Galeri Hajra | Jualan Lelong Berganda Tudung Hajra

Monday, May 02, 2016

Assalamualaikum. Amboi, seronoknya cuti lama, mesti ramai yang balik kampung kan? Cuti Hari Buruh kali ni Ayue tak dapat balik kampung, jadi Ayue habiskan masa survey apa yang patut untuk raya nanti. Bukan main lagi kan, puasa pun belum dah sibuk nak raya. Hehe.

Tempat yang paling Ayue suka pergi adalah Seksyen 7 Shah Alam sebab dekat je dengan rumah Ayue, dan yang paling penting, ada banyak gila kedai baju dan shawl dekat sana. 



Kebetulan Ayue dijemput untuk hadir ke Jualan Lelong Berganda Tudung Hajra di Galeri Hajra, lagi seronok lah nak survey. Rambang mata tau! Ada macam-macam fesyen yang up to date. Siap ada lelong gila-gila sempena Hari Buruh dan sempena memperkenalkan duta baru mereka, Wawa Zainal.




Jualan Lelong Berganda ni bermula dari 29 April hingga 2 May secara besar-besaran di kedai dan juga khemah. Selama 4 hari ni, 50 pelanggan terawal termasuklah yang tidak membeli akan dapat tudung PERCUMA!! Bestnya! Ayue antara yang bertuah dapat tudung free tu tau sebab Ayue datang awal. Alhamdulillah, rezeki nak raya.




Bukan tu je, 300 pelanggan terawal yang membuat pembelian sebanyak RM150 dan ke atas akan mendapat free gift. 

Tengoklah, geram betul Ayue di buatnya. Tudung cantik-cantik ni semuanya ada sale. Apa yang Ayue perasan, tudung di Galeri Hajra ni sesuai untuk semua peringkat umur. Ada macam-macam jenis warna yang ada, pastel, terang, dan bercorak. 







Antara koleksi yang ada di Galeri Tudung Hajra 


Macam Ayue, Ayue suka instant shawl sebab mudah untuk digunakan. Lagi pula cuaca tengah panas terlampau ni kan, memang kena pakai material tudung yang tidak panas. Masa happy hour, Wawa Zainal akan lelong instant shawl tu dengan harga RM100 untuk 3 helai tau. Murahnya!!



Antara tudung yang menarik perhatian Ayue adalah Instant Rosa dan Instant Nelly Bubble. Cantik betul, tinggal sarung je. Kesemua instant shawl di Galeri Hajra ni sesuai untuk remaja dan juga kaum ibu. Boleh dilabuhkan dan tidak jarang, tak perlu dah nak pakai inner lagi. Paling penting, anti kedut tak perlu iron. Hehe. Sesuai sangat dengan Ayue yang tak berapa rajin nak iron ni.



Untuk anda yang teringin juga nak beli tudung di Galeri Hajra, boleh lah ke Seksyen 7 Shah Alam sebab mereka ada jualan murah sempena Hari Buruh sehingga 15 May 2016. Diskaun dari 30% hingga 85% tau. Berbaloi-berbaloi dan jimat berganda!



Untuk maklumat lanjut, boleh layari :



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page