Bergetar tulang jari tengok LAZADA Online Revolution Sale!!

12 December 2015

Assalamualaikum. Makin dekat hujung tahun ni, makin banyak dugaan. Hati tak senang, jiwa meronta-ronta. Gundah gulana! Ke sini tak kena, ke sana tak kena. Hampir tiap-tiap hari cek dia. Sebelum tidur cek, bangun pagi pisat-pisat belum gosok gigi pun, cek dia dulu. Betul ke ni? Betul ke dia macam ni?

Akhirnya redha, memang betul. Memang sah! LAZADA Online Revolution Final SALE Up to 95%!!
Gila ke tak gila? Hati mana yang tenteram bila ada sale macam ni?? Makan tak kenyang, tidur tak lena dibuatnya. Hampir setiap masa terluang scroll app Lazada. Wishlist jangan tanyalah, berderet-deret tersusun minta dibeli. Sekejap masuk cart, sekejap keluar balik, ganti yang lain.

Kalau ikutkan hati, dah diborong dah segala benda di wishlist tu, tapi apakan daya. Nafsu terpaksa dikawal untuk kenduri kahwin tahun depan. Sabar Ayue, sabar. Masih ada sinar di app Lazada. Percayalah!

Dan hari ni, tanggal 12 Disember 2015. Lazada buat hal lagi selepas dia buat hal mulai 10hb hari tu. Hampir semua rakyat Malaysia ni tak senang duduk! 


12 Hottest Deals of 12.12

Nampak tak? Nampak tak??! 12 item ni ada sale kaw kaw punya hari ni. Dah la harga memang murah kat Lazada ni, ada sale pulak lagi. Siapa tahan? Bergetar tulang jari ni scroll sale yang ada.

Pastu, Lazada ni macam tau-tau je Ayue ni dah lama mengidam GoPro. Tengok lah tu, ada 16% off kalau beli 12.12 ni. Jealous tengok orang dok angkat GoPro sana sini nak selfie. Ayue nak jugak. Huwaghhh!

Tau tak barang apa yang Ayue perati je kat Lazada?

Ni ha. GoPro Hero 4


Cuba cakap, online shopping yang mana lagi dapat harga macam ni?? Menangis tengok harga dia oiii~~

Alangkah indahnya kalau dapat seketul GoPro hadiah birthday 3 Januari nanti. Amenn. Mak kata, cakap tu satu doa. Korang amenn kan sama-sama okey? Manalah tahu kot-kot sampai parcel dari Lazada nanti. Surprise!! 

Hahaha. Dush! Berangan tak sudah. Okey lah. Disebabkan GoPro tu out of budget. Ayue sekarang aim Action Camera yang ni pula.


Wahai buah hati pengarang jantung yang dah lama ada dalam My Shopping Cart, bila lah agaknya kita akan bertemu. Mungkinkah pada Online Revolution Sale kali ni? Hehe.

Lazada ni berhantu kan? Serius! Ayue pun dah beli satu barang, tinggal tunggu sampai je ni. Korang bila lagi? Rugi woooo. 10-12 Disember ni lah Online Revolution Sale paling besar yang Lazada buat tau! Jangan nanti bila sale dah habis, menangis refresh app Lazada sampai pecah skrin pun tak guna dah. 

Apa tunggu lagi? Moh la kita shopping berjemaah. Hehe. Cepat-cepat klik link bawah ni, dan mulakan pembelian anda!!



Oh ya, bloggers, jangan lupa join contest yang Lazada buat ni okey? Khas untuk blogger. Mana lah tahu ada rezeki dapat AirAsia BIG Point. Tak pun dapat CASH! Rezeki kan? Tak boleh duga. Hehe. Klik je banner atas tu untuk join :)


xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.