Masak menu ramadhan dengan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL

Monday, May 23, 2016

Assalamualaikum. Susu sejat penuh krim atau selalunya orang akan sebut susu cair ni memang wajib dalam masakan. Lagi-lagi kalau dessert. Kebanyakan menu mesti guna susu sejat ni. Untuk yang masak tidak menggunakan santan pun boleh digantikan dengan susu sejat. Jadi jenama susu sejat yang mana menjadi kegemaran anda?

Pada Ayue, susu sejat penuh krim IDEAL memang terbaik. Tak pernah mengecewakan. Masak apa pun mesti sedap. Ramadhan nanti mesti banyak menu kuih muih yang anda nak buat kan? Beli siap-siap buat stok dekat dapur tau. Hehe.

Bergambar bersama-sama di Bengkel Masakan IDEAL® bersama Chef  Dato’ Fazley ialah (dari kiri ke kanan) Cik Eileen Chan, Ketua Kategori Susu Pekat, F&N Dairies; Encik Lai Ming Kong, Naib Presiden Kanan Operasi Komersial Domestik, Fraser & Neave Holdings Bhd; duta jenama IDEAL® Chef  Dato’ Fazley; Encik Jauhar Munir, Pengurus Besar Pemasaran, F&N dan Encik James Chean, Naib Presiden Unit Strategi Pemasaran (Tengah & Utara), F&N

Sempena bulan Ramadan dan musim perayaan Hari Raya yang bakal menjelang ni, Susu Sejat Penuh Krim IDEAL® dan Master Chef Selebriti Dato’ Fazley Yaakob telah bekerjasama untuk membuat bengkel masakan. Ayue sendiri telah hadir ke bengkel masakan yang pertama iaitu di  AEON Mall Shah Alam.

Dalam foto adalah Chef Dato’ Fazley sedang menyediakan hidangan istimewanya, iaitu Pasta Ayam Salai Lemak Cili Api yang dicipta bersama Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®.

Chef Dato’ Fazley berkongsi dengan kami yang hadir resepi manisan inovatif, seperti Krumble Pisang dan Pic dengan SosVanila dan Puding Jagung Berkrim dengan menggunakan IDEAL® untuk menambahkan citarasa dan tekstur lemak berkrim kepada hidangan manisan tu.

Krumble Pisang dan Pic dengan SosVanila yang dicipta bersama Susu Sejat Penuh Krim IDEAL® memang menyelerakan. Citarasa hidangan manisan ini disempurnakan dengan sedikit serbuk kayu manis yang padan dengan pisang dan pic, sememangnya kenikmatan kulinari yang terunggul.

Merasai keenakan ternyata penuh berkrim dengan Puding Jagung Berkrim. Kombinasi Susu Sejat Penuh Krim IDEAL® memainkan peranan penting dalam mengekalkan keenakan citarasa yang penuh lemak berkrim tanpa menghilangkan citarasa dan aroma asal jagung. Hidangan manisan ini juga merupakan hidangan yang ama tmenambat selera dan tepat melengkapkan hidangan jamuan makanan sempena musim perayaan ini

Kelihatan dalam gambar ialah hidangan istimewa Chef Dato’ Fazley, Pasta Ayam Salai Lemak Cili Api. Sambal pedas digabungkan dengan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL® yang kaya berkrim menambahkan kelazatan dan tekstur lemak berkrim kepada hidangan asli Malaysia.

Seriously sangat sedap okey. Paling Ayue suka adalah Krumble Pisang dan Pic dengan SosVanila. Lain sungguh rasanya dengan krumble yang pernah Ayue makan sebelum ni. Sedap dia lain macam. 

Bengkel masakan IDEAL® bersama Chef Dato’ Fazley yang dijalankan di AEON Mall Shah Alam juga menyaksikan pelancaran label Susu Sejat Penuh Krim IDEAL® yang baharu dengan rupa yang lebih kontemporari dan segar.

Untuk anda yang ingin menyertai bengkel masakan ni, IDEAL® dan duta jenamanya Chef Dato’ Fazley akan menjalankan bengkel masakan di stor terpilih dalam Lembah Klang bermula dari 14 Mei untuk demonstrasi masakan kepada tiga resipi baharu yang dicipta bersama IDEAL®. Risalah resipi istimewa ini boleh didapati di semua hypermarket utama.

Seronok lah ramadhan tahun ni ada resepi baru. Hehe. Untuk maklumat lanjut mengenai Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®, sila lawati www.fndairies.com


xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page