Lazada's Revolution Online | Sale sehingga 95%

Wednesday, November 11, 2015

Assalamualaikum. Lazada ni kalau buat sale, tak menggoda tak sah! Macam tahun lepas, 11 November ni macam tarikh keramat. Samalah juga dengan 12 December. Sale kawkaw kot!

Pelanggan Lazada datangnya bukan saja dari kawasan bandar, kawasan luar bandar pun tak tahan dengan produk yang ditawarkan di Lazada. Murah-murah gila. Bukan tu je, ada juga pelanggan Lazada yang daripada bandar Acheh di Indonesia, Jolo di Filipina, Mae Sariang di Thailand, dan pulau-pulau Con Dao di Vietnam tau.

Bila Lazada memperkenalkan aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun menerusi penggunaan Android dan IOS, ia sangat memudahkan pembeli membuat pemilihan barangan dengan pantas dan praktikal. Bak kata orang, membeli di hujung jari? Haa, itulah konsepnya. Tak perlu dah nak duduk depan PC pilih produk yang kita nak. Sambil mandi pun boleh dah (kalau smartphone waterproof). Hahaha. 

Antara kategori produk paling laris di Lazada adalah Fesyen, Home & Living, Kesihatan dan Kecantikan, dan Mobiles & Tablet.

Baru-baru ni, bila Malaysia dan Singapore dilanda jerebu yang sangat teruk sampai menjejaskan kesihatan rakyat Malaysia, permintaan terhadap produk pembersih udara meningkat tinggi. Jumlah jualan keseluruhan meningkat tiga kali ganda di antara bulan Ogos dan September dan hampir 15 kali ganda di Malaysia dan Singapura. Yela. nak keluar rumah kan bahaya? Kita order online sajalah. Lebih selamat dan menjimat kan.

Bestnya Lazada ni, ia membantu PKS tempatan untuk meningkatkan jualan online dan membawa jenama pengeluar antarabangsa untuk berkembang ke Asia Tenggara. Ada lebih daripada 30,000 pengeluar-pengeluar produk tempatan dan antarabangsa dari Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Banyak gila! Patut lah barang mengancam je semua. Hehe.

CEO of Lazada Malaysia, Hans Peter-Ressel

Kata Hans-Peter Ressel, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lazada Malaysia."Dalam masa tiga tahun, eCommerce semememangnya cemerlang sebagai platform membeli-belah, tidak kira generasi, lokasi dan ekonomi. Dengan akses mudah alih yang lebih baik dan pilihan yang pelbagai untuk setiap produk sangat memenuhi setiap keperluan dan bajet pembeli talian. Sebagai perintis eCommerce di Asia Tenggara, kami bangga untuk membawa revolusi dalam talian ini dan akan terus membuat memperkembangkannya sebagai pusat sehenti membeli-belah yang lebih mudah dan praktikal untuk semua orang. Dengan pengalaman yang kami ada, Lazada mampu mengenal pasti trend membeli-belah dalam talian dan dapat memenuhi keperluan pengguna kami pada bila-bila masa. Dengan bekerja dengan pelbagai sektor rakan kongsi yang dipercayai, Lazada sememangnya mampu untuk menawarkan tawaran yang terbaik untuk pelanggan-pelanggannya "

CMO of Lazada Malaysia, Andrew Gnananantham
Pemenang bertuah sempena Pelancaran Online Revolution

Tahun ni, bertarikh 11 November 2015 hingga 12 December 2015, Lazada sekali lagi akan buat acara membeli-belah terbesar tahunan iaitu "Lazada's Revolution Online". Woohoo! Sepanjang 28 hari ini ada pelbagai tawaran menarik, antaranya "Spin The Wheel Deal", 'The Golden Baucer Hunt' bernilai RM1,111 dan pelbagai peraduan menarik di Facebook dan Instagram. Tak sabarnya nak cuba nasib! Manalah tahu bertuah kan?

Antara jenama yang ada ialah Microsoft, Philips, Morgan, Tefal, Bayer, MamyPoko, Drypers, Nike, Puma, Crocs, Converse, Scholl, Lenovo, Huawei Honor, Meizu, Samsung, Apple, Xiaomi, Casio, Speedo, Samsonite, American Touristers, JBL , Bosch, Sports Direct, Calvin Klein, SK-ll dan Dermalogica.



Jom serbu Lazada 11.11.2015 ni okey?





xoxo,

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page