Royale Orchid by Rosix Omar

Friday, May 20, 2016

Assalamualaikum. Baru-baru ni Ayue ada pergi ke fashion show Royale Orchid. Satu jenama tudung premium yang terbaru di pasaran. Apa yang menariknya tentang koleksi Royale Orchid ni adalah ia mempunyai loket perhiasan atau charm yang boleh ditukar ganti. Unik kan?



Setahu Ayue, belum ada lagi tudung yang mempunyai charm di pasaran. Bukan saja ada charm, siap boleh buka dan tukar lagi ikut mood kita. Royale Orchid merupakan tudung pertama yang membuat konsep seperti ini tau. Wah!



Royale Orchid ni diinspirasikan oleh pengasasnya, Encik Rosix Omar yang berpengalaman selama enam tahun dalam fesyen tanah air menerusi jenama Wanpa dan Naelofar Abaya sebelum ini, Royale Orchid adalah tudung yang lahir daripada idea dan impian untuk menghidangkan kelainan buat para muslimah. Encik Rosix yang kini menetap di Sydney, Australia kembali ke tanah air dengan Royale Orchid yang menjanjikan pilihan dan kelainan kepada para pemakai tudung.


Apa yang Ayue suka tentang Royale Orchid ni adalah ciri-ciri fabrik dan rekaannya yang unik, menarik dan berwarna-warni. Cantik sangat! Sesuai lah untuk digayakan untuk apa jua majlis. Ia didatangkan dalam empat koleksi yang berlainan iaitu Laelia (dua ton), Cattleya (dua warna), Miltonia (tiga warna) dan Alcra (bercetak).





Kata Rosix, "Idea untuk melancarkan koleksi Royale Orchid ini tercetus daripada bunga Orkid. Kebetulan, saya memang minat tengok bunga Orkid sebab ia nampak mewah dan elegan. Warna bunga Orkid yang pelbagai daripada warna terang dan ceria hingga ke warna pastel dan lembut itu yang mencetuskan inspirasi kepada saya.



Royale Orchid dihasilkan daripada fabrik jenis sutera satin kerana ketahanan dan bersesuaian dengan iklim di Malaysia. Malah, fabrik jenis ini juga mudah untuk digayakan mengikut cara dan pilihan si pemakai. Bagi yang tidak bertudung pula, Royale Orchid juga boleh digayakan sebagai skaf, headband atau apa saja gaya mengikut selera masing-masing.


Ada juga isu yang Ayue dengar kononnya tudung Royale Orchid ni singkat dan kurang sesuai untuk dipakai oleh wanita muslimah kerana tidak dapat menutup apa yang sepatutnya. Untuk pengetahuan anda, semua tu adalah kekeliruan semata-mata. Ukuran tudung ini adalah 1.8m x 0.7m, pada Ayue ia sudah panjang dan mampu menutupi aurat kita. Cuma terpulang pada cara kita menggayakannya. Jangan lah dililit tudung tu sampai terlalu singkat jadinya. Betul tak?



Ayue sendiri sudah menggayakan tudung Royale Orchid ni dengan cara Ayue. Tak singkat bukan?

Untuk anda yang ingin mendapatkan tudung Royale Orchid, buat masa ini ia hanya boleh didapati secara dalam talian dan eksklusif di www.starporium.com.

Apa tunggu lagi? Cepat-cepat dapatkan koleksi Royale Orchid ni untuk pakai masa raya nanti okey? Confirm lain daripada yang lain lah.


xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page