Eversoft | Pencuci Muka dan Skrub Wajah 100% Tumbuhan Organik Aktif

Friday, March 11, 2016

Assalamualaikum. Sejak dulu lagi Ayue dah biasa dengar jenama Eversoft ni. Kawan sebilik Ayue pengguna tegar pencuci muka Eversoft ni tau. Patut lah kulit dia cantik je, takda masalah jerawat pun sebab pencuci muka Eversoft ni berasaskan formulasi Jepun yang 100% Tumbuhan Organik Aktif.


Kalau nak diiukutkan, sejak dari zaman mak-mak Ayue lagi Eversoft ni dah ada sebab Eversoft sudah berada di pasaran lebih dari 30 tahun. Nampak tak betapa kukuh dan dipercayainya jenama ni. Benda kalau bagus, mesti lah tahan lama kan. Lagi-lagi kalau produk yang berasaskan tumbuhan organik ni.

Eversoft memang terkenal dikalangan remaja di Malaysia kerana pencuci muka Eversoft mampu membuatkan kulit mereka sihat, kekal remaja dan cerah berseri. Siapa yang pernah menggunakan eversoft untuk memcuci muka mesti setuju bila Ayue kata pencuci muka dan skrub wajah Eversoft memang bertindak secara lembut pada kulit dan membersih kotoran jauh ke dalam kulit tetapi masih mengekalkan keseimbangan kelembapan semula jadi dalam setiap cucian.


Baru-baru ni, Eversoft melancarkan pencuci muka mereka yang telah diperbaharui formulanya. Pencuci muka Eversoft kini mempunyai bahan-bahan makanan dan ekstrak organik yang diperakui dan diadun bersama seperti bunga camellia, gingko & yuzu, aprikot, avokado, mulberi, minyak dedak padi dan Asid Hialuronik.

Apa yang lagi best, sekarang Eversoft mempunyai dua jenis format baru iaitu Pembersih Susu untuk kulit sensitif dan Pembersih Gel untuk kulit kering. Jadi anda boleh lah pilih pencuci mana yang sesuai dengan keadaan kulit anda. Pencuci muka Eversoft ni sesuai untuk semua jenis kulit terutama kapada remaja yang sedang meningkat dewasa.


Eversoft menyediakan 5 pencuci muka dan 1 skrub yang diperbaharui untuk pelbagai jenis kulit.



Pencuci Wajah Eversoft

Avokado & Minyak Dedak Padi (Rice Bran Oil) Organik – Khasiat Ekstra


Formula berkhasiat & penghidratan dengan 100% ekstrak Avokado Organik & Minyak Dedak Padi organik yang diperkaya dengan Vitamin E bagi membantu melawan tanda-tanda penuaan kulit dan melindungi sel kulit daripada pengoksidaan radikal bebas. Memberi khasiat dan menghidratkan kulit membolehkan kulit menjadi lebih cerah dan kekal remaja.


Gingko & Yuzu Organik– Kawalan Minyak & Jerawat


Formula kawalan minyak & jerawat dengan 100% ekstrak Daun Biloba Gingko & Buah Yuzu organik dan tinggi kandungan antioksidan dan Vitamin C bagi membantu membersih sambil menyingkirkan kotoran serta meredakan kemerahan kulit. Sesuai untuk mereka dengan kulit berminyak dan kombinasi.


Bunga Camellia & Mulberi Organik– Pemutihan Ekstra & Kulit Berseri


Formula pemutihan ekstra dengan 100% ekstrak Bunga Camellia & Mulberi organik dan diperkaya dengan Vitamin E yang melindungi kulit daripada sinaran UVB berbahaya. Ia memperbaiki tona kulit, mengurangkan tompok gelap dan dalam masa yang sama meremajakan dan memperbaharui kulit menjadikan ia berseri dan berkilau.


Benih Jelai (Coix Seed) Organik & Asid Hialuronik – Penghidratan Ekstra & Kulit Anjal


Formula penghidratan ekstra dengan 100% ekstrak Benih Jelai Organik & Asid Hialuronik yang bertindak sebagai agen pelembap botani semula jadi bagi mengekalkan hidrasi kulit untuk kelicinan, kecerahan dan kelembutan kulit berpanjangan. Sesuai untuk mereka yang berkulit kering dan sensitif.



Eversoft Pembersih Serum

Mulberi Organik & Asid Hialuronik – Pemutihan & Penghidratan


Formula Pemutihan & Penghidratan dengan 100% ekstrak Mulberi Organik & Asid Hialuronik yang kaya dengan kelembapan dan nutrien bagi membantu meremaja, memperbaharui dan melicinkan kulit kusam dan tidak bermaya. Serum pembersih bertindak lembut menjadikan ia ideal untuk kulit sensitif.



Eversoft Pembersih Skrub

Aprikot & Mulberi Organik– Membersihkan Bintik Hitam


Formula membersih bintik hitam dengan 100% ekstrak Aprikot & Mulberi organik dan kaya dalam peremajaan kulit secara semula jadi yang ideal untuk semua jenis kulit. Partikel mikronya meresap jauh ke dalam kulit bagi memberikan kesan skrub menyeluruh sekali gus menyingkirkan bintik hitam, kotoran degil dan minyak berlebihan untuk mengelakkan pembentukan bintik hitam/bintik putih baharu.



Eversoft baharu dan diperbaharui didatangkan dalam tiub putih elegan dengan setiap tiub mempunyai warna yang terang menarik bagi mewakili perbezaan setiap variasi. Pencuci muka Eversoft kini boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar dan farmasi utama di seluruh negara pada harga RM11.75 untuk 120G dan RM17.80 untuk 195G.


xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog Archive