Mamee Cool Tea | Air Herba Penyejuk Badan yang Berkesan

04 December 2015

Assalamualaikum. Mesti ramai yang dah perasan tentang air Mamee Cool Tea yang ada di pasaran sekarang. Ada yang dah cuba? Sedap tak? Ayue dengan Numi memang suka sangat air ni. Kenapa Numi suka Ayue tak berapa pasti, tapi Ayue suka sebab Cool Tea ni memang berkesan untuk menghilangkan rasa pedas. Hehe.


Untuk orang yang suka makan pedas macam Ayue, air macam ni memang sesuai sangat lah. Bukan tu je, untuk yang panas badan juga boleh minum air herba Cool Tea ni untuk menyejukkan badan.


Baru-baru ni Ayue ke pelancaran Mamee Cool Tea dimana Mamee DOuble-Decker (M) Sdn Bhd mengumumkan tentang kerjasamanya dengan Dydo DRINCO, INC. (Dydo), salah satu pengeluar minuman terbesar di Jepun yang tidak mengandungi alkohol.


Kedua-dua syarikat besar ni mempunyai matlamat yang sama iaitu mengeluarkan produk yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Patutlah ramai yang suka produk keluaran Mamee. Bukan saja sedap, malah murah. 


Di Malaysia, cuaca kita adalah panas lembap. Bila panas tu rasa panas sangat sampai berpeluh-peluh kering tekak. Malaysia juga memang terkenal dengan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai budaya. Ada yang suka makan manis, pedas. Sebab tu lah Mamee Dydo Cool Tea ni sangat sesuai untuk masyarakat kita.


Ia mempunyai gabungan 8 ekstrak herba yang terdiri daripada Mesona Chinensis, Daun Teratai, Bunga Kekwa, Daun Mulberry, Liquorice Root, Selfheal, Honeysuckle Flower, dan Grosvenor Momordica. Kesemua herba ni terkenal dalam untuk mengeluarkan haba dalam badan. Anda yang panas badan akibat makan makanan pedas, BBQ, makanan goreng, membuat aktiviti luar ataupun berada di bawah matahari yang panas, sila dapatkan Cool Tea ni untuk sejukkan badan okey.



Ramai yang biasa menggunakan herba dalam minuman dan makanan untuk mempercepatkan peredaran dan mengeluarkan haba daripada badan. Herba dapat membantu melepaskan haba dari badan dengan membuat badan kita panas, kemudian badan akan menjadi sejuk apabila berpeluh.

Satu lagi faedah yang hebat daripada teh herba adalah ia membantu membuat badan terhidrat. Apabila badan panas, ia kehilangan air lebih cepat dan ia sangat penting untuk menggantikan kehilangan air ini dengan cara yang betul. Dengan MAMEE Dydo Cool Tea, anda tidak perlu bimbang lagi untuk membuat teh herba anda sendiri.

Bukan tu je, Mamee Dydo juga merancang untuk memperkenalkan mesin layan diri untuk memastikan kemudahan kita mendapat bekalan mereka. Dengan waktu kerja yang berbeza-beza dan waktu makan yang tidak menentu, mesin layan diri ini mesti menjadi satu kemudahan untuk mereka yang berada di tempat kerja, blok pejabat, institusi pendidikan, hub pengangkutan awam dan banyak lagi lokasi lain yang sesuai. Mudah je, air panas pun dah siap sedia.


Satu perubahan yang bagus untuk kita yang sentiasa sibuk ni. Hehe. Ayue tak sabar nak cuba mesin layan diri tu nanti. Jangan rambang mata sudah lah. 


xoxo,


post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.