The Top 3 items from Poh Kong I would love to have

23 December 2015

Assalamualaikum. Pada Ayue, nak cari barang kemas bukan mudah. Yelah, tak semua design kita suka. Ada yang terlalu besar, terlalu kecil, nampak matang, dan macam-macam lagi. Kalau dah jumpa yang memenuhi citarasa pula, rambang mata dibuatnya! Sampai rasa nak borong semua lah. 

Ayue pula jenis yang bila Ayue nampak satu barang kemas tu, dia macam sparkle terus dalam hati, sambil mata terbeliak sikit, "Wahhhhh, cantiknya!". Bila keadaan itu terjadi, maka encik tunang, sila lah berhati-hati kerana Ayue akan pujuk sampai dapat. Haha!


Okey, dalam masa terdekat ni, insyaAllah Ayue akan mendirikan rumah tangga. Jadi, Ayue memang tengah cari design barang kemas untuk dijadikan sebagai hantaran kahwin nanti, Banyak tempat dah Ayue pergi, tapi masih belum ada yang berkenan di hati. Bila Ayue dapat tau Poh Kong ada keluarkan koleksi terbaru mereka, 'Poh Kong Year End Festive Collection', Ayue terus terjah website Poh Kong.


OMG! Cantik gila! Seriously? Bukan saja ada yellow gold dan white gold, ada koleksi ROSE gold jugak. Ayue kurang gemar yellow gold. Ayue lebih kepada white gold dan baru-baru ni Ayue suka sangat tengok rose gold. Cantik betul.


Antara Poh Kong Year End Festive Collection yang ada ialah :

1) Angel™ Diamond Collection



2) Simply Elegant Series


3) Multiple Joy Rings



4) Diamond Allure earrings series



5) Circle of Inspiration series



6) Tranz




Amacam? Jaw-drop tak? Hehe. Anda suka yang mana? Ayue sampai tak tau nak pilih yang mana satu tau.





Tapi andai kata diberi pilihan, The Top 3 items dari Poh Kong yang Ayue nak sangat adalah :

ANGEL™ Diamond Pendant


Wanita dan diamond tiada berpisah. Lagi-lagi bila disalut dengan white gold. Ada yang berani kata tidak? Ayue suka design dia yang minimalis, tapi nampak sangat elegan. This is so ME!


ANGEL™ Diamond Ring


Yang ni pula, Ayue terus jatuh cinta. Teringin sangat la hai nak seketul cincin diamond macam ni. Serius cantik kan? Sedondon pula dengan pendant tadi. Walawei. Kalau Ayue dapat ni, confirm tidur tersengih sampai ke pagi. Haha.


Multiple Joy Rings 1 10017


Macam Ayue cakap tadi, kebelakangan ni Ayue macam berkenan dengan Rose gold, bila Ayue nampak cincin ni, Ayue terus berkenan sebab kombinasi yellow gold & rose gold nampak sangat cantik di mata Ayue. Unik dan moden. Ada pula diamond yang menghiasi cincin, menyerlahkan lagi kecantikkan design ni.


Warkah buat encik tunang :

"Wahai encik tunang, andai kamu membaca entry ini, ketahuilah bahawa ini lah dia top 3 items yang bakal isterimu ini inginkan dari Poh Kong. Sudikah kiranya kamu membelinya? "


Tiba-tiba teringat masa sarung cincin tunang hari tu. Hahah! Pengsan dia kalau baca ni. Tapi takpa. Angan-angan itu penting, wishlist itu juga penting untuk menjadi motivasi kumpul duit beli barang kemas. Betul tak?

Oh ya, anda tahu tak yang Poh Kong merupakan penaja utama Clothes Buffet Malaysia Season 3 2016 yang akan berlangsung pada 16 dan 17 Januari 2016 di Lot 10, Bukit Bintang, Kuala Lumpur? Jangan lupa datang okey. Ajak kawan-kawan datang sekali memeriahkan clothes buffet tu :)


Untuk maklumat lanjut tentang Poh Kong’s new year’s festive collection, sila layari :

Poh Kong Official Website: www.pohkong.com.my
Facebook: pohkongjewellers
Instagram: pohkongmy



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.