4Fingers Crispy Chicken | Ayam Crispy Paling Sedap

Wednesday, December 09, 2015

Assalamualaikum. Yeay! 4Fingers Crispy Chicken sekarang dah ada kat Malaysia!! Siapa yang suka makan ayam comel-comel, pedas-pedas, manis-manis, dan yang paling penting, CRISPY, Ayue syorkan korang rasa ayam dekat 4FINGERS ni. Serius takkan menyesal, dan sampai jilat-jilat jari!

Kenapa? Sebab masa Ayue first time rasa pun tak cukup sampai kena order lagi sekali. Padahal dah balun 6 ketul dah. Power tak? Tak cukup dengan tu, masa balik siap tapau lagi 18 ketul sebab nak bagi Qisti rasa. Hahaha. Gila lah. Sedap sangat sampai tak perasan dah makan banyak ketul.

Qisti pulak jenis yang suka makan ayam crispy ni. Lagipun Ayue tak perlu risau sebab 4FINGERS hanya gunakan bahan-bahan yang fresh dalam masakan mereka termasuklah ayam tu sendiri. Paling penting, menu mereka ni bebas dari bahan pengawet dan MSG. Pada Ayue, dua benda ni memang sangat penting sebab Qisti tak boleh makan makanan yang ada MSG. Makanan yang mempunyai bahan pengawet dan MSG sangat tak baik untuk kesihatan okey.

Cakap banyak pun tak guna. Meh Ayue tunjuk betapa sedapnya makanan yang ada di 4FINGERS ni. Confirm terliur punyalah!


Specialty

Crispy Chicken Wings/Drumettes

Drumsticks


Rice Boxes

Chicken Rice Box

Tofu Rice Box

Drumstick Rice Box

Seafood Rice Box


Seafood

Buttered Shrimp

Calamari Shrimp

Crispy Calamari


Chicken Delights

Katsu Chicken Sandwich

Chicken Burger

Chicken Chop

Drumstick (1pc) & Wings (3pc)
Chicken Wrap


Salad

Chicken Salad

Seafood Salad

Tofu Mushroom Salad

Menariknya di 4FINGERS mereka ada 3 jenis fries yang anda boleh pilih. Ada plain, seaweed dan kimchi. Peminat K-pop suka lah ni. Hehe. Ayue order Seaweed, sedap sangat! Kalau ikutkan hati nak je Ayue order semua. Tapi takut tak habis pula. Kena ajak ramai-ramai geng datang 4FINGERS makan puas-puas, baru syok!

Fries

Oh ya, mesti ada yang ingat 4FINGERS ni salah satu daripada restoran fast-food kan? Haa, agak dah! Sebenar bukan okey. Jauh sama sekali. 4Fingers Crispy Chicken ni bukan macam kedai fast food yang ada selalu makan tu. Selain dari makanannya yang memang berkhasiat, konsep restorannya juga lain.







Selesa dan sesuai untuk kita lepak dengan rakan, keluarga atau discussion. Apa lagi, cepat-cepatlah datang Mid Valley cuba ayam crispy dari 4FINGERS ni. Gerenti puas hati lah!


4Fingers Crispy Chicken
LG-074A, Lower Ground Floor
Mid Valley Megamall
Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Website : www.4fingers.com



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog Archive