Pengalaman makan ketam terbaik di THE MANHATTAN FISH MARKET

Sunday, January 10, 2016

Assalamualaikum. Sejujurnya, Ayue memang kurang makan seafood sejak dari kecil lagi sebab Ayue ada alergy, bila makan nanti gatal-gatal tangan. Tapi bila dah besar panjang ni, Ayue cuba juga sikit-sikit makan. Yelah, mana tahan tangok orang lain makan seafood, kita tak dapat kan? End up, sekarang Ayue dah tiada alahan lagi. Tak tahu macam mana, tapi itu lah yang jadi. Apa lagi, mula lah cari restoran seafood yang sedap-sedap area KL Selangor ni.

Kalau di kampung, Melaka, Ayue dan family rajin ke Umbai sebab situ banyak seafood fresh. Tapi di KL ni mana nak cari kedai macam tu? Lagi-lagi restoran seafood yang sedap dan murah. Macam mustahil pula bunyinya. Hehe. Bila Ayue dijemput untuk cuba makan menu baru dari The Manhattan FISH MARKET, Ayue apa lagi. Takda fikir panjang, terus ON!


Dari apa yang Ayue dengar, The Manhattan FISH MARKET ni memang terkenal dengan seafood dengan harga yang murah. Memang tak dapatlah kat tempat lain. Sekarang ni pula tengah hangat promosi ketam. Ya ampun, macam langkah kanan betul. Ada 3 jenis ketam iaitu King Crab, Spanner Crab dan French Crab. Bestnya, kesemua ketam-ketam di sini bukannya ketam belaan tau.


Kalau lalu depan restoran mereka, anda boleh tengok sendiri seafood yang mentah belum dimasak diletakkan di sebagai display. Anda boleh lah cuba tengok dan bayangkan menu yang anda nak makan nanti. Cewah.


Ketiga-tiga jenis ketam ni kami cuba. King Crab ni datang dari Chile tau. Bukan King Crab sebarangan. Hehe. Ayue pun first time makan King Crab ni. Baru tau rasanya macam mana. Isi King Crab ni lembut, padat dan agak kenyal berbanding Spanner dan French Crab. Yang paling penting, rasa manis fresh tu, memang terbaik lah.



King Crab ni di makan dengan dua jenis sos pencicah iaitu Garlic Butter Dip dan Spicy Seafood Dip. Ayue suka gila garlic butter tu. Sedap sangat-sangat sampai jilat jari. Memang sesuai makan dengan isi ketam. Perfect.


Menu ala-carte King Crab adalah RM69.90,tapi kalau anda mahukan portion yang lebih besar, boleh cuba King Crab Platter sebab ada dory fillet baked, crunchy fried calamari, sayuran dan nasi sekali. Boleh lah makan dengan kawan-kawan kan. Jenuh juga kalau nak makan seorang tu. Hehe.



Kemudian kami cuba Spanner Crab pula. Spanner Crab ni datangnya dari Australia. Berbeza sangat dengan isi King Crab sebab isi Spanner Crab ni lebih lembut dan lembik. Lebih juicy gitu. 


Harga Spanner Crab ni sebenar mahal kalau di restoran-restoran lain. Tapi di The Manhattan FISH MARKET, harga untuk seekor ketam dengan berat lebih kurang 750g, hanya RM55.90. Murah kan?! Memang berbaloi-baloi kalau makan disini. Kualiti dijamin terbaik. Spanner Crab ini juga dihidangkan bersama-sama sos pencicah Garlic Butter Dip dan Spicy Seafood Dip.




Ketam yang ketiga kami cuba adalah French Crab. Yang ini memang lain dari yang lain. Berbeza dengan ketam-ketam yang Ayue pernah makan sebelum ni kerana French Crab ni ada telur didalamnya!


Cuba tengok, yang berwarna oren kemerahan itu lah telur ketam ni. Isi ketam ni lembut, lebih kurang macam Spanner Crab, manakala telurnya lebih kenyal. Rasa? Hmm, susah pula Ayue nak describe. Anda kena cuba sendiri baru tau betapa sedapnya French Crab ni. Ni first time Ayue makan telur ketam tau.




French Crab ni available dekat semua outlet kecuali The Spring Mall, Vivacity Megamall, KB Mall, Seremban 2 and East Coast Mall tapi bergantung kepada stok. Ayue nasihatkan sebelum anda pergi ke mana-mana cawangan, tanya dulu French Crab ni ada ke tak okey? Nanti dah pergi takda stok pula. Kempunan. Anda boleh tanya mereka direct di social media atau email terus pada info@manhattanfishmarket.com

Untuk ketiga-tiga ketam ni, favorite Ayue mestilah King Crab. Pada Ayue makan King Crab ni lebih puas berbanding yang lain. Lebih mudah dimakan dan rasanya sedikit kenyal berbanding spanner dan french crab. Lain orang lain citarasa kan? Anda pula?

Okey, bukan ketam saja yang dijamu kepada kami hari tu. Lobster dan udang juga kami dapat rasa tau. Untuk lobster, kami cuba The Canadian Lobster dengan flaming sauce yang berbeza iaitu Manhattan Flaming Sauce, Honey BBQ Flaming Sauce, Ebiko Flaming Sauce dan Spicy Flaming Sauce.


Yang biasa makan di The Manhattan FISH MARKET mesti dah lali bila tiap kali order menu flaming, mereka akan flame menu anda secara live didepan anda. Seronok juga bila dapat tengok orang main-main api depan kita kan. Haha.




Kalau nak portion yang lebih besar, boleh cuba order Canadian Lobster Platter. Siapa yang tak suka lobster ni memang rugi. Sedap gila kot. Dalam banyak-banyak sos, Ayue suka Honey BBQ. Menu ni hanya available sampai sampai 31st January 2016 je okey. Jangan lupa pula.


Untuk white prawn pula, kami cuba ada 4 jenis masakan yang anda boleh pilih iaitu Garlic Butter, Spicy Dip, Cajun Spice dan Garlic Salt Pepper. 


Ayue paling suka yang spicy dip tu. Udang-udang ni semua fresh dan terasa manis udang tu bila dimakan. Sebelum makan udang ni perah dulu lemon tu baru lagi umphh! Puasnya kami makan seafood~~





Ingat tau, kalau anda banyak makan seafood, Ayue sangat syorkan anda untuk memilih minuman seperti Citrus Mint sebab bila kita banyak makan seafood, kolestrol dalam badan akan meningkat. Jadi kita kenalah minum citrus untuk mengurangkan kadar kolestrol tu. 


Jangan lupa cuba okey menu-menu ni nanti. Berbaloi-baloi :)




Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

Facebook and Instagram : MFM.My
Twitter : @MFMMalaysia



xoxo,

post signature

You Might Also Like

1 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page