Kulit Putih Satu Badan dengan Transbella

02 May 2016

Assalamualaikum. Memang dah jadi sifat semulajadi wanita nak kekal cantik sentiasa. Macam mana kasarnya pun seorang wanita tu, tak banyak sikit mesti dia teringin nak cantik betul tak? Walaupun definisi cantik ni subjektif, tapi ramai yang beranggapan bila wanita tu putih, mesti dia cantik.

Walaupun Ayue tak berapa setuju tentang perkara ni, sebab wanita berkulit gelap juga ada manisnya yang tersendiri, tapi Ayue juga tak boleh nak sangkal mentality orang kita yang dah tertanam sejak azali tu kan? Sebab tu lah ramai wanita berpusu-pusu nak kan kulit yang cerah dan putih.

Masalahnya sekarang ni, terlalu banyak produk kecantikan yang hanya memutihkan kulit muka sahaja dan ada juga yang merbahaya untuk dipakai! Kenapa berani ambil risiko macam tu? Terlalu obses nak kulit muka jadi putih sampai sanggup pakai krim yang bukan-bukan. Jangan sesekali buat macam tu okey? Sebelum guna apa-apa produk, pastikan ianya mendapat kelulusan KMM.


Ni Ayue nak share sikit. Untuk wanita yang inginkan kulit cantik, cerah berseri-seri, anda boleh cuba Transbella. Produk terbaru keluaran ZENIA berbentuk tablet yang berkhasiat berfungsi untuk mencantikkan serta memutihkan kulit wajah. Transbella juga bertindak sebagai anti-penuaan dan memperbaiki struktur kulit. Haa, bunyi macam best kan.


Masa soft launch Transbella dekat Teh Tarik Place hari tu, Ayue dengan rakan blogger lain bukan main lagi pakai baju ikut tema. Warna purple! Meriah sungguh la. Lagi meriah bila ada Diva AA (Azwan Ali) yang jadi pengacara. Hiruk pikuk jadinya. Ketawa tak habis-habis. Duta Transbella, Atita Haris pun ada bersama suami dan anaknya.




Ayue dari dulu lagi suka tengok Opi ni. Makin besar makin comel! Geram pula. Hehe. Atita pula cantik sentiasa walaupun dah ada anak seorang. Tinggi lampai, dan paling penting, putih satu badan. Bukan muka je.


Okey, berbalik pada Transbella tu tadi. Kenapa Ayue syorkan anda makan Transbella ni? Sebab, Transbella berfungsi bukan saja memutihkan muka, tapi seluruh badan. Tak syok lah kalau muka je putih, tiba-tiba tangan gelap pula kan? Horror betul. Itu bahagian yang boleh nampak, yang tak boleh nampak macam bawah ketiak, celah peha semua tu? Hitam berkerak, OMG lagi horror.


Kandungan dan Kebaikan Transbella

1) Ekstrak yis
  • Pengganti Glutathione 5X lebih cerah
  • Sumber Vitamin B12
  • Rumusan anti-penuaan yang terbaik di dunia
  • Menjadikan kulit lebih cerah, anjal & gebu

2) Ekstrak Sakura
  • Meningkatkan pengeluaran kolagen 
  • Melembapkan kulit
  • Mengatasi wajah kusam

3) Serbuk Mutiara
  • Memutihkan kulit muka 
  • Menghapuskan jerawat
  • Membaiki Struktur kulit
  • Menghilangkan kulit berminyak
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengecilkan liang pori

4) Vitamin C
Mempercepatkan kadar penyembuhanpada kulit muka yang luka
Mematikan pigment hitam dan melicinkan kulit
Melembutkan kulit
Mematikan sel-sel lama & memperbaharui sel bau


5) Collagen Tripeptide
  • Anti aging
  • Merawat kulit dengan cepat
  • Melembapkan dan mencerahkan kulit
  • Memutihkan gigi
  • Menghilangkan kedutan di wajah
  • Menghilangkan dark spot & bekas jerawat
  • Membantu rambut dan kuku jadi sihat


Banyak betul kebaikan Transbella ni. Tak payah dah nak berhabis duit buat injection sana sini. Salah inject nanti lain pula jadinya. Baik makan Transbella ni. Dah tentu-tentu selamat untuk dimakan.

