Live Concert ALVIN AND THE CHIPMUNKS - The Road Chip

Sunday, December 20, 2015

Assalamualaikum. Tinggal berapa hari je lagi filem Alvin & The Chipmunks - The Road Chip akan keluar di pawangan. Bagi mempromosikan filem ini, Resort World Genting ada membuat concert khas secara live sempena Hari Krismas dan Cuti Sekolah bermula 1 Disember 2015 sehingga 1 Januari 2016.


Dulu masa kecil-kecil Ayue suka sangat tengok kartun chipmunks ni. Ayah pula berniaga kedai video, jadi banyak lah cerita diorang yang Ayue ada. Tak sangka bila dah besar ni dapat tengok real pula. Excited tau! Haha.



Kalau Ayue pun excited, kanak-kanak apatah lagi. Untuk peminat Alvin, Simon, dan Theodore, jangan lepaskan peluang untuk lihat mereka secara live okey? Ada juga sesi 'meet & greet' di atas pentas di Times Square dimana anda boleh bergambar dengan mereka. Haa, suka tak?


Pertunjukkan secara live dan sesi ‘Meet And Greet’ diadakan setiap hari, kecuali hari Isnin. Pertujukkan ialah pada 12pm hingga 12.30pm, 5.30pm hingga 6.00pm, dan 7pm hingga 7.30pm.
Ayue dan rakan blogger lain semua ke Resort World Genting untuk melihat sendiri concert live Alvin & The Chipmunks - The Road Chip.

Sempena cuti sekolah dan Krismas, aktiviti macam ni bukan sahaja untuk anak-anak tetapi untuk seisi keluarga. Menariknya, bukan saja Alvin, Simon dan Theodore akan berada di sini, Brittany pun ada untuk memeriahkan lagi concert itu.


Malah, ada pelbagai aktiviti dan permainan yang berkaitan Alvin ada di sini, dan aktiviti utama adalah Race Against Time dengan Alvin dan Chipmunks di mana pemenang akan berpeluang untuk membawa pulang lawatan keluarga seramai 4 orang ke Australia! Woohoo~ Bestnya!




Race Against Time dengan Alvin and The Chipmunks: The Chip Road

Acara ini akan diadakan di First World Plaza Universal Walk di mana The Chip Road diadakan dari 10am hingga 12 tengah malam. Kemasukan ke acara ini terbuka kepada semua pelanggan First World Wristband Indoor, pelanggan SnowWorld, Genting Rewards members atau menebus di mana-mana iKiosks dengan 500RP. Pertandingan ini bermula dari 1 Disember 2015 hingga 3 Januari 2016, ada macam-macam task yang menyeronokkan dan pertandingan mencabar melalui Facebook.

Bukan tu je tau. Permainan Memori Chipmunks juga akan dibuka kepada orang ramai atau anda boleh menyertai aktiviti mingguan Paw-sitive Identification untuk memenangi merchandise eksklusif filem bernilai RM300 setiap satu! Apa tunggu lagi? Tak nak ke menang hadiah ke Australia tu? Hehe.


Family Adventure Package & Tea Party (Weekend sahaja)

Memandangkan Alvin & The Chipmunks akan berada di sini selama sebulan, Untuk anda yang ingin ke sana, apa kata anda menginap di First World Hotel dengan keluarga dan rakan-rakan pada hujung minggu? Ada pakej untuk anda sekeluarga tau.

Family Adventure Package yang berharga RM175 nett pada hari bekerja dan RM290 nett pada hujung minggu ini datang dengan tiga bilik XYZ Deluxe untuk dua orang dewasa dan dua kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, pakej ini juga termasuk :

  • Tea Party khas Krismas di Terrace Coffee pada 5, 6, 12, 13, 19, 20, 26 dan 27 Disember dari 3pm hingga 4.30pm untuk dua orang dewasa dan dua orang anak
  • percuma satu printing gambar
  • live show di Time Square, First World Plaza
  • 20% discount untuk VIP tickets to the resident show, ED Alonso Psycho Circus of Magic & Mayhem atau Rafael presents: The Magical Mystery Show.




Trick Art Decoration at Rainforest: First World Hotel Lobby

Dah alang-alang ada di sana, apa kata anda ke First World Hotel Lobby? Ada dekorasi Trick Art tau. Ayue dan rakan blogger lain semua tak lepas peluang untuk bergambar disini. Di kawasan seluas 800m ni akan menampilkan 8 kawasan dengan pelbagai telatah Alvin & The Chipmunks seperti kegembiraan menyambut Christmas, keseronokan membeli belah di kedai, di bandar dan di parti.






Suka tak? jangan lepaskan peluang ni okey. Kalau bawa anak-anak ke sini sempena musin cuti sekolah ni, mesti mereka seronok :)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-27181118 atau layari www.rwgenting.com


xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive