Sculpt Look with Lakmé Absolute

05 May 2016

Assalamualaikum. Ayue memang biasa nampak kosmetik jenama Lakmé ni dipasaran. Selama ni Ayue ingatkan jenama Lakmé sesuai untuk wanita berkulit gelap kerana jenama ini sangat popular di India. Tapi sangkaan Ayue selama ini salah selepas Ayue menghadiri Lakmé Absolute Sculpt Event di Mid Valley baru-baru ni.


Menariknya, di event Lakmé ni, Ayue bukan saja di perkenalkan dengan rangkaian produk Lakmé Absolute, malah turut mendapat tips mekap dan trend mekap terkini iaitu 'Sculpt'. Kami di diajar membuat beberapa makeup look oleh MUA menggunakan produk Lakmé dan cara untuk mendapatkan 'sculpt face', sculpt eyes' dan 'sculpt lips'.



Sculpt Face
'Sculpt face' adalah dengan membuat shading di wajah menggunakan teknik highlight dan kontur. 'Sculpt face' sangat mudah diperoleh dengan menggunakan Lakmé Absolute Mattreal Skin Natural Mousse Foundation (RM73.30) yang sepadan dengan warna kulit anda. Untuk kontur, pastikan anda memilih warna yang paling gelap dari Lakme Absolute Mattreal Skin Natural Mousse. Apa yang Ayue suka tentang mousse ini adalah ia menutup liang pori dan mengaburkan ketidaksempurnaan. 
Lakmé Absolute Mattreal Skin Natural Mousse Foundation (RM73.30)

Untuk kesan dwi merah pada pipi anda, gunakan Lakmé Absolute Face Stylist Blush Duos (RM51.80).

Lakmé Absolute Face Stylist Blush Duos (RM51.80)


Sculpt Eyes
Serlahkan mata anda dengan Lakmé Absolute Kohl Ultimate (RM57.30) untuk menggariskan kontur mata anda untuk membuat sculpt eye look. Ia tahan lama, tahan air dan smudge proof. Ia juga mempunyai ceremides pelembab unik yang melegakan dan melembutkan bulu mata. 

Lakmé Absolute Kohl Ultimate (RM57.30)

Diikuti dengan Lakmé Absolute Flutter Secret Mascara Dramatik (RM50.80), ia mempunyai formula memori curl jangka panjang untuk membuat bulu mata anda kelihatan lebih lebat dan berwarna.

Lakmé Absolute Flutter Secret Mascara Dramatik (RM50.80)


Sculpt Lips
Kontur dan ukir bibir anda denga Lakmé Absolute Sculpt Studio Hi-Definition Matte Lipstick (RM39.90). Apa yang Ayue suka tentang lipstick ini adalah ia memberi kesan matte pada bibir, tahan lama dan mempunyai 12 warna yang menonjol.

Lakmé Absolute Sculpt Studio Hi-Definition Matte Lipstick (RM39.90)

Cantikkan 'sculpt look' menggunakan produk Lakmé ni. Bukan saja untuk wanita berkulit gelap, malah untuk yang berkulit cerah juga kelihatan sangat cantik. 



Untuk anda yang ingin menggunakan produk Lakmé, Ayue ada berita baik dimana Lakmé akan melancarkan satu set produk pada bulan Jun tahun ini dengan harga RM99.00. Set ini mengandungi LAKMÉ Absolute High-Definition Sculpt Lipstick, LAKMÉ Absolute Ultimate Kohl dan LAKMÉ Absolute Flutter Secret Dramatic Mascara dan boleh didapati di Guardian.


Oh ya, anda juga boleh menggunaka aplikasi Lakmé Makeup Pro untuk melihat dahulu bagaimana rupa anda menggunakan produk Lakmé sebelum anda benar-benar memakainya. Cool gila kan? Download lah. Apa tunggu lagi? Hehe


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Facebook : Lakme Malaysia



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.