Buffet Ramadan | Imperial Chakri Palace di KLCC

Monday, May 30, 2016

Assalamualaikum. Bulan puasa ni pasti ada yang mengidam nak makan itu dan ini. Masing-masing punya selera lain kan? Ada yang teringin nak makan makanan tradisional je. Ada yang teringin makanan barat. Makan Thailand tidak kurang peminatnya. Kali ni Ayue nak beritahu satu tempat betul-betul di tengah ibu kota di mana anda dapat menikmati buffet ramadhan ala thai di sana.


Ramadhan Buffet 2015 Imperial Chakri Palace di KLCC


Chakri Palace merupakan tempat berbuka puasa yang sangat sesuai untuk anda yang gemarkan makan thailand kerana makanan yang disediakan memang pergh!! terangkat! Ayue sendiri dah cuba makan di sana. Siapa peminat tomyam? Kita geng! Tomyam disini adalah salah satu menu yang anda tak boleh lepaskan.




Selain tu, penggemar makanan thai juga kena cuba somtam dan kerabu yang disediakan di sini. terdapat pelbagai jenis dan semuanya sedap-sedap belaka. Ayue memang suka sangat somtam, bila dah dapat yang ini, makanan lain tu lambat sikit tengok.




Miengkam pun ada tau di sini. Orang kampung punya makanan ni. Ayue pernah juga makan daun kadok ni dengan bubur. Alahai, sedap betul. Rasa fresh dan sesuatu yang sangat baru bagi Ayue. Anda yang belum pernah cuba makan, kena cuba tau.


Menu-menu lain seperti Sate Ayam dan Daging, Ikan bakar, Ulam-ulam , Acar Timun dan Butter Prawn juga ada si Chakri Palace ni. Bukan setakat makanan thai, makanan melayu pun ada. Tapi bagi Ayue, kalau dah datang ke sini, Ayue lebih suka makanan thai mereka. Memang sedap!












Untuk dessert pula, yang menarik perhatian adalah Red Ruby. Ayue difahamkan mereka buat sendiri tau red ruby ni. Memang sedap. 2 kali Ayue tambah.







Menarik tak? Jom berbuka puasa di Imperial Chakri Palace okey? Selain dari KLCC, Chakri Palace juga boleh didapati di Alamanda Putrajaya, dan Pavilion KL.



Untuk maklumat lanjut, boleh layari :




xoxo,

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page