Ala Bendang Pendeta | Makan Tengahari Masakan Kampung di Intekma Resort Shah Alam

Saturday, February 27, 2016

Assalamualaikum. Ayue ni kalau makan tengahari, Ayue lebih suka masakan ala-ala kampung berbanding barat. Lagi-lagi kalau ada sambal belacan, fuh jilat jari dibuatnya. Selain dari nasi campur dan ikan bakar yang biasa anda makan di restoran, Ayue nak share satu lagi tempat makan menarik di area Shah Alam yang anda boleh menikmati menu masakan kampung. 


Menu Ala Bendang Pendeta di Intekma Resort, Shah Alam. Jujur Ayue cakap, masa mula-mula Ayue dengar nama menu ni, Ayue tak jangka langsung yang menu ni akan dihidangkan dengan pelbagai lauk didalam satu set. Terpukau sebentar bila set ala Bendang ni sampai di meja. Nampak sangat menyelerakan okey.

Menu Ala Bendang Pendeta (Siakap)

Ala Bendang Pendeta ni merupakan menu baru di Intekma Resort yang diperkenalkan untuk penggemar makanan kampung. Ada 3 jenis set yang anda boleh pilih iaitu Siakap Tiga Rasa, Ayam Kampung atau Kambing Bakar yang dihasilkan oleh chef di Intekma.

Dihidangkan didalam nyiru membuatkan menu ni agak unik. Bila makan dalam nyiru ni, tiba-tiba rasa macam makan dekat tepi bendang pula. Hehe. Feel tu penting okey.

Menu Ala Bendang Pendeta (Ayam Kampung)

Apa yang membuatkan Ayue tertarik dengan set ni adalah set ni dilengkapi dengan lauk pauk sampingan seperti Ikan Pekasam, Ulam-ulaman, Tauhu, Telur Masin, Sup, Keropok Ikan, Sambal Belacan dan Sambal Bendang yang membuatkannya  lebih umphh! 




Ikan pekasam yang digunakan memang sedap dan tidak berderai. Ulam-ulaman pula fresh dan paling penting sambal ada 2 jenis. Sambal belacan untuk anda yang gemarkan rasa pedas, manakala sambal bendang pulal kurang pedasnya. Tapi kalau dah nama masakan kampung, mesti lah nak makan sampai berpeluh-peluh kepala ye tak? Hehe.


Harga untuk set ini bermula dari RM30 (Set Ayam) untuk hidangan 2 orang. Menariknya, set Ala Bendang Pendeta ni didatangkan sekali dengan minuman Air Limau Kasturi. Murah dan berbaloi-baloi. Bagi Ayue, untuk makan tengahari dengan menu yang sebegini termasuk air, harganya sangat berpatutan. 


Oh ya, jangan lupa cuba ABC Kelapa di Intekma ni okey. Tengahari kan panas terik, lepas makan kenyang-kenyang, kena pula ABC Kelapa, memang heaven lah. Kalau makan ramai-ramai lagi meriah. Di Intekma ni senang je nak parking, tak crowded pun.

ABC Kelapa


Anda yang ada di area Shah Alam masa makan tengahari, jangan lupa singgah di Intekma okey. kena cuba menu Ala Bendang Pendeta ni. Serius tak rugi. Ayue pun planning nak bawa officemate datang makan disini nanti. Confirm jilat jari masing-masing. Hehe.



Pendeta Coffee House

INTEKMA Resort & Convention Centre,
Persiaran Raja Muda,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor
Phone:+60 3-5522 5000/5009


Untuk maklumat lanjut tentang Intekma, boleh layari :





xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive