Umrah Bersama Hj Adi Putra dan Mira Filzah

12 March 2016

Assalamualaikum. Tak lama lagi dah nak masuk bulan ramadhan. Sekejap je rasanya. Ayue rasa macam baru je lepas raya, dah nak masuk ramadhan balik. Punyalah cepat masa berlalu pergi. Musim umrah pun dah mula. 

Kepada anda yang ingin menunaikan umrah, dah masih tercari-cari pakej umrah dengan harga mampu, ni Ayue nak share satu pakej yang mungkin akan menarik perhatian anda. Pakej umrah yang turut dihadiri oleh pelakon utama Cinta Si Wedding Planner, Adi Putra, Mira Filzah dan ramai lagi artis lain.


Hadid Travel & Tours yg diuruskan Tuan Hj Adi Putra dengan kerjasama Fa Izin International Travel & Tours Sdn Bhd menyediakan pakej dengan harga mampu. Ini bukan pakej umrah bersama selebriti ya, tetapi diuruskan oleh selebriti bersama syarikat yg berpengalaman.
Anda boleh pilih musim umrah yang anda mahu mengikut kemahuan anda. Bermula dari musim biasa, cuti sekolah, awal ramadhan, pertengahan ramadhan dan akhir ramadhan. Setiap musim-musim ini juga akan ada selebriti yang turut serta mengerjakan umrah bersama anda. Boleh rujuk poster dibawah untuk ketahui harga pakej setiap musim dan selebriti yang akan turut serta ya.


Umrah bersama selebriti dengan harga mampu ini akan bermula pada 4/4/2016 dengan Adi Putra sebagai selebriti yang akan dibawa bersama. Selain itu, Roslan Shah, Imam Muda Hizbur dan AG koolfm juga akan menyusul kemudian. Manakala Mira Filzah pula akan mengerjakan umrah bersama anda pada awal Ramadhan. Sambil buat umrah, sambil sambut Ramadhan di tanah suci Mekah dan Madinah.




Bakal jemaah boleh membuat tempahan segera kerana tempah sangat terhad. Insyaa Allah Adi Putra akan berada di Tanah Suci selama tiga bulan menguruskan semua jemaah.

Untuk tempahan, anda boleh hubungi terus no yang ada di poster ya.



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.