Safi MEN | Produk penjagaan wajah khusus untuk lelaki

25 November 2015

Assalamualaikum. Lelaki ni, kalau smart macam mana pun, tapi muka berminyak-minyak, banyak jerawat pulak. Spoil! Betul tak? Kalau jenis muka yang bermasalah tu lain cerita, ni yang jenis tak nak jaga muka, pastu biarkan muka berminyak je sampai boleh goreng ikan. Macam mana tu?

Awak yang lelaki tu, penjagaan muka ni penting okey. Lelaki yang berjaya mempunyai personaliti yang seimbang, mudah bergaul, dihormati dan disenangi rakan-rakan. Kalau kulit wajah tak nak jaga, macam mana nak disenangi kan.

Kaum lelaki cenderung untuk mengalami masalah kulit berminyak kerana hormon testosterone lelaki mempengaruhi pengeluaran minyak daripada kelenjar minyak di kulit. Lebih tinggi hormon testosteron seseorang, lebih banyak pengeluaran minyak yang berlaku.

Ayue faham, iklim cuaca yang panas dan lembab, pastu jalan raya pula berhabuk-habuk memberi cabaran yang besar buat kaum lelaki sebab rata-rata lelaki menggunakan motorsikal. Bukan mudah nak jaga kulit wajah supaya bersih dan tak kusam akibat asap kenderaan. Faktor-faktor ni lah yang buatkan pori mudah tersumbat dengan kotoran dan menggalakkan pertumbuhan jerawat. Dah lah pori-pori lelaki lagi besar dari perempuan, lagi mudah nak tersumbat. Bila kulit berjerawat, mula lah rasa kurang berkeyakinan berdepan dengan orang ramai. Bercakap pun tunduk je. Hmm.


Sekarang ni, SAFI Malaysia dah keluarkan satu produk baru, pembersih wajah khas untuk kaum lelaki. Sebelum untuk perempuan je kan? Bukan perempuan je yang nak kulit cantik. Cewah!



Safi Men | Rangkaian produk penjagaan wajah khusus untuk lelaki



Safi Men mempunyai 3 variasi yang mampu menentang 3 masalah kulit yang sering dialami oleh kaum lelaki iaitu masalah kulit kusam, masalah kulit muka berminyak dan masalah jerawat. Ayue suka packingnya sebab nampak smart, moden dan trendy.

Safi Men mengandungi formulasi baru H2O Cool Cactus yang bukan sekadar melindungi kulit wajah, malah memberikan kesegaran berpanjangan agar kekal aktif sepanjang hari.



Duta Safi Men, Fattah Amin yang tampil masa majlis pelancaran Safi Men di Glasshouse, Seputeh baru-baru ni nampak hensem sangat! Smart je masa dia turun dari tingkat atas guna tali,then pakai jaket. Cair oi!! Pastu pergi depan nyanyi "Sorry-sorry sayangku, I love you~". Tet! Okey, tipu. Hahha.




Cuma nak bagitau, kulit Fattah masa ni putih, gebus betul. Takda sebutir jerawat pun. Pori apatah lagi. Dari jauh nampak flawless habis. Ayue yang perempuan ni pun tergugat okey. Hehe.



Kaum Adam yang berminat dengan Safi Men, anda boleh dapatkan di pasaraya terdekat dengan harga RM13.90 (100gm). Ada 3 variasi iaitu :


Safi Men Dynamic White - Masalah kulit kusam
Safi Men Oil Control Clay - Masalah kulit mukaa berminyak
Safi Men Acne Buster - Masalah jerawat




Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Website : www.safi.com.my



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.