Buffet Ramadan 2016 | Menara Kuala Lumpur dan pengalaman di Sky Box

Wednesday, June 22, 2016

Assalamualaikum. Sebenarnya dah lama sangat dah Ayue teringin naik KL Tower ni. Bayangkan umur dah 29 tahun tapi sekali pun belum pernah naik Menara Kuala Lumpur tu. Asyik bertangguh je. Syukur Ramadan 2016 ni Ayue berkesempatan naik ke KL Tower tu untuk ramadan buffet di Megaview Banquet.


Ayue ke Megaview Banquet, KL Tower dengan tunang Ayue. Kebetulan masa kami datang hujan selebat-lebatnya di Kuala Lumpur. Langit jangan kata lah, gelap macam malam walaupun masa tu baru pukul 6 petang. Cuak juga Ayue nak naik atas tu. Yelas, dah lah first time nak naik KL Tower, boleh pula hujan kan?

Rupanya semua tu hikmah. Allah nak bagi Ayue pengalaman yang paling Ayue tak dapat lupa di atas Menara KL tu.





Sampai saja di Megaview Banquet, Ayue dah tak sabar nak berbuka sebab hidangan ni semua disediakan oleh Chef Ismail. Masakan Chef Ismail memang sedap! Ayue dah rasa banyak kali dah di restoran Rebung Chef Ismail. Baik restoran yang lama dan yang baru. Menu yang disediakan pula memang kena betul dengan selera Ayue. Ala kampung!




Ya ampun, sedapnya. Semua nampak menyelerakan. Lagi-lagi masak lemak perut dengan rebung dan siput sedut. Rugi lah kalau tak rasa rebung masakan Chef Ismail. Menang favorite Ayue tiap kali ke Rebung tu. Chef Ismail akan ada di Menara KL setiap hari Rabu, Jumaat dan Ahad. Kalau anda nak jumpa dan bergambar dengan Chef, boleh lah datang berbuka di Menara KL pada hari-hari yang Ayue senaraikan tadi okey.








Lagi satu menu favorite Ayue adalah Tempoyak Pucuk Ubi. Kalau dapat ni memang jilat jari lah. Nasib baik makan dekat Menara KL, kena behave sikit. Hehe.












Dessert pun tak kurang hebatnya. Serawa Durian ni paling menjadi rebutan sekali. Kejap-kejap staff kena tambah sebab Ayue seorang je dah 3 mangkuk! Haha. Pekat, sedap dan terangkat kot. Makan pula dengan pulut, fuhh. Memang penutup menu yang sangat perfect.






KL Tower Ramadhan Buffet dibuka mulai 11 Jun 2016 hingga 3Julai 2016, bermula 6.30 petang hingga 10.00 malam di Mega View Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur.


Harga RM99++ untuk dewasa dan RM59++ untuk kanak-kanak.
Dan setiap pembelian 10 buffet dewasa, anda akan dapat percuma 1 buffet. Surau juga disediakan.

Okey, yang bestnya, dengan setiap pembelian buffet ramadan, anda akan dapat diskaun untuk ke Pelantar Pemandangan (Sky Deck) dan Sky Box dengan hanya RM20!!

Ni lah dia pengalaman yang berharga yang Ayue kata tadi. Alhamdulillah Ayue dapat menikmati pemandangan yang maha indah Kuala Lumpur dari ketinggian 300m. Disebabkan hujan baru saja berhenti, jadi pemandangan sekitar Kuala Lumpur sangat jelas dengan lampu yang sangat cantik. Tak dapat Ayue nak gambarkan dengan kata-kata. Cantik rupanya Kota Kuala Lumpur ni walaupun penuh dengan bangunan.


Ditambah pula dengan pengalaman berdiri di dalam Sky Box yang membuatkan seperti Ayue terapung di udara. Kotak ni berada diluar bangunan dan hanya berdindingkan cermin! Bayangkan. Nasib baik Ayue dan tunang bukan jenis gayat. Dapatlah menikmati betul-betul pemandangan di atas tu. Cantik kan?




Jika anda ingin ke sini tanpa buffet ramadan, dapatkan diskaun sebanyak 35% bagi bayaran masuk dari 1 Jun 2016 hingga 31 Julai 2016 dengan hanya RM88.00 bagi pemegang MyKad dan RM118.00 untuk pengunjung antarabangsa. Ia termasuk tiket ke Sky Deck + Sky Box + Pelantar Pemandangan dan mana-mana satu (1) tarikan seperti KL Tower Mini Zoo/ XD Theater/ F1 Simulator/ Blue Coral Aquarium/ Upside Down House dan mendapatkan juga foto saguhati PERCUMA dan tag bagasi dari Menara Kuala Lumpur.

Percuma untuk kanak-kanak dari1 hingga 3 tahun dan juga percuma tiket masuk ke Pelantar Permandangan, Menara Kuala Lumpur.



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-20205444 dan layari www.menarakl.com.my atau www.facebook.com/officialmenarakl



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive