Rina Salleh | Koleksi Raya 2016 Beat Of La Donna

Thursday, May 19, 2016

Assalamualaikum. Ayue memang dah lama dengar nama Rina Salleh Clothing, tapi belum berkesempatan lagi mencuba koleksi mereka. Kesian kan? Ayue dengar koleksi mereka cantik-cantik belaka dan wudhu friendly. Wanita muslimah mesti suka koleksi baju yang ada ciri-ciri macam tu. 

Alhamdulillah baru-baru ni Ayue diberi peluang untuk hadir ke Majlis Pelancaran ‘Beat Of La Donna’ 2016 Raya Collection Fashion Show oleh Rina Salleh Clothing di White Box Publika, Solaris. 


Untuk pengetahuan anda, Rina Salleh Clothing memulakan perniagaan di media sosial iaitu Friendster dan blog pada 2009 dan kemudian mula melancarkan website mereka, www.rinasalleh.com pada 2010 supaya urusan pembelian melalui atas talian (online) menjadi lebih mudah. Memang langkah yang sangat bijak sebab sekarang ni hampir semua orang shopping online. Jarang dah nak ke butik. Betul tak?


Rina Salleh Clothing mempunyai 4 cawangan butik di:

Rina Salleh Clothing - Seksyen 7, Shah Alam,Selangor 
Rina Salleh Clothing - Bandar Baru Uda , Johor Bahru.
Rina Salleh Clothing - Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi, Selangor
Rina Salleh Clothing - Gio Mall Kuantan , Pahang

Okey, berbalik pada fashion show tadi, untuk raya tahun ni Rina Salleh Clothing membawa ‘Best of La Donna’ konsep moden kotemporari yang menyerlahkan klasik dengan corak yang unik. Koleksi ini sebenarnya di inspirasikan dari watak Aundrey Hepburn, seorang gadis yang tidak diduga, unik serta mudah didekati.




Setiap rekaan bermotifkan klasik dengan potongan moden serta menggunakan warna yang ‘rustic’ dimaksudkan seperti Dusky, Biscotti , Stonewash, hitam,putih dan lebih kepada ‘Earthen Hues with sweet accents’ (pink). Cantik sangat. Ayue jatuh cinta dengan Scarlet Dress. OMG. Lawa gila kot! Dengan warna pastel, corak yang sangat eksklusif. 



Rina Salleh Clothing menampilkan identiti koleksi yang eksklusif, ringkas, kotemporari, kasual, moden klasik dan anggun seperti gaun, jubah, blaus, skirt, tudung serta selendang yang disesuaikan dengan fesyen Muslimah ‘Nursing & Wudhu Friendly’ untuk ibu menyusukan bayi, cetusan idea dan ilham oleh pemilik jenama ini Puan Noraniza Mohd Salleh.



Untuk mendapatkan Koleksi Beat of La Donna, anda boleh Pre-order sekarang sehingga 6 Jun nanti di Website : www.rinasalleh.com atau melalui Official Personal Shopper RinaSalleh :

  • ps.seha : +60176742877 
  • ps_wana : +601132986986 
  • almariburok : +60136781696 
  • msdelivery_ : +60132723867
  • psmiewaa.official : +60173859240
  • stailista.my : + 60126643545
  • ps.fiefiezaibrahim89_ : +60139578708
  • ps_lenajwaa : +601123808266
  • personalshopperjb : +60102413591 


Harga bermula dari RM199 hinggaRM249 dan setiap pembelian pre-order akan mendapat diskaun RM20-RM30. Cepat-cepat order okey.

Untuk maklumat lanjut berkenaan RinaSalleh Clothing, sila layari :
Website : www.rinasalleh.com



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page