Transbella ni sesuai untuk diamalkan oleh mereka yang berumur antara 16 - 60 tahun, wanita mengandung 6-7 bulan ke atas dan juga wanita yang menyusu bayi lebih dari 6 bulan. Masa datang bulan juga boleh makan tau. Lelaki yang jenis jaga penampilan, nak kulit sihat dan bersih juga boleh amalkan Transbella. Takda masalah.

Dengan Anny Ariffin | Founder

Dengan Suraya Sulatin | Partner

Mungkin ada diantara anda yang jenis alergi pada collagen. Ada beberapa orang kawan Ayue yang alergi pada collagen, tapi nak juga kulit cerah dan cantik. Jangan risau sebab anda boleh amalkan Transgluta. Produk keluaran Zenia juga, cuma tiada collagen tetapi mengandungi glutathione yang memang terkenal sebagai double whitening agent. Orang Korea memang gila dengan glutathione ni. Tapi di sana kebanyakkannya mengambil injection. Transgluta pula kita Cuma consume dalam bentuk tablet.




Perbezaan diantara Transbella dan Transgulta
PRODUK
TRANSBELLA
TRANSGLUTA
Bentuk
Tablet (kunyah)
Kapsul (Telan)
Kandungan
Ektrak yis dan sakura sebagai pengganti gluta
Menggunakan Pure Glutathione
Kebaikan
1) Mempunyai 5X kuasa pencerah muka dan badan

2) Mempunyai collagen dan serbuk mutiara yang memperbaiki struktur kulit, anti-penuaan dan menyihatkan rambut serta kuku
Kuasa pencerah muka dan badan

Ayue pernah tulis tentang Transgluta sebelum ni. Boleh baca entry Ayue disini okey :




Testimoni Pengguna

Masa soft launch tu juga ada Cik Intan Dayana, pengguna setia Zenia Collagen dan Transgluta. Dalam tempoh pengambilan 3 bulan saja kulit dia berubah jadi cantik, sihat dan cerah. Memang jauh beza! Ayue sendiri kagum tengok tau.


Bawah ni pula testimony dari Kak Su. Ayue memang kenal Kak Su ni dari dia belum ambil Transbella atau Transgluta. Seriously sekarang ni kulit dia cantik sangat! Terkejut Ayue tengok dia masa soft launch tu tau. Impressed dengan kecantikkan Kak Su walaupun dia lagi tua dari Ayue. Kalau banding kulit Ayue dengan dia memang jauh beza lah. Tak boleh jadi ni, Ayue nak cantik juga!




Cara pengambilan

Transgluta
  • 7 hari pertama makan 2 biji (pagi dan malam)
  • Selepas 7 hari makan 1 biji saja (pagi sebelum sarapan)

Transbella
  • Makan/Hisapsatu 1-2 bijisehari.


Paling penting, jangan ambil kafein. Memang nak cantik tu kena usaha lebih sikit lah kan. Nak ambil juga boleh, cuma nanti lambat sikit lah kesannya.

Teringin nak cuba tak? Haa, anda boleh dapatkan Transbella dan Transgluta dengan harga promosi tau sekarang. Rugi kalau tak grab peluang ni.



Harga Promosi

Transbella | 30 tablets per bottle | RM80.00 (free postage)
Transgluta | 30 capsules per bottle | RM69.90 (free postage)



Setiap orang berbeza tindak balas nya. Jangan lah makan hari ni esok nak cantik dah. Bawa kan bersabar sikit ya. Hehe. InsyaAllah berkat sabar tu nanti kulit jadi cantik, cerah berseri dengan Transbella dan Transgluta. Amennn.




Untuk maklumat lanjut dan pembelian Transbella & Transgluta, boleh layari :

FB :https://www.facebook.com/transgluta/
Instagram :https://www.instagram.com/transgluta
Email : zenia.sales@gmail.com
Hotline : 013-6915915 / 019-3173715



xoxo,

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.