Freshy Freeze | Ais Krim Goreng Thailand di Kuala Lumpur

Friday, December 18, 2015


Assalamualaikum. Masa pergi Thailand dulu, Ayue ada teringin nak makan ais krim goreng Thailand yang famous tu. Tengok macam sedap je diorang buat ais krim dari cair sampai beku tu kan. Tapi tak kesampaian. Bila Ayue tau sekarang dah ada ais krim goreng di Kuala Lumpur, Freshy Freeze The World First Freshy Made Ice Cream. Terus Ayue terjah sebab nak melepaskan kempunan. 


Freshy Freeze di NU Sentral , Kuala Lumpur ni asalnya dari Thailand dan di Kuala Lumpur ni merupakan cawangan pertamanya. Wah! Original from Thailand lagi. Mesti sedap ni. Tak sabar rasanya nak cuba. Senang je nak cari kedai ni, ia terletak betul-betul bersebelahan dengan GSC di NU Sentral.



Di Freshy Freeze ni, ais krim nya dibuat dari susu vanila, dengan tambahan perisa yang kita nak selama 1 hingga 2 minit. Apa yang menariknya, di sini anda boleh lihat sendiri 'Live Show' cara mereka menggoreng ais krim anda di atas kuali sejuk dengan suhu -20C. Baru lah rasa macam dekat Thailand kan?



Untuk anda yang teringin sangat nak makan ais krim, tapi tak dihalang oleh masalah kesihatan, jangan risau. Anda boleh makan ais krim di Freshy Freeze ni sebab ianya rendah gula dan lemak. Buah, topping dan sos nya pula disediakan segar untuk anda. Malah ais krim ni sesuai untuk pesakit diabetis tau. Lepas ni yang pesakit diabetis boleh la lepaskan kempunan nak makan ais krim. Hehe.



Strawberry Cheese Cake | RM25



Menu pertama yang kami cuba adalah Strawberry Cheese Cake. Gabungan strawberry dengan cheese cake memang tak pernah menghampakan. Sos strawberrynya pula sangat sedap. Tak terlalu manis. Strawberry ni diimport segar dari US atau Korea tau.


Banoffi | RM25


Siapa suka pisang, mesti cuba yang ni. Sedap okey.Gabungan vanila ais krim, caramel, pisang, crispy crust dan coklat sos tu memang umphh! 


Minty Chocolate | RM25



Yang ini pun Ayue suka juga sebab Ayue bukan penggemar ais krim coklat. Tapi bila digabung rasa mint, jadi sedap sangat. Selalunya Ayue lebih suka ais krim mint yang ada coklat chip tu. Ini pula gabungan ais krim coklat mint, fresh strawberry, coklat sos, dan almond-choco crust.


Coffee Toffee Combo | RM20 medium, RM24.50 large


Peminat coffee or toffee? Should try this! Ayue suka toffee, tapi kurang gemar coffee. Tapi still sedap okey sebab ada almonds & dark choco chips. Yummeh!


Belgian Chocolate | RM20 medium, RM24.50 large


Yang ini best seller flavour di Freshly Freeze. No wonder. Serius sedap! Anda wajib cuba yang ini kalau tak tahu nak order yang mana. Ada almond dan oreo didalamnya.

Dalam banyak-banyank ni, paling Ayue suka adalah Minty Chocolate dan Banoffi. Anda pula?


Cara menempah baru sahaja Freese Ice Cream?
Langkah 1: Pilih perisa ais krim anda dan membuat keputusan saiz sederhana atau besar
Langkah 2: Pilih pilihan anda campuran dalam atau topping.
Langkah 3: Pilih pilihan tambahan anda mangkuk wafel gourmet, wafel atau crepe Perancis.Anda telah selesai!

Saiz :
Sederhana - 200g
Besar - 300g

Harga :
Desserts - RM25.00
Standard Ice Cream - RM15 Medium | RM19.50 besar


Mix Ins, Toppings & Homemade Sauces
Buah-buahan - RM2.50 kepada RM5.00
Premium Selections - RM2.50 kepada RM3.50
Sos buatan sendiri - RM2.50


Untuk maklumat lanjut boleh layari :


xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive