Raisya Tradi Spa | Spa Murah Shah Alam

Wednesday, April 06, 2016

Assalamualaikum. Dari minggu lepas lagi Ayue ni stress sangat sebab cirit-birit (diarrhea) yang teruk. Tak pasti sebab apa. Yang pasti hampir 5 hari juga lah Ayue sengsara dengan perut yang meragam. Dalam pada keletihan sebab asyik pergi ke tandas, terasa macam nak manjakan diri. Nasib baik ada Raisya Tradi Spa, dapatlah Ayue rehat-rehat minda yang dah hampir seminggu stress tu.


Kebetulan Raisya Tradi Spa ni dekat je dengan rumah Ayue di Shah Alam. Memang senang je lah nak pergi kan. Pemilik spa ni adalah Puan Noor. Ayue pernah cerita tentang Malika Confinement Care kan? Servis penjagaan bersalin sampai ke luar negara tu? Haa, milik Puan Noor ni lah. Anda yang sedang mengandung, tercari-cari pakej penjagaan bersalin yang murah dan bagus, boleh lah cuba tengok pakej-pakej yang ada okey.



Ayue ke Raisya Tradi Spa bersama-sama dengan Wendy dan Kak Ayu. Bila ada teman ke spa barulah seronok sikit ye tak? Hehe. Tapi kalau takda teman pun takpa sebab pekerja yang ada di sini ramah-ramah belaka. Kami tak rasa kekok langsung sepanjang memanjakan diri di spa ni.


Di Raisya Tradi Spa, mereka menyediakan perkhidmatan spa seperti manicure, pedicure, mandi lulur, malah urutan tradisional dan moden juga ada. Kalau rasa sakit-sakit badan ke, kaki ke, boleh datang berurut di sini ya. Apa yang menarik perhatian Ayue adalah di sini mereka juga menyediakan facial, jadi anda tak perlu pergi ke banyak tempat untuk dapatkan rawatan yang Ayue sebutkan tadi. Semuanya ada di Raisya Tradi Spa.



Bukan itu saja, pada sebelah malamnya pula, anda boleh datang ke sini untuk berZUMBA. Jangan terkejut okey. Spa ni 2 dalam 1 tau. Hehe. Yuran untuk anda berzumba hanyalah RM12 untuk sekali masuk.

Hari tu Ayue dan yang lain-lain sempat mencuba urutan kaki yang dilakukan sendiri oleh Puan Noor. Ya ampun, sedapnya bila kaki diurut-urut! Rendam pula dalam air bunga wangi ni kan. Feeling calming gitu. Lepas cuci bersih kaki dengan air bunga, urutan dengan scrub, mask dan akhir sekali lotion. Lembut terus rasa kaki ni haa.



Kemudian kami mencuba facial pula. Sampai tertidur-tidur kami dibuatnya. Punyalah relaxing. Dari pembersihan, pembersihan kali kedua, urutan, scrub dan penggunaan collagen-whitening mask. Kalau anda nak release tension, ni adalah cara yang terbaik sebab masa muka anda dibelai-belai, memang hilang sekejap semua masalah tau.



Dan akhir sekali adalah manicure. Suka tengok bila kuku kita dah bersih, cantik dan berkilat-kilat. Hehe.


Paling Ayue suka adalah mandi bunga ni. Cantiknya! Bukan orang nak kahwin je yang boleh mandi bunga tau. Kalau teringin pun boleh juga untuk naikkan seri. Mandi-mandi lulur ke. Kan best kalau berendam dalam ni bersihkan kulit-kulit mati tu? Mesti segar rasa badan nanti.




Bukan tu saja tau. Anda yang nak buat 'Bridal Shower' juga boleh di Raisya Tradi Spa ni. Haa, lain daripada yang lain sikit. Bridal sower sambil ber-spa? Mesti seronok! Macam Ayue kata tadi, bila spa bersama teman barulah syok kan. Apetah lagi bridal shower. Best!

Jadi kalau anda ingin datang ke Raisya Tradi Spa, boleh datang ke cawangan mereka di :


Raisya Tradi Spa
D-9-1 Alam Venue 1
Padang Jawa, Seksyen 16, 
Shah Alam, Selangor
Tel : 016- 2078091 (Noor/Shikin)


Sekarang tengah ada opening promo tau! Masa ni lah nak cuba best ke tak Raisya Tradi Spa ni. Spa murah area Shah Alam!!


Opening Promo!
Promo 1 : Foot Spa - RM28
Promo 2 : Facial + Manicure/Pedicure - RM60
Promo 3 : Body Massage + Lulur Badan + Milk Bath - RM99



Oh ya! Ayue ada GIVEAWAY yang boleh anda join untuk dapat rawatan di Raisya Tradi Spa tau. Jangan lupa join okey? Mana lah tau ada rezeki boleh dapat spa percuma? Amennn.



Hai korang! Nak menang Pakej Spa tak?? Boleh manja-manjakan diri gitu.Haa, bersempena dengan pembukaan Raisya Tradi...
Posted by Ayue Idris on Wednesday, 6 April 2016


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :




xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page