Magique | Edisi Terhad Enchanteur Paris Eau De Toilette

Wednesday, March 30, 2016

Assalamualaikum. Event kali ni Ayue macam excited sikit nak cerita sebab event kali ni tentang Enchanteur!! Haa, siapa suka Enchanteur Paris? Kita sama! Ayue dari dulu lagi suka perfume keluaran Enchanteur Paris ni tau. Peminat setialah kira.


Tiap kali keluar, escpecially kalau keluar dating, benda wajib yang Ayue buat adalah pakai perfume. Rasa macam diri ni tak lengkap tau kalau keluar rumah takda haruman perfume dibadan. Bila dah wangi barulah Qisti sayang kan. Bila mata bertentang mata, jantung berdegup kencang gitu. Chia chia chia!


Okey, anda tahu tak yang wangian Enchanteur Paris dicipta khas buat setiap wanita muda, romantis dan elegan yang diinspirasikan daripada keindahan Kota Cinta Paris. Menurut mirror.co.uk, manusia boleh mengingati dan mengenalpasti kembali sesuatu bau dengan 65% ketepatan walaupun selepas setahun manakala tahap memori visual mereka pula hanya sekitar 50% ketepatan selepas 3 bulan sahaja. Hebat ke tak hebat penangan bau ni? Sebab tu lah kita kena sentiasa berbau wangi supaya orang akan ingat kita.

Di antara deria manusia, deria bau adalah yang pertama untuk memberikan tindak balas terhadap persekitaran dan merupakan yang paling kuat serta sensitif. Dalam kehidupan seharian yang sibuk dengan pelbagai cabaran dan serba digital ini, wangian dapat membantu seseorang individu menonjolkan diri dan mendapatkan perhatian.


Jadi, dihasilkan daripada seleksi wangian inspirasi Perancis yang terbaik, Enchanteur Paris akan memberikan transformasi kepada hari biasa anda agar dipenuhi dengan detik istimewa yang tiada penghujungnya. Cewah!

Enchanteur Paris Eau De Toilette kini hadir dengan wajah baharu yang menarik dilengkapi dengan kombinasi haruman tersendiri yang pasti memikat. Botol kaca yang anggun terkenal dengan penutup signatur berbentuk reben ini kini dipamerkan di dalam sebuah kotak yang cantik dan menampilkan illustrasi gadis berbeza bagi melambangkan haruman memikat Mon Amie, Belle Amour, Adore dan Magique. 



Haa, Magique ni lah wangian edisi terhad terbaru dari Enchanteur. Magique direka berdasarkan trend wangian antarabangsa dengan kombinasi haruman flora, buah-buahan dan Gourmand bagi merangsangkan deria para wanita moden dan pasangan mereka. Ayue suka sangat bau Magique ni. anda boleh lah jadikan koleksi atau sebagai bingkisan istimewa buat insan tercinta.


Wangian yang memberikan sentuhan sofistikated Perancis ini, boleh didapati dalam:

ENCHANTEUR PARIS Magique Eau De Toilette (EdisiTerhad)


Nikmati pengalaman romantis kisah fantasi yang hanya dapat dicipta oleh Enchanteur Paris Magique! Tidak kira untuk pergi bersiar-siar, temu janji di taman tema mahupun mencuba sesuatu yang baru dan menyeronokkan bersama-sama, wangian dengan campuran epal, magnolia dan praline yang istimewa ini dapat memikat si dia untuk sentiasa terpesona dengan personaliti anda. Wangian ini amat sesuai untuk si gadis dalam cinta yang mekar.


ENCHANTEUR PARIS Mon Amie Eau De Toilette


Mon Amie diinspirasikan daripada keakraban persahabatan wanita yang berkongsi isi hati dan detik istimewa bersama. Wangian ini dicipta dengan kombinasi Oren Lemon sitrus segar bersama Bergamot, epal merah, jambangan peony merah jambu, kuntuman segar bunga ros dan magnolia putih. Kombinasi haruman seleksi nota buah buahan ini pasti mengukir senyuman manis seranum rasanya dan menceriakan hari anda. Haruman ringan ini amat sesuai untuk aktiviti kasual bersama sahabat anda.


ENCHANTEUR PARIS Belle Amour Eau De Toilette


Menambah keindahan hubungan asmara yang membuat hati anda berdebar dan perasaan gementar. Haruman yang dicipta dengan penuh kelembutan daripada bauan epal tembikai, dilapisi bersama blackcurrant segar sebagai nota atas, disemarakkan dengan kelopak-kelopak mekar bunga ros Paris merah jambu yang menawan deria anda. Wangian ini mewakili kemekaran cinta dan asmara. Harumanmenawan yang dipakai istimewa untuk cintahati anda.


ENCHANTEUR PARIS Adore Eau De Toilette


Adore adalah wangian unik dengan seleksi nota haruman tersendiri yang pasti menyerlahkan aura penuh keyakinan umpama seorang selebiriti. Serlahkan pesona dengan seleksi nota jambangan segar bunga melati liar, semalu merah jambu serta kemewahan nota buah laici, mempelam, buah delima dan piremas. Haruman yang menawan ini akan memberikan daya tarikan dan keyakinan kepada anda untuk memikat hati si dia sama seperti temu janji pertama anda dan pasangan. Haruman sensasi untuk temu janji malam yang romantis.


Wangian juga sebahagian daripada elemen penting di dalam rejim harian kecantikan diri kita. Ia bukan sahaja melengkapkan pakaian yang digayakan atau solekan yang dikenakan malah turut memberi ruang untuk mengekspresi personaliti diri si pemakai. Wangian melengkapkan penampilan setiap wanita dengan sentuhan elegan dan menambahkan aura keyakinan diri mereka. 


Mana satu pilihan anda?

Wangian ENCHANTEUR PARIS Eau De Toilette dipasarkan pada harga RM28.20 (termasuk 6% GST) untuk botol 50ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai Enchanteur, sila layari :




xoxo,
post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog Archive