Elak jadi mangsa Jenayah Siber dengan Salam Browser

Friday, May 27, 2016

Assalamualaikum. Sekarang ni banyak pula cerita Ayue dengar akaun orang kena hack. Tak kira lah hack applikasi ke, facebook ke, semua tu jenayah siber! Ramai betul manusia yang suka ambil kesempatan bila ada diantara kita yang kurang alert tentang betapa pentingnya kita menjaga maklumat peribadi kita di alam siber.

Saat kita melayari saja internet, potensi maklumat peribadi kita terdedah kepada penjenayah siber sangat tinggi. Kadang-kadang tanpa kita sedar pun. Tahu-tahu dah jadi mangsa. Alahai kesiannya.

Internet rumah kita pun jiran sebelah rumah boleh hack, apetah lagi maklumat peribadi kan? Lagi-lagi yang jenis suka simpan maklumat dalam peranti masing-masing. Maklum lah, pelupa. Siap save no akaun dan password dalam notes lah, save dalam contact lah. Itu belum lagi yang jenis suka save semua maklumat login dalam browser masing-masing. Yelah, nak bagi senang login. Semua ni meninggikan lagi potensi untuk anda jadi mangsa jenayah siber tau.

Itu hal ibubapa, yang anak-anak pula macam mana? Makin menjadi-jadi Ayue tengok ibubapa lepaskan anak-anak mereka menggunakan smartphone tanpa kawalan. Janji anak behave dan tak buat perangai. Betul kan? Kadang-kadang kita buat tanpa sengaja. Tak perasan itu lah sebenarnya yang kita buat. Tak salah dedahkan anak-anak dengan dunia siber, tapi berpada.

Dunia siber sekarang ni bukan boleh percaya, masa anak-anak sedang layari internet, tiba-tiba keluar benda-benda yang tak sepatutnya. Gambar lucah, judi, keganasan, walaupun anda dah pasang parental control. Nak kata tak pasang anti-virus, dah pasang dah. Kalau pasang Adsblocker pula habis semua iklan dibloknya. Iklan-iklan yang sihat, berfaedah dan memberi peringatan macam mana? Dah tak dapat tengok.



Salam Browser | Pelayar Web Islamik Patuh Syariah



Okey, ini lah sebenarnya yang Ayue nak share dengan anda. Salam Browser ni mampu memberi perlindungan kepada kanak-kanak supaya tidak terlihat iklan yang tidak sesuai masa melayari internet. Takda lah risau lagi nak beri anak-anak anda melayati internet. Jangan kata kanak-kanak, kita yang dewasa ni pun dapat terhindar dari maksiat mata. Kalau tak terbeliak biji mata bila ternampak iklan yang seksi meksi tu kan? Hehe

Contohnya anda search "small chicks" di internet, anda akan gambar-gambar yang tak sepatutnya selain daripada anak small chicks tu sendiri. Macam mana kalau anak anda yang nampak, kan ke haru? Jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, dengan menggunakan Salam Browser, anda boleh ON kan save search. Takda lah lagi gambar-gambar sepatutnya yang keluar. Anda boleh lepaskan anak anda melayari internet tanpa was-was.

Salam Browser ni dipacu oleh teknologi Chromium dengan pelbagai ciri khas yang melindungi pengalaman internet anda agar lebih selamat dan bebas-spam. Sama saja macam Chrome tu, cuma yg ini lebih berciri islamik. Dah lebih 1.4juta benda haram dan laman yang ada unsur lucah dan ganas di block nya. Bukan saja pada browser, malah di Facebook dan Youtube juga benda-benda haram ni boleh di hindari dengan Salam Browser.



Malah, untuk anda yang risau jika anda mungkin jadi mangsa jenayah siber yang makin berleluasa sekarang ni, Salam Browser juga boleh membantu. Ia akan blok pop-up dan pop-under yang keluar pada windows anda tanpa anda ingini, yang keluar tanpa kebenaran anda atau menghantar anda ke laman web pengiklan apabila anda tidak berniat untuk pergi ke sana. Annoying sangat kan? Majoriti iklan itu menggalakkan perjudian, perzinaan, penipuan tunai segera atau boleh membawa malware pada peranti anda. Bahaya!



Cuma buat masa ini, Salam Browser masih lagi dalam fasa beta tapi takpa mereka akan memperkenalkan ciri baharu pada browser ni setiap dua minggu. Akan ada banyak lagi pembaharuan. InsyaAllah.


Kata orang, lebih baik mencegah dari merawatkan? Tak salah mencuba ke arah yang lebih baik. Kalau anda nak cuba Salam Browser ni, boleh download terus di www.salambrowser.com. Semua info ada dalam tu. Selamat mencuba!



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page