Mary Kay | Lotion & Lip Balm Gift Set Review

Wednesday, January 13, 2016

Assalamualaikum. Yeay! Tiap kali nak review produk dari Mary Kay Ayue memang excited sangat Kali ni Ayue nak review Mary Kay Lotion & Lip Balm Gift Set. Ni kalau nak bagi orang tersayang sesuai sangat lah ni. Mesti senyum lebar.



Mary Kay Lotion & Lip Balm Gift Set | RM65

Untuk review kali ni, Ayue dapat set Berry & Cream. Suka dengan packaging gift set kali ni sebab nampak comel dan unik. Selalu kotak empat segi biasa, tapi kali ni bersegi-segi pula. Hehe. Design pun cantik, simple tapi nampak eksklusif.


Sebenarnya, kalau kotak yang dah sedia cantik macam ni, boleh dijadikan hadiah harijadi atau hadiah perkahwinan. Nak lagi grand, boleh terus buat doorgift untuk VVIP tau. Kelas okey. Lain daripada yang lain haa.


Untuk anda yang gemarkan lotion yang ringan (lightweight), tidak melekit dan cepat meresap, Mary Kay lotion ni memang sesuatu yang anda perlu cuba. Ayue suka gunakan lotion setiap pagi lepas mandi, jadi lotion yang ringan dan tidak melekit adalah pilihan Ayue. Dapat pula bau berry yang wangi ni, rasa selesa sepanjang hari tau.



Untuk lipbalm pula, pada Ayue lipbalm ni agak berminyak berbanding lip balm yang biasa Ayue guna kerana ia mineral oil-based. Nampak berkilat lepas digunakan. Ayue hanya apply secara nipis untuk kegunaan harian. Apa yang Ayue suka tentang lip balm ni adalah bau berrynya yang segar dan bibir Ayue kelihatan lembab untuk jangka masa yang agak lama. 




Jika anda ketandusan idea untuk cari hadiah yang bersesuaian untuk orang tersayang, boleh lah cuba Mary Kay Lotion & Lip Balm Gift Set ni okey?




Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page