Printcious | Customized Hadiah untuk Kesayangan Anda

25 February 2016

Assalamualaikum. Kalau tengok fesyen orang sekarang ni, ramai yang suka bagi hadiah yang nampak eksklusif sikit. Maksudnya ada sentuhan peribadi gitu. Terutama hadiah perkahwinan, mesti nak cari yang boleh tempah nama lah, apa lah, betul tak?

Sama lah dengan Ayue pun. Tapi kadang-kadang tu tak tahu nak beli dekat mana, takda idea pun nak beli apa. Nasib baik ada website Printcious ni. Macam-macam yang Ayue berkenan nak beli tau.


Printcious ni sebenarnya penjenamaan semula daripada website HeartBeat.my. Ada macam-macam koleksi hadiah dan souvenir yang ada seperti bantal, t-shirt, mug dan yang paling menarik perhatian Ayue adalah ceramic tile. Rare okey. Semua koleksi ni anda boleh tempah ikut citarasa anda. Best kan?!


Anda hanya perlu daftar di Printcious secara percuma dan pilih yang mana satu yang berkenan di hati. Nak daftar pun mudah je, hanya masukkan email atau daftar terus dengan Facebook anda.


Semua senarai hadiah yang anda boleh pilih ada di dalam tab "SHOP". Antaranya : 
  • T-Shirts
  • Mugs
  • Cushions
  • Phone Cases
  • Ceramic Tiles
  • Puzzles
  • Mousepads
  • Mini Tees


Banyak betul pilihan yang ada. Jadi anda pilih lah ikut kesesuaian okey. Kalau anda pening, tak tahu nak pilih yang mana satu, pergi saja di tab "GIFT", ada senarai pilihan yang anda boleh pilih. Nak bagi pada si dia ke, nak beli hadiah untuk ulangtahun ke, birthday ke, perkahwinan ke, sambut baby ke, semua ada. Mudah nya. 


Lama juga Ayue belek-belek website ni. Yelah, banyak sangat pilihan yang ada sampai rambang mata dibuatnya! Disebabkan Ayue takda apa-apa yang nak diraikan dalam masa terdekat ni, Ayue nak beli hadiah untuk diri sendiri. Boleh macam tu? Hahah.

T-Shirt

Mug

Bantal / Cushions

Ceramic Tiles

Puzzles

Mousepads

Mini Tees

Ya ampun, susahnya nak pilih. Ayue berkenan sangat dengan design-design yang disediakan. Terlalu banyak pilihan. Kebetulan Ayue memang tengah deko-deko rumah sekarang ni, jadi Ayue nak beli bantal dan ceramic tiles. 


Cantik tak design ni? Siap boleh customize letak nama lagi. Seronok betul. Ni lah yang Ayue kata boleh bagi hadiah dengan sentuhan peribadi. Kalau nak bagi hadiah kahwin sesuai sangat kan. Mesti seronok si penerima tengok nama dia dan pasangan terukir cantik dekat hadiah yang anda berikan. Cewah.

Belum kahwin, tapi berangan dulu lah. Haha!

Dah siap design semua, proceed untuk checkout. Alamat anda jangan lupa update pula okey. Sebarang masalah seperti barang yang dihantar tidak menepati citarasa, rosak dan lain-lain, printcious akan sedia memberi respon dengan segera. Dan untuk pembelian lebih daripada RM60, kos penghantaran tidak akan dikenakan.





Best tak? Cepat-cepat pilih yang mana satu berkenan di hati okey.


Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart



Untuk tempahan dan maklumat lanjut, boleh layari :




xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.