Thomas Town | Mini and Mighty Malaysia Tour

08 April 2016

Assalamualaikum. Anak buah Ayue yang lelaki memang suka sangat dengan Thomas ni. Dari sekecil-kecil koleksi sampai lah sebesar-besarnya dia ada. Pantang buka video Thomas, terus boleh behave. Hehe.

Thomas Town, Puteri Harbour dengan kerjasama Mattel Asia Tenggara, telah menganjurkan 'Mini and Mighty Malaysia Tour' di Pusat Membeli-belah 1 Utama Shopping di mana pengunjung berpeluang melihat sendiri enjin Thomas & Friends Minis yang mempunyai ketinggian tujuh puluh satu meter-tinggi .



Sepanjang pameran ‘Mini and Mighty’, pengunjung boleh berdiri dan bergambar disebelah 70 replika Thomas & Friends yang ditiru daripada siri televisyen Thomas & Friends yang popular, seperti Thomas, Percy James, dan Gordon, dan juga enjin dengan tema yang terbaru iaitu Dino, Heroes, Spooky, Racers, Neon, Robo, Chillin’ dan Metallic.






Koleksi ini dipamerkan di lokasi pameran bergerak pertamanya iaitu di 1 Utama Shopping Centre bermula dari 6 April hingga 24 April 2016. Sepanjang pameran tersebut pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti Thomas Train Ride, sesi bercerita, Cabaran Thomas Maze dan sesi Meet-and greet bersama Thomas & Friends, Rusty & Dusty dan Sir Topham Hatt.






The ‘Mini and Mighty’ Malaysia Tour 2016 merupakan pameran paparan enjin Thomas Minis yang pertama dan terbesar di Asia Tenggara, dan akan berhenti di beberapa kawasan sepanjang perjalanannya ke selatan dan membuat perhentian akhir di Thomas Town, Puteri Harbour pada Disember 2016.


Untuk maklumat lanjut mengenai Thomas Town, Puteri Harbour '‘Mini and Mighty’ Malaysia Tour'
2016, sila layari www.puteriharbour.com/play/thomas-town.


xoxo,

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.