Resepi Mudah | Yeo’s Laici Panna Cotta dengan Delima

Tuesday, May 31, 2016

Assalamualaikum. Tiap kali tiba ramadhan, kepala ni dah ligat fikir nak masak apa sahur nanti, nak masak apa berbuka nanti. Kalau boleh nak buat senarai terus segala menu yang nak masak untuk sebulan berpuasa tu nanti. Ayue ni jarang beli makanan di bazaar ramadhan sebab tiap kali pergi mesti rambang mata sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Sebab tu Ayue lagi suka masak di rumah. Cuma pencuci mulut je yang Ayue beli di bazaar. Tapi tu lah, jarang dapat yang betul-betul sedap kan?

Ayue suka pencuci mulut yang jenis agar-agar. Paling suka kalau dapat pudding caramel atau panna cotta. Memang tak pandang kiri kanan dah. Rasa sejuk je tekak lepas berbuka tu nanti. Lega tau. Disebabkan susah nak dapat panna cotta yang sedap, Ayue pula suka agar-agar laici, Ayue nak kongsi dengan anda Resepi Laici Panna Cotta dengan Delima. Resepi ni ilham orang lain, tapi Ayue olah ikut selera Ayue. Hehe.

Yeo’s Laici Panna Cotta dengan Delima


Resepi Yeo’s Laici Panna Cotta dengan Delima


Bahan-bahan A

Yeos’ Minuman Laici – 1 kotak besar (1 liter)
Buah Delima – 2 biji
Serbuk Agar-agar – 1 paket

Bahan-bahan B

Yeos’ Minuman Laici – 200ml
Buah Laici – 1 tin
Susu segar penuh krim – 1000ml
Whipping Cream/Heavy Cream – 1 kotak (200ml)
Gula – 1 cawan (250g)
Serbuk Agar-agar - 1 paket

Bahan-bahan Laici Panna Cotta dengan Delima

Buah Laici – 1 tin

Buah Delima – 2 biji

Yeos’ Minuman Laici



Sponsored Video: Hugo Boss: #successismade



Cara-cara masak

1. Campurkan semua bahan A (Yeos’ Minuman Laici, Buah Delima, Serbuk Agar-agar) dalam periuk dan masak sehingga mendidih.

2. Biarkan suam sedikit dan tapis untuk asingkan biji delima

3. Tuang sehingga separuh bekas yang anda gunakan. Biarkan sejuk.

4. Kemudian kisar buah laici dengan Yeo’s Minuman Laici dan tapis

5. Campurkan air tapisan laici tadi dengan susu segar penuh krim, Whipping Cream, gula dan serbuk agar-agar ke dalam kuali

6. Kacau dan masak sehingga mendidih

7. Biarkan suam sedikit dan tuangkan ke dalam bekas sehingga penuh

8. Pastikan panna cotta dah betul-betul sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.

9. Hias dengan buah delima baru nampak Umphh!


Campurkan semua bahan A (Yeos’ Minuman Laici, Buah Delima, Serbuk Agar-agar) dalam periuk

Masak sehingga mendidih

Biarkan suam sedikit dan tapis untuk asingkan biji delima

Tuang sehingga separuh bekas yang anda gunakan. Biarkan sejuk.

Masukkan laici ke dalam pengisar

Kemudian kisar buah laici dengan Yeo’s Minuman Laici

Tapis serdak laici

Campurkan air tapisan laici tadi dengan susu segar penuh krim, Whipping Cream, gula dan serbuk agar-agar ke dalam kuali

Kacau dan masak sehingga mendidih

Biarkan suam sedikit dan tuangkan ke dalam bekas sehingga penuh

Senang tak resepi Laici Panna Cotta dengan Delima Ayue ni? Ayue saja menggunakan delima untuk menaikkan seri laici panna cotta Ayue tu. Buah delima tu akan buat agar-agar anda bertukar menjadi merah. Tak perlu guna sebarang pewarna tau. Ayue tak guna gula sebab Yeo's Minuman Laici dah manis, campur dengan delima sudah cukup rasa manis-manis buah.

Hias dengan buah delima baru nampak Umphh!

Yeo’s Laici Panna Cotta dengan Delima

Dan kalau anda perasaan, Ayue menggunakan Yeo’s Minuman Laici dalam resepi Ayue. Nak tahu kenapa? Sebabnya Ayue tak suka guna air gula yang ada dalam tin laici tu. Selalunya akan ada rasa seperti besi sikit-sikit. Jadi Ayue tukarkan dengan Yeo’s Minuman Laici, dah la takda bahan pengawet, sedap pula tu. Paling penting air minuman Yeo’s ni ada pengesahan HALAL daripada JAKIM. Boleh diminum tanpa was-was.

Yeo’s Minuman Laici

Untuk anda yang nak buat panna cotta ni dalam bekas yang banyak, mudah nak simpan dalam peti sejuk atau untuk dijual, Ayue ada tips untuk bagi panna cotta anda cantik. Condongkan sedikit bekas plastic macam dalam gambar kat bawah ni, guna bekas telur pun boleh, tuang agar-agar delima. Dah sejuk baru tuang laici panna cotta tu okey.




Anda boleh lah cuba resepi Ayue ni ramadhan nanti. Kalau tak faham cara buat tu, boleh tengok video yang Ayue sediakan dibawah ni. Mudah je.




Oh ya, untuk pengetahuan anda, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (“Yeo’s”), akan meneruskan lagi Kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya musim kedua. Yelah, ramadhan nanti mesti kita nak perbanyakkan amalan-amalan mulia seperti bersedekah dan beramal kepada yang memerlukan. Betul tak?


Dalam kempen ini nanti, Kaka Azraff, Shukri Yahaya, AG, Heliza Helmi, Feeya Iskandar & Faizdickie akan berusaha untuk mengumpul nilai derma menerusi pembelian produk Yeo’s. Sumbangan ini akan ditukarkan kepada tunai dan disalurkan ke ENAM buah rumah anak yatim terpilih terletak di kawasan KL & Selangor. Sesiapa yang menyumbang berpeluang menang duit raya dengan jumlah mencecah RM 58,000 tau! Disebabkan Ayue suka laici, untuk kempen ni Ayue sokong AG. Hehe.

Untuk maklumat lanjut tentang Kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim boleh layari :


Website : www.yeos.com.my atau hubungi 1300-80-2828.


xoxo,

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page