Wedding Dress Resepsi Anzalna Nasir Memukau | Inspirasi Barbie Mariposa

Monday, February 29, 2016

Assalamualaikum. Dari semalam tiap kali scroll timeline FB, mesti nampak orang share gambar dari wedding Anzalna Nasir dan pasangannya Hanif Zaki. Memang dari mereka nikah lagi Ayue dah berkenan betul tengok gaun yang Anzalna pakai. Tapi bila time resepsi, ya ampun!! Terpegun rasanya. Cantik betul gaun pengantin Anzalna.

Gaun pengantin resepsi Anzalna Nasir | Credit picture : Mangotouch

Dah la Ayue memang tengah survey wedding dress, Anzalna pula tampil dengan wedding dress yang memukau macam ni. Ayue rasa memang akan jadi fenomena lah lepas ni. Mana ada gaun pengantin yang berwarna-warni bercorak bagai sebelum ni kan? Terima kasih Anzalna sebab bagi idea untuk kami-kami yang bakal kahwin ni untuk keluar dari kepompong design baju pengantin yang typical. Hehe.

Gaun pengantin resepsi Anzalna Nasir | Credit picture : Mangotouch

Pendapat Ayue, wedding dress Anzalna ni nampak simple dan sopan. Memanglah kalau berhijab lagi manis, tapi Ayue cuma nak komen tentang gaunnya saja okey. Nampak simple yet sangat eksklusif! Dari jauh nampak WOW, dari dekat nampak memukau. Cewah. Berkenan sungguh lah Ayue dengan design gaun ni. Macam kelopak bunga-bunga gitu.

Resepsi Anzalna Nasir & Hanif Zaki | Credit picture : Mangotouch

Kalau tak silap Ayue, mengikut Hashtag yang Anzalna tulis di caption Instagramnya, gaun pengantin Anzalna ni diilhamkan dari Barbie Mariposa, butterfly fairy yang sangat cantik dengan gaun-gaunnya yang diperbuat daripada sayapnya sendiri. Sayap Barbie Mariposa ni  apabila diturunkan akan menjadi gaun seperti kelopak bunga. Siapa yang pernah tengok cerita ni angkat tangan?! Dipenghujung jalan cerita, gaun Barbie Mariposa transform menjadi orange dan pink yang sangat cantik.

Wedding Dress Anzalna inspirasi dari Barbie Mariposa

Menurut Anzalna, gaun pengantinnya dia ni direka oleh Teuku Putra Aziz Cosry (Instagram : @putraaziz_cosry). Manakala materialnya pula handpainted silk with generously dash of swarovski glittered oleh @gerekitualia dan @ijartemir. Haa, terkesima sekejap. Patutlah memukau, handpainted dan penuh swarovki okey gaun tu. Bukan sebarang gaun ni. Hehe. Tinggi betul citarasa Anzalna. Dah lah pandai, cantik pula.

Resepsi Anzalna Nasir & Hanif Zaki 

Warna yang Anzalna pilih sesuai dengan tema warna tahun ni, ala-ala Rose Quartz dan Serenity. Kalau nak tahu tema dan warna tahun 2016 ni boleh tengok entry Ayue yang ni okey. 




Resepsi Anzalna Nasir & Hanif Zaki | Credit picture : Mangotouch

Tahniah Anzalna dan Hanif. Moga berbahagia hingga ke jannah ye. Tengok mereka serasi bersama, pasangan yang romantik dan sweet. Ayue jealous sangat tau. Hahah, bertuah lah kalau Qisti tu nak romantik juga. Hehe. Doakan yang baik-baik saja okey. Moga Ayue pun sampai jodoh tahun ni. Amennn.



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog Archive