AskLegal | Laman Portal Undang-undang Berciri Lengkap

06 February 2016

Assalamualaikum. Pernah tak anda berdepan dengan masalah kekurangan info tentang undang-undang? Yelah, ada banyak website yang berkaitan undang-undang di Malaysia ni, tapi tiada satu pun yang lengkap. Hampir setiap apa yang kita lakukan dalam aktiviti harian ada undang-undangnya. Sebab tu kita perlukan satu website yang lengkap untuk memberi panduan kepada masalah undang-undang kita.


Antara masalah undang-undang yang sering menjadi tanda tanya dalam kehidupan harian kita adalah :

"Berapa banyak hak wanita terhadap harta suami apabila mereka bercerai?"
"Bagaimana untuk mengelak daripada didenda RM50,000 kerana menjual talian?"
"Boleh ke polis memasuki rumah anda pada bila-bila masa yang mereka mahu?"

Tak perlu lagi tertanya-tanya kerana kini anda mendapat panduan kepada persoalan undang-undang ni di www.asklegal.my, sebuah laman web undang-undang yang berciri lengkap, bertujuan untuk memberi maklumat kepada orang awam mengenai hak undang-undang serta panduan masalah undang-undang mereka.




Laman web AskLegal yang dilancarkan oleh IRR Legal Sdn Bhd ini mengandungi maklumat, panduan dan sumber undang-undang. Malah, ia juga menyediakan pelbagai cara untuk anda mendapatkan maklumat atau panduan undang-undang. Menariknya, anda boleh layari laman web ini secara percuma tanpa sebarang bayaran.


Kami mendapati terdapat pelbagai laman web internet yang berkaitan dengan hal perundangan. Tetapi tiada satu laman pun yang begitu lengkap sekali untuk menyediakan bantuan perundangan kepada warga Malaysia. Oleh itu, Asklegal bermatlamat untuk memenuhi kekosongan ini.” ~ Marina Suwendy

Misi AskLegal adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai hal ehwal undang-undang untuk membantu orang ramai mendapatkan bantuan perundangan. Maklumlah, untuk rakyat marhain macam Ayue ni, undang-undang bukan lah sesuatu yang Ayue fasih. Malah, kalau diikutkan, banyak juga masalah undang-undang yang Ayue alami seperti "Mestikah semua kontrak dibuat secara bertulis untuk menjadi sah?".


Selain itu laman web ini juga mengandungi berita dan laporan terkini, artikel undang-undang, senarai aktiviti perundangan seperti persidangan dan bengkel undang-undang dan juga ruangan soal-jawab di mana orang ramai boleh bertanyakan soalan. Lagi mudahlah untuk kita mendapat panduan kerana soalan kita akan dijawap mengikut masalah undang-undang kita.


Ruangan 'Soal-Jawab' ini merupakan suatu yang baru untuk Malaysia dan pengendalian ruangan ini akan dibantu oleh penguam dan ahli akademik yang berkelayakan daripada universiti tempatan kita. AskLegal bukannya bertujuan untuk mengambil-alih tugas para peguam, sebaliknya ia adalah berfungsi sebagai pelengkap tugas tersebut.

"AskLegal bukannya bertujuan untuk mengambil-alih tugas para peguam, sebaliknya ia adalah berfungsi sebagai pelengkap tugas tersebut. Laman web kami cuma merupakan titik permulaan kepada perjalanan orang ramai ketika mendapatkan khidmat undang-undang yang tepat. AskLegal mengambil pendirian bahawa orang ramai mesti sentiasa menggunakan khidmat peguam yang bertauliah”~ Marina Suwendy


AskLegal telah menandatangani surat niat dengan Universiti Kebangsaan Malaysia dan sekarang di dalam proses untuk berbuat demikian dengan Universiti Islam Antarabangsa dan universiti tempatan yang lain.  

Pihak UKM berasa teruja mengenai kerjasama dengan AskLegal oleh kerana fakulti undang-undang universiti memang sentiasa mencari jalan untuk bekerja dengan sektor swasta mengenai perihal undang-undang. Kami menganggap bahawa perkongsian ini adalah satu titik permulaan dan langkah kehadapan di dalam meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai hak undang-undang mereka. Seperti mana yang anda maklum, kemudahan untuk mendapatkan khidmat undang—undang sentiasa menjadi satu kembimbangan. AskLegal akan menjadi satu platform yang baik untuk menangani isu tersebut'' menurut Profesor Madya Dr. Nazura Abdul Manap, Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia



UIA berharap untuk melengkapkan kerjasama dengan AskLegal. Laman portal AskLegal merupakan satu contoh yang baik di mana pengetahuan, khususnya pengetahuan undang-undang di dalam hal ini, digunakan untuk memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya. Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim UIA sentiasa mendekati orang ramai untuk membantu mereka melalui klinik bantuan guaman dan pelbagai program pendidikan. Sekarang pihak Kulliyah Undang-Undang menganggap AskLegal sebagai satu alat yang akan memberi faedah kepada orang ramai. Memanglah amat wajar sekali bahawa pengetahuan undang-undang digunakan untuk menyelesaikan masalah masyarakat setempat” ~Prof. Dr Hunud Abia Kadouf, Dekan, Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa.

AskLegal juga boleh digunakan oleh badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu mereka menyebarkan kesedaran kepada orang ramai dan untuk mendapat pencapaian yang berkesan. Paling Ayue suka adalah semua maklumat ni kini hanya dihujung jari. Buka saja website, macam-macam panduan undang-undang yang kita boleh dapat. Baguskan! Tak payah pening-pening lagi fikirkan dari mana perlu kita mula untuk selesaikan masalah undang-undang ni sebab panduan dah ada.

Pihak Pertubuhan Pertolongan Wanita berasa amat berbangga bekerjasama dengan AskLegal untuk mengketengahkan isu keganasan rumahtangga. Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Sains Malaysia menunjukkan bahawa sembilan peratus daripada wanita yang mempunyai pasangan di Semenanjung Malaysia telah mengalami keganasan rumahtangga. Ini bermakna lebih daripada lapan ratus ribu wanita di Malaysia berkemungkinan telah mengalami penderaan. Keganasan rumahtangga adalah satu jenayah yang berbahaya dan berleluasa dan segenap lapisan masyarakat bertanggungjawab untuk menangani masalah ini. Kami berharap untuk menimbulkan kesedaran in bersama-sama dengan AskLegal” ~ Sumitra Visvanathan, Pengarah Eksekutif, Pertubuhan Pertolongan Wanita


Untuk maklumat lanjut mengenai AskLegal, anda boleh layari :
Website : www.asklegal.my
Facebook : AskLegal
Twitter : @AskLegalMY


xoxo,

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.