Karnival Peaceyall.FM | Lucky Draw bernilai lebih RM10,000 menanti anda!

25 February 2016

Assalamualaikum. Anda pernah dengar tentang Peaceyall.FM? Bagi anda yang belum tahu, Peaceyall.FM ni merupakan radio online berkonsepkan radio interaktif yang pertama di Malaysia. Radio online ini dimiliki sepenuhnya oleh pengacara dan pelawak terkenal negara iaitu Dato’ AC Mizal.


Untuk anda yang ingin mendengar radio interaktif ini, tidak perlu frekuensi, sebaliknya anda hanya perlu pergi ke http://www.peaceyallfm.com melalui PC atau smartphone anda untuk mendengarnya.

Dato’ AC Mizal bersama Datin Emelda dan barisan VJ dari Peaceyallfm


DATO’ AC MIZAL BAWA LEBIH 150 USAHAWAN JELAJAH MALAYSIA DALAM KARNIVAL PEACEYALL

Bagi mempromosikan meraikan peminat-peminat setia stesen Peaceyall.FM di seluruh Malaysia, Dato’ AC Mizal akan mengadakan satu karnival besar-besaran untuk anda. Bermula di Melaka pada 2-3 April 2016 bertempat di Dataran Ayer Keroh, Melaka diikuti di Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Johor dan berakhir di Kuala Lumpur. Haa, orang kampung, seronok tak?


Berbeza dengan karnival-karnival lain, karnival Peaceyall ini menekankan konsep rekreasi santai dan riadah khususnya untuk seisi keluarga berkumpul dan bergembira bersama-sama. Boleh lah datang satu keluarga ke karnival ni nanti. Lebih ramai lebih meriah.

Lebih 150 usahawan-usahawan yang  terdiri dari artis dan selebriti akan bersama-sama memeriahkan karnival ini dengan jualan produk terkini dengan harga yang sangat berpatutan. mesti ramai yang nak support bisnes artis kesayangan masing-masing kan? Ini lah masanya, selain membeli boleh selfie pula.


Tujuan utama Karnival Peaceyall ini diadakan sebagai satu landasan pihak stesen berinteraksi dengan penonton setianya dengan lebih dekat disamping membantu para usahawan untuk mempromosikan produk mereka ke seluruh dunia dengan kos lebih rendah tetapi impak yang tinggi.

Anda yang datang bersama keluarga nanti, jangan risau tentang bosan atau tiada aktiviti yang sesuai untuk anak-anak anda kerana pelbagai aktiviti menarik telah dirancangkan seperti ujibakat mencari VJ Peaceyall.FM, permainan kanak-kanak, persembahan menarik dari VJ dan selebriti dan semestinya dari Dato AC Mizal sendiri hasil kerjasama bersama OMGFest Ventures. Bukan itu sahaja, karnival 2 hari ini adalah pertama di Malaysia yang akan dipancar dan dipertontonkan secara langsung atau “live streaming” ke seluruh dunia melalui applikasi Peaceyall.FM


Bagi mereka yang berminat untuk menjadi antara usahawan bersama di Karnival Peaceyall, boleh hubungi mereka di :

1. Talian: +6011-2626 1656 (Daz) ataupun +6019-279 6275 (Lieza)
2. Email: karnivalpeaceyall@gmail.com
3. Website: Peaceyall.FM atau OMGFest2014



PERMAINAN APLIKASI “DAC PEACEYALL” CARA BARU BERINTERAKSI DATO AC MIZAL BERSAMA PEMINAT

Hari ni Ayue memang nak kongsi cerita yang best-best je dengan anda terutama yang kaki game atau kaki contest tu. DAC Peaceyall satu aplikasi permainan baru yang dibuat untuk menarik minat kaki game tegar.


Disamping berpeluang mengetahui aktiviti Dato AC Mizal, anda juga boleh membeli produk wangian keluaran beliau yang tengah hot sekarang ni. Malah,  pelbagai hadiah menarik disediakan untuk anda tau. Bukan senang aplikasi game macam ni ada sediakan hadiah kan? Lagi pula dari Dato AC Mizal sendiri, apalah agaknya hadiah menarik tu agaknya. Ayue dah download dan dah mula main pun. Kot-kot ada rezeki dapat menang hadiah menarik. Siapa tahu?


Penat main game, rehat sebentar dengar lagu di Peaceyall.fm, habis rehat boleh sambung balik main game okey? Hehe.

DAC Peaceyall ini boleh dimuat turun dengan percuma di Google Play Store dan Apple Apps Store.



KARTUNIS UBI KEMBALI DENGAN KOMIK SKOOLASTIK

Anda peminat komik Ujang? Dulu masa Ayue kecil, abang-abang Ayue gila baca komik Ujang ni. Hampir setiap keluaran tak pernah miss. Punyalah seronok baca komik kan. Masa tu mana ada online semua ni. Komik merupakan salah satu bahan untuk menghiburkan hati. Hehe.


Siapa peminat komik Ujang, pasti akan kenal dengan kartunis Ubi atau nama sebenarnya Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar yang popular dengan siri kartun “Budak Hostel”, “Aku, Dia & Volkswagen”. Untuk peminat-peminat Ubi, ni ada berita gembira untuk anda. Ubi kini kembali dengan hasil karya komik terbaru berjudul “Skoolastik”.


“Skoolastik” mempunyai 100 muka surat dan mengambil masa selama 8 tahun untuk dihasilkan. Ia menceritakan kisah 3 rakan karib iaitu Khairy, Pian dan Aina yang menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah yang penuh dengan kisah menarik, lucu, penuh dengan nasihat dan tauladan serta pelbagai cabaran yang mereka terpaksa lalui yang akan membuat anda semua tidak kering gusing menghayati komik “Skoolastik” ini.

Harga: RM19.90
Belian secara online: www.kedai.kartunisubi.com
Kedai buku seluruh Malaysia: Jualan bermula 20 Februari 2016
Facebook: www.facebook.com/kartunisubi
Instagram: @kartunisubi


Apa tunggu lagi, cepat dapatkan “Skoolastik” ni okey? Boleh lepas rindu.



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.