Back To Nature di Awana Genting Long House | Day 2

15 December 2015

Assalamualaikum. Masing-masing kepenatan semalam lepas jungle trekking 1.8km dalam hutan simpan di Awana Genting ni. Siap berlawan-lawan dengkur lah. Ayue dengan Numi plan nak bangun awal pukul 5 pagi sebab nak mandi. 



Keluar je dari khemah tengok kabus tebal gila. Sejuk sangat! Nyaman betul rasa bila dapat hirup udara segar macam ni. Asyik sedut asap je dekat KL tu kan. Sekali sekala dapat hirup udara macam ni rasa segar pula badan. 

Ayue dan Numi terus ke bilik air yang terletak berdekatan dengan long house. Tak perlu risau pun sebab kawasan nak ke bilik ari terang benderang. Air dalam shower pun siap ada water heater. Cuma kalau ke sini, sila bawa toiletries sendiri okey. 


Lepas mandi, sementara tunggu yang lain bersenam dan jogging, haruslah posing di khemah masing-masing kan. Bukan selalu. Bukti tidur dalam khemah! Haha. Disebabkan berdiri depan khemah terlalu mainstream, let's jump!



Aktiviti kami pagi ni adalah Treasure Hunt. Ayue suka betul aktiviti macam ni. Sambil kita kerah tenaga, sambil tu perah otak juga memikirkan strategi untuk mendahului dari kumpulan lain. Teringat masa zaman belajar dulu. Kalau ada treasure hunt, Ayue lah yang paling semangat sekali. 

Nasib baik ahli kumpulan Ayue semuanya best. Semangat kumpulan tu kuat. Ketua kumpulan kami sentiasa pastikan anak buahnya jalan sekali, tiada yang tertinggal. Antara cabaran yang kami kena lakukan dalam Treasur Hunt tu adalah Bridge Too Far, Giant Slipper Obstacle, Spider Web, Hidden Golf Balls dan Mines Field. Kesemua aktiviti ni memerlukan semangat kerjasama yang tinggi.



Paling Ayue suka bila kami kena cipta satu alat macam perang zaman dulu dengan hanya menggunakan buluh, kotak dan tali. Otak engineer ni ligat je fikir macam mana nak buat alat kami ni lantunkan bola dengan jauh. Alhamdulillah, sekali test je terus past. Aktiviti terakhir Treasure Hunt ni kami kena jawap soalan umum yang diberikan.




Kemudian kami kena bersiap-siap untuk Fashion Show pula. Aktiviti kemuncak Back to Nature ni dimana seorang ahli kumpulan kami akan memperagakan pakaian yang kami buat dari bahan yang boleh dikitar semula.



Setiap kumpulan tampil dengan idea yang berbeza-beza. Ada yang buat Queen Bee, Angry Bird, Little Princess, dan kumpulan Ayue menampilkan Princess Pine sempena nama kumpulan kami, PineApple. Nampak loket leher tu? tu lah dia buah Pine. Ada banyak pokok Pine disekeliling Awana Genting Long House ni.


Siapa yang menang?? Mesti lah kumpulan kami! Yeay! Syukur, tak sia-sia ketua kumpulan kami kutip daun banyak-banyak malam semalam. Hehe. Comel kan model kami? Pandai pula dia catwalk.



Pemenang Fashin Show memenangi voucher makan di Coffe Terrace untuk 2 orang manakala pemenang Treasure Hunt memenangi tiket Behind the Scenes untuk 2 orang. 


Ayue seronok sangat bila dapat buat aktiviti macam ni di tempat yang cantik macam Awana Genting. Terima kasih sebab jemput Ayue. Untuk anda yang nak buat aktiviti macam ni, team building atau kem motivasi, boleh lah datang ke Awana Genting Long House. Lain daripada tempat-tempat team building yang lain kerana di sini sejuk. Hehe. 



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.