Laneige Waterful Sharing Campaign 2016

Thursday, April 14, 2016

Assalamualaikum. Seperti tahun lepas, tahun ini Laneige Malaysia (Laneige) sekali lagi melancarkan Waterful Sharing Campaign tahunan dan tahun ini, Laneige bekerjasama dengan Global Peace Foundation (GPF), sebuah pertubuhan bukan keuntungan antarabangsa dalam menawarkan bantuan air kepada 500 penduduk Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman Kampung Binjai, Pahang dan Kampung Ulu Geruntum, Perak.


Pada masa ini, kedua-dua kampung tidak mempunyai akses kepada air bersih yang dirawat dan telah mengambil air yang tidak dirawat dari sungai atau kolam untuk minum, memasak dan membasuh. 


Menurut Dr Teh Su Thye, Ketua Pegawai Eksekutif GPF, terdapat beberapa kes masalah kulit dilaporkan yang disebabkan oleh penggunaan air yang tercemar.



Melalui kempen ini, Laneige menyasarkan untuk mengumpul RM80,000 melalui penjualan Water Bank Limited Edition Water Bottle, yang dijual dengan hanya RM10 setiap satu dengan setiap pembelian mana-mana produk Water Bank atau RM40 tanpa pembelian produk Water Bank. Semua hasil dari jualan akan disalurkan ke arah Laneige Waterful Sharing Campaign 2016 Fund untuk memudahkan pemasangan dua sistem penapisan air, satu untuk setiap kampung.



Waterful Sharing Campaign 2016 akan diadakan selama tempoh 3 bulan dari 1 Mei hingga 31 Julai 2016. Orang ramai yang ingin menyokong kempen ini boleh ke Laneige Beauty Road di Centre Court Mid Valley dari 2 hingga Mei 8 2016 atau di mana-mana kaunter kecantikan Laneige dan butik-butik di seluruh negara untuk membeli Water Bank Limited Edition Water Bottle.



Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

Facebook : LANEIGE



xoxo,

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive