Cabaran Shaylanista 2.0 | Rebut pengalaman Skydiving dan mendaki jambatan Harbour di Auckland

Sunday, November 22, 2015

Assalamualaikum. Siapa pakai SAFI SHAYLA sini angkat tangan?!! Haa, Tau tak yang Cabaran Safi Shaylanita kini dah ada balik! Cabaran musim kedua ni lebih hebat dari sebelumnya tau. Dengan tema “Tiada Batasan, Serlahkan Diri”, ada 5 hadiah utama yang menjadi rebutan iaitu, pengalaman Skydiving dan mendaki jambatan Harbour di Auckland ditemani selebriti bertudung tanah air iaitu Fara Fauzana. Woohoo!!


Bestnya la hai. Bukan skydiving biasa tau, tapi dekat Auckland lagi. Bertuah betul siapa yang terpilih tu. Fara Fauzana merupakan pesona wanita bertudung yang menawan dan memang terkenal dengan wanita yang sukakan cabaran. Semua sukan nak dimainnya. Hehe.

Musim pertama Cabaran Shaylanita mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Nampak tak betapa hebatnya muslimah bertudung ni. Bertudung bukan halangan untuk buat aktiviti yang lasak dan mencabar tau. Ayue sendiri bekas wataniah. Duduk dalam hutan berhari-hari, tidur dalam khemah, atas tanah, kawad tengah panas. Ish, macam-macam lah. Semua tu Ayue buat tanpa menanggalkan tudung. :)

Cabaran Shaylanista 2.0 bermula 1 Oktober 2015 berterusan hingga 31 Januari 2016. Selama 4 bulan berlangsung, 30 finalis pada setiap bulan akan merebut tempat pertama pada bulan tersebut. Pemenang ke 5 pula merupakan finalis yang berjaya mengungguli masa terpantas sepanjang musim ini mengalahkan 116 peserta yang lain. Pertandingan ini berlangsung di Skytex Adventure Shah Alam dan Escape Play, Pulau Pinang berselang-seli.




Ayue sempat lihat sendiri bagaimana Cabaran Shaylanista di Skytex Adventure Shah Alam. Memang best, memang mencabar. Semua peserta nampak hebat dan bersemangat betul. Nak ke Auckland la katakan. Hehe. Kunci dia hanya pantas. Kena cepat buat cabaran yang ada, baru lah boleh menang kan.



Sebelum buat semua cabaran, ada instructor yang akan terangkan pada peserta macam mana nak lakukan cabaran yang ada, jadi dengar betul-betul ya kalau taknak cedera. Yang bestnya, Fara Fauzana pun turut sama-sama buat cabaran tu. Lagi bersemangat peserta yang terlibat tu sebab Fara memang sporting habis.




Ayue? Hehe. Mesti la ada cuba juga, Cuma tak sampai habis sebab nanti takut kalah pula peserta yang lain. Hahahhaha! Bagi lah peserta-peserta yang buat semua cabaran kan. Ayue next time je. Hehe. Untuk anda yang nak juga rasa macam mana Cabaran Shaylanista ni, boleh lah sertai cepat-cepat okey? Jangan lepas kan peluang skydiving dekat Auckland tu!!






Cara-cara penyertaan:

1) Beli satu (1) produk SAFI Shayla dalam Tempoh Peraduan. Satu (1) resit tunggal pembelian SAFI Shayla yang turut serta layak untuk satu (1) penyertaan SMS ATAU satu (1) penyertaan e-mel. 

2) Maksimum sepuluh (10) penyertaan SMS dan/atau e-mel layak setiap bulan. 

3) Hantar penyertaan melalui :

SMS
Taip SHAYLANISTA<jarak>(tarikh resit HHBBTT)<jarak>(amaun resit RM00.00)<jarak>(no kad pengenalan)<jarak>(nama)<jarak>(nama kedai mengikut resit) dan SMS ke 36266

Contoh: SHAYLANISTA 151015 RM10.90 910909145168 Mira Aziz Watsons dan SMS ke 36266


ATAU


E-mel
Hantar e-mel ke cabaran@wipro-unza.com dengan butiran-butiran wajib berikut: 
  1. Nama seperti KP, 
  2. nombor KP, 
  3. nombor telefon bimbit, 
  4. tarikh resit, 
  5. amaun resit, 
  6. nama kedai mengikut resit.


4) Simpan semua resit bercetak asal yang sepadan dengan SEMUA penyertaan SMS dan/atau e-mel. Hanya resit bercetak sah/ asal (termasuk e-resit bercetak daripada pembelian dalam talian) yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan dengan nama pasar raya/ kedai dan butiran produk SAFI Shayla yang turut serta yang jelas akan diterima.


Cara penyertaan melalui laman web radio Hot fm:

Layari laman web www.hotfm.com.my dan kongsikan cabaran lasak yang paling mengujakan pernah anda tempuhi.


Jadi apa yang anda tunggu lagi? Ini lah masanya untuk serlahkan bakat dan kebolehan diri anda dengan SAFI SHAYLA, rangkaian penjagaan mahkota muslimah khusus buat wanita bertudung.




Untuk maklumat lanjut mengenai Cabaran Shaylanista 2.0, layari :
Instagram : @SAFIMALAYSIA


xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page