Milkcow | Kini dalam size Milky Minis

16 November 2015

Assalamualaikum. Ayue dengan icecream ni memang kawan baik. Lagi-lagi kalau icecream vanila. Fuhh. Time hujan pun bedal tau. Hari tu Ayue ada cuba icecream dari Milkcow di Sunway Piramid. First time nak cuba icecream organic ni. Sebelum ni pernah dengar je.




Milkcow icecream ni kalau anda nak tahu, ia datangnya dari Korea dan dihidangkan dengan pelbagai topping yang sangat mengiurkan! Haha. Serius. Ayue sampai tak tahu lah nak pilih yang mana satu. 


Disebabkan ramai yang keliru nak pilih topping yang mana satu dalam satu masa, kini Milkcow perkenalkan Milky Minis (3oz) untuk membolehkan anda beli icecream dengan kuatiti yang sedikit, tapi pelbagai flavor. Haaa. Baguskan? Macam-macam flavor lah boleh rasa lepas ni.



Nampak je macam kecil size ni, tapi sebenar cukup puas untuk sekali makan. Tapi biasalah, Ayue ni mana cukup satu. Hahahah. Mesti lah kena cuba flavor lain pula kan. Dalam banyak-banyak flavor, favorite Ayue Milky Pop sebab Ayue suka popcorn caramel. Fuhhh, mengancam betul. Harga untuk satu Milky Minis ni hanya dari RM4.50 hingga RM8.50. Bagi Ayue, untuk icecream organic, dengan rasa yang sedap, lembut dan harga yang macam tu, Sangat affordable.



Antara flavor icecream yang ada di Milkcow adalah :

  • Milky Way | Organic milk soft icecream
  • Snow Drop | Organic Cotton Candy, Organic salt, Jelly beans
  • Sweet Redbean | Sweet red bean, Bean flavor
  • Black Pearl | Chocolate sauce, Organic salt, Cocoball topping
  • Milky Cube | Natural Honeycomb
  • Milky Honey | Natural liquid honey
  • Cookie & Cream | Oreo cookie & cream
  • Golden Angel | White chocolate sauce, White chocolate chips
  • Macao Dream | Gourmet macaroon almond, Almond flakes
  • Milky Pop | Gourmet popcorn, Salted caramel syrup
  • Green Light | Mint syrup, Almond flakes
  • Milky Shot | Affogato



Selain tu, di Milkcow juga ada homemade macaroon yang anda boleh cuba. Sedap tau, tak terlalu manis macam sesetengah macaroon tu. Ada 9 flavor yang anda boleh cuba, Salted Popcorn, Salted Caramel, Rose & Lychee, Red Velvet, Chocolate Mint, Cappuccino, Peanut Butter, Chocolate Passionfruit/Nutella.





Harga untuk macaroon ni :
1 pcs RM4.50
3pcs RM13.50
7pcs RM28.50

Anda yang belum cuba icecream dari Milkcow, boleh lah cuba sekarang. Mesti jatuh hati :)




Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

Facebook : https://www.facebook.com/MilkcowMY
Website : http://milkcow.my




xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.