Sponsored Post | Mereka tidak mampu berjalan tetapi mampu menyelam bebas di dalam air

Sunday, April 17, 2016

Assalamualaikum. Bila bercakap tentang golongan 'kurang upaya' atau Ayue lebih suka sebut golongan 'istimewa' ni merupakan sesuatu yang sangat sensitif. Bukan semua orang faham dan sedar bahawa mereka juga merupakan manusia yang berhak hidup di muka bumi ni.

Menjadi seorang kakak kepada adik autism bukan sesuatu yang boleh Ayue terima pada awalnya. Yela, Ayue masih belasan tahun ketika adik Ayue, Zuhairi dilahirkan. Ayue masih tidak faham mengapa adik Ayue berbeza dengan orang lain. Tapi alhamdulillah, lama-kelamaan Ayue mula sedar dan sayangkan adik Ayue yang istimewa ni.

Zuhairi dan rakan semasa Acara Pakaian Beragam

Adik Ayue dilahirkan cukup semua sifat dan anggota badan. Setiap golongan istimewa mempunyai keistimewaannya yang tersendiri termasuklah adik Ayue, dia suka menyanyi walaupun sebutannya tidak berapa jelas. Dari situ kami sekeluarga sentiasa memberi sokongan kepada Zuhairi supaya dia juga gembira sama seperti orang lain.

Tapi bagaimana pula dengan mereka yang anggota badannya tidak lengkap? Tiada kaki, tiada tangan dan sebagainya. Mereka tidak boleh berdiri dan berjalan seperti orang lain. Terpaksa bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak. Mereka tidak boleh gembira seperti orang lain ke?


Singapore International Foundation dengan kempen terbaru mereka, 'Our Better World' berkongsi dengan anda tentang kisah-kisah mereka yang berjaya di Asia. Dengan membina komuniti global yang menyumbangkan kemahiran, sumber, masa dan usaha untuk memperbaiki kehidupan mereka yang perlu dibantu, mereka percaya bahawa kisah-kisah sebegini mampu menjadi inspirasi kepada mereka diluar sana untuk sama-sama berjaya.

Picture credit : Our Better World FB Page

Ayue tertarik dengan satu kisah dimana mereka yang tidak mampu berjalan, bergerak menggunakan kerusi roda, tetapi mampu berdiri tegak di dalam laut dalam. Mereka tidak boleh berjalan tetapi mereka boleh menyelam, kerana di dalam air, kita tetap sama. 

The Marine Discovery Dive adalah acara tahunan yang adalah ilham EK Lim dan rakan-rakannya di People Support People di Malaysia. Kumpulan ni mahu memberi orang kurang upaya peluang untuk menikmati keindahan laut sama seperti orang lain.

Ramai diantara mereka yang tidak mendapat peluang ini kerana secara fizikalnya mereka tidak boleh berjalan. Malah, orang ramai juga sering beranggapan bahawa orang kurang upaya tidak boleh menjalankan kegiatan macam ni. Masih relevan ke tanggapan ni sekarang? Pada Ayue tidak. Mereka di People Support People pun sama, sebab tu mereka membuat acara ni.

Picture credit : Our Better World FB Page

Lihat video dibawah tentang betapa acara ini dapat memberi inspirasi kepada mereka. Ayue juga turut tersentuh apabila melihat wajah mereka yang gembira dan puas apabila dapat bergerak bebas didalam air. Senyuman yang sangat berharga.


Seronok apabila dapat melihat mereka mampu bergerak bebas di dalam air. Sesuatu yang sangat memberangsangkan dan Ayue percaya, ia mampu memberi inspirasi kepada orang kurang upaya yang tidak mampu berjalan.

Picture credit : Our Better World FB Page

Picture credit : Our Better World FB Page

Acara ni bukan saja merapatkan hubungan diantara kita dengan orang kurang upaya, malah ia juga mengajar kita untuk sama-sama membantu diantara satu sama lain dan yang paling penting, mereka perlu tahu kekuatan masing-masing, keluar dari kepompong dan cabar kemampuan diri.

Picture credit : Our Better World FB Page

Ubah pemikiran kita bahawa orang kurang upaya mempunyai peluang yang sama untuk berjaya dalam apa jua bidang sama seperti orang yang lengkap tubuh badan dapat lakukan. Mereka juga berhak bahagia kan?

Acara ni terbuka kepada orang kurang upaya dari seluruh dunia. Untuk anda yang berminat untuk sama-sama terlibat dalam acara ni, Ayue ada berita gembira untuk anda. The Marine Discovery Dive 2016 sedang mencari sukarelawan, tak kira lah anda yang pandai menyelam ataupun tidak, kerana latihan akan diberikan kepada anda. Bagus kan. Bukan saja dapat membantu golongan kurang upaya, anda juga dapat belajar menyelam. Jangan lepaskan peluang untuk berbakti kepada masyarakat ni okey.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :




xoxo,

post signature

This post was sponsored by Singapore International Foundation, but all thoughts and opinions are mine

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog Archive