Pensonic Raya-Merdeka Cook With Chef Season 3 2016

19 April 2016

Assalamualaikum. Macam tahun-tahun lepas, tahun ni Pensonic kembali lagi dengan Kempen "Raya-Merdeka Cook With Chef Season 3". Tahun lepas Ayue tak dapat join, insyaAllah tahun ni Ayue mesti join sebab ada macam-macam benda best dari tahun lepas tau.


Masa Ayue ke Pensonic Raya-Merdeka Cook with Chef Season 3 Press Launch, Ayue dapat tengok secara live DCH Ismail masak secara live. Siap dapat rasa sekali tau. Sedapnya la hai. Masak guna barangan Pensonic ni memang mudah, sekejap je dah siap.



Kempen 2016 Pensonic "Raya-Merdeka Cook With Chef Season 3" tahun ni lebih hebat dengan tiga kali keseronokan dan kehebatan apabila Ayue dan rakan-rakan lain memenangi peraduan "Cook with Celebrity & Chef DCH Ismail". Yang bestnya kali ni, kami dapat peluang untuk memasak bersama dengan Dato' Chef Haji (DCH) Ismail sendiri dan selebriti tempatan yang terkenal.


Antara barisan selebriti yang turut menyerikan program masakan ini adalah Zara Zya, Nadiya Nisaa, Faizal Hussein, Sherry Ibrahim, Marsha Milan Londoh, Ungku Ismail, Abam Bocey, Amber Chia, Alan Yun, Sari Yanti, Fendi Balas, Elfira Loy, Chef Florence Tan dan bintang-bintang OLA-BOLA. Jangan lupa tengok episod-episod kami nanti tau. Especially episod 2 sebab ada Ayue dalam episod tu. Hehe.


Bukan tu saja, penonton di rumah yang menonton rancangan "Chef Mail Masak Bersama Pensonic" juga berpeluang memenangi peralatan Pensonic dengan menyertai peraduan "Watch & Win" di "Facebook" Pensonic. Haa, sebab tu lah kena tengok semua episod rancangan "Chef Mail Masak Bersama Pensonic" tu. Manalah tahu ada rezeki menang barangan Pensonic?


Tahun lepas, Pensonic ada membuat acara memasak bersama DCH Ismail. Ramai gila peserta yang hadir. Hampir 500 orang dan masing-masing membawa pulang barangan bernilai RM450.00 termasuk Pensonic multi-cooker. Best kan?

Tahun ni ada juga tau! Acara masak beramai-ramai tu akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Julai 2016. Pemenang-pemenang dan peserta-peserta bukan sahaja dapat mengambil bahagian dalam acara memasak beramai-ramai ni, malah dapat membawa pulang satu Periuk Serbaguna (Multi-cooker) Pensonic dan barangan menarik daripada Pensonic. 

Peraduan "Raya-Merdeka Cook With Chef Season 3" Pensonic bermula pada 1 April dan berakhir pada 10 Julai 2016. Pelanggan akan mempunyai peluang untuk menyertai kelas memasak eksklusif DCH Ismail dengan menyertai peraduan Pensonic Chef's Like. 

Setiap pemenang akan menerima dua tiket untuk melihat Chef Selebriti DCH Ismail menyediakan masakan tradisional dan juga masakan moden dalam kelas memasak yang amat menghiburkan dan berbakat

Kempen Musim ke-3 Kelas Memasak 2016 Pensonic Chef's Like ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur pada 31 Julai 2016 (Ahad)
Pulau Pinang pada 07 Ogos 2016 (Ahad)
Kuching pada 14 Ogos 2016 (Ahad)
Johor Bahru pada 20 Ogos 2016 (Sabtu)


Malah ada juga peraduan gambar Instagram akan diadakan di lokasi terpilih tu dan terdapat juga cabutan bertuah dalam semua kelas masakan dan lebih banyak hadiah menanti para pemenang dan tetamu. Tak sabar nya Ayue nak masak beramai-ramai dengan DCH Ismail!

Anda kalu nak juga masak beramai-ramai ni, jom join peraduan ni okey. Caranya mudah saja :

Cuma beli sebarang produk siri Chef's Like, isikan borang penyertaan dengan butir-butir peserta, lengkapkan slogan yang mudah, lampirkan kad jaminan produk dan resit sebagai bukti pembelian, kemudian hantarkan dokumen tersebut ke alamat yang dinyatakan. Mudah je kan?


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :


atau menelefon Pensonic Careline: 1-800-881-770




xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.