahu. Beritahu je nak tema apa. Biru? Merah? Pink? Hello Kitty pun boleh lah. Semuanya boleh dibawa bincang. Yang penting, ikut bajet masing-masing. Tak payah pening-pening dah.

Fikcles boleh menampung sampai 70-100 orang pelanggan dalam satu masa. Bukan setakat hari lahir je tau. Kenduri pun boleh buat dekat Fikcles ni. Haha. Mana lah tahu anda nak buat farewell ke, reunion ke, product launching ke. Takda masalah. Cewah, cakap macam Ayue owner kan? Hehe. Tapi betul. Semuanya boleh dibawa bincang dengan pihak Fikcles. 

Untuk private event yang memerlukan anda tempah keseluruhan cafe, tempahan yang dibuat adalah :

Off peak hours : 3 - 6 petang (caj minima makanan sebanyak RM500 sahaja)
Peak hours : Lunch & dinner (RM1000.00) 
*charge yang dikenakan adalah termasuk harga makanan

Nak lagi best, anda boleh booking live band Sham Kamikaze untuk private event anda tu. Baru lah gempak! Harga bergantung pada berapa lama dan bagaimana persembahan yang anda nak. Sangat flexible. Sham Kamikaze ni sempoi. Kenyit-kenyit sikit mata, kot-kot dapat diskaun? Hahahah 

Kalau anda tak nak buat majlis di Fikcles pun takpa. Nak buat dekat mana? Rumah? Office? Jangan risau, anda tetap boleh order di Fikcles sebab mereka juga ada buat outside catering. Pilihan menu adalah bergantung kepada budget anda. Siap ada fresh brew coffee lagi untuk outside catering okey. Awesome gila.Pendek kata, tak kisah walau dimana saja anda berada, Fikcles sedia memenuhi permintaan perut anda. Haha.


Pastikan anda cuba makan di tempat makan best di kl ni okey? Thanks to kaksu and Fikcles for this opportunity. Ayue dan yang lain-lain kenyang gilaa! hahah :)



Alamat Fikcles:
11, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur

Waktu operasi fikcles :
Weekday : 10am - 11pm
Sunday : 8am - 11pm




Untuk maklumat lanjut tentang fikcles, boleh layari :



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.