Baby Beef Back Ribs at Tony Roma's is the BEST

03 February 2016

Assalamualaikum. Tau tak baru-baru ni Ayue ke Tony Roma's untuk rasa menu baru mereka, Baby Beef Back Ribs. Ya ampun! Tony Roma's punya tulang rusuk (ribs) memang tak pernah mengecewakan Ayue. Ayue makan sampai jilat-jilat jari okey. 

Tony Roma's ribs memang sangat terkenal di seluruh dunia. Siapa yang tak pernah rasa tu memang rugi lah! Tambahan pula untuk menu baru ni, mereka menggunakan ribs baby beef (veal). Lagi lah sedap. Untuk anda yang tidak tahu, baby beef back ribs ni sangat terkenal di kalangan pecinta ribs kerana ia sangat lembut dan tanpa lemak. Teksturnya pula halus, mudah dihadam dengan rasa daging matang dan lemak yang sangat sedikit berbanding dengan daging lembu atau kerbau. Siapa tidak suka daging macam ni kan?


Okey, tak payah cakap banyak. Jom tengok menu-menu baru dari Tony Roma's ni okey. Mohon jangan terliur. Hehe. 

Tony Roma's world famous signature, Baby Beef Back Ribs kini datang lagi dengan sedikit citarasa Malaysian. Maklumlah, tekak orang Malaysia ni lain sikit. Ada dua sos yang anda boleh pilih iaitu Sarawak Black Pepper Sauce dan Sweet Black Pepper BBQ Sauce.


Baby Beef Back Ribs with Sarawak Black Pepper Sauce | RM83.63
Baby Beef Back Ribs yang sangat lembut dan tanpa lemak di di grilled sempurna dengan Sarawak Black Pepper Sauce. Dihidang bersama French fries dan cole slaw.




Baby Beef Back Ribs with Sweet Black Pepper BBQ Sauce | RM83.63
Baby Beef Back Ribs yang sangat lembut dan tanpa lemak di di grilled sempurna dengan Sweet Black Pepper BBQ Sauce. Dihidang bersama French fries dan cole slaw.



Komen Ayue : Memang seperti yang dikatakan. Dagingnya sungguh lembut tanpa lemak. Tak perlu kunyah banyak-banyak pun dah hancur dalam mulut. Peliknya, selalu kalau Ayue makan daging, Ayue akan cepat muak, tapi kali ni tak. Mungkin sebab ribs ni tanpa lemak, jadi anda boleh maka tanpa risau tentang kalori kerana daging anak lembu kurang kalorinya. Untuk sos pula, Ayue lebih suka Sweet Black Pepper BBQ Sauce berbanding Sarawak Black Pepper Sauce. Mungkin kerana black pepper sudah biasa Ayue makan, dan BBQ sos nya pula sangat sedap! Ada rasa masam-masam manis. Sos ni yang buat Ayue sampai jilat jari tau. Hehe.

* Menu ini untuk masa yang terhad saja. Jadi cepat-cepat pergi rasa okey?
* Hanya boleh didapati di cawangan Lembah Klang.


Selain dari Baby Beef Back Ribs, ada juga promosi sempena Ulang Tahun ke-10 Tony Roma's iaitu Menu Tony Roma's New Beginnings. Dalam rangkaian menu ni ada Summertime Lamb Burger, Nacho Lamb Burger, Kaboom Lamb Burger, Luau Lamb Burger dan Barbeque Lamb Tacos.



Summertime Lamb Burger | RM40.17
Grilled lamb burger patty, lightly seasoned and topped with homemade burger sauce, melted mozzarella cheese and caramelized onions.




Nacho Lamb Burger | RM42.29
Grilled lamb burger patty, topped with crispy tortilla strips, melted shredded Cheddar cheese breaded jalapeno slices and a homemade roasted chipotle sauce.




Kaboom Lamb Burger | RM40.17
Grilled lamb burger patty, topped with spicy & sweet pineapple salsa and melted mozzarella cheese.




Luau Lamb Burger | RM40.17
Grilled lamb burger patty, topped with pineapple & honey plum sauce and melted mozzarella cheese.




Barbeque Lamb Tacos | RM27.45
Slow-roasted pulled lamb served with Sriracha BBQ sauce, topped with cole slaw and red cabbage.



Komen Ayue :
Dalam ke empat-empat burger ni, Ayue suka Kaboom sebab sos nenasnya yang manis-manis pedas. Lain dari yang lain. Atau, untuk anda yang sukakan sesuatu yang baru, anda boleh cuba Nacho. Rasanya agak unik sikit kerana gabungan crispy tortilla dan burger. Apa pun, kesemua dagingnya sangat juicy okey. Paling Ayue suka adalah Barbeque Lamb Tacos. Seriusly, Ayue makan banyak gila Tacos ni. Lagi sedap kalau terus makan masa panas-panas. Kalau dah sejuk nanti lembik pula tacos tu. Dan yang bestnya, sos sriracha tu!! OMG, sedapnya. Cukup semua rasa. Lengkap dengan cole slaw dan kobis. Memang Ayue recommend sangat untuk anda cuba Barbeque Lamb Tacos okey. Rugi tau kalau tak cuba.

* Menu ni juga untuk waktu yang terhad saja tau. Boleh didapati hingga 28 Feb 2016.

Kempen Tony Roma's "Cherish the Moment" membolehkan anda, rakan dan keluarga anda menikmati set hidangan istimewa untuk 2 orang hanya dengan RM158.88*, yang merangkumi starter, dua entrees, dua minuman dan pencuci mulut untuk melengkapkan hidangan anda. Boleh didapati dari 18 Jan 2016 hingga 14 Feb 2016, dan kalau anda menyertai kempen ini sebelum 10 Feb 2016, anda berpeluang untuk memenangi set Cherish the Moment pada 14 Feb 2016! 

Caranya mudah saja, anda hanya perlu order set Cherish the Moment, isi borang kontes dengan nama, contact detail, no resit dan cawangan yang anda pergi. Setiap set untuk satu entry. Hanya satu pemenang untuk setiap cawangan.


Sempena menyambut tahun baru 2016 dan juga Ulang Tahun ke-10 Tony Roma's, kesemua menu ala carte yang diorder pada 10hb setiap bulan akan diberi diskaun sebanyak 10%!! Promosi ni boleh juga diguna bersama-sama dengan diskaun lain tau. Tertakluk pada terma & syarat. Bestkan.


Tak payah tunggu-tunggu lagi lah. Terus ke Tony Roma's sekarang okey.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

Instagram : TRMalaysia
Twitter : TRMalaysia1


xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.