Cara Atasi Sembelit dengan Moringa Oleifera @ Pokok Munggai

Tuesday, June 21, 2016


Assalamualaikum. Bulan puasa ni banyak dugaan sungguh. Kadang-kadang Ayue sampai risau mampu tahan ke tak sampai berbuka ni. Malu lah dah tua bangka ni tak larat puasa kan? Tapi bila tengok keadaan cuaca yang kejap panas kedegang, kejap hujan ribut. Kesian juga dekat kanak-kanak yang baru nak belajar puasa tu.

Anak buah Ayue tahun ni baru nak belajar puasa. Alhamdulillah belum ponteng pun lagi setakat ni.

Cuma, ada lah dengar dia mengadu haus, sakit perut bila nak buang air besar. Bukan dia saja sebenarnya, Ayue sendiri pun susah nak buang air besar sepanjang ramadan ni. Maklum lah, badan terkejut sebab tiba-tiba kekurangan air dan serat kan. Usus besar kita serap lebih banyak air dari biasa. Tu sebabnya najis kita jadi keras. Bukan main susah lagi proses pembuangan kita nanti. Lebih lama dari biasa.


Siapa yang kenal Ayue mesti dah tahu yang keluarga Ayue ada sejarah kanser usus. Masalah usus ni macam dah jadi keturunan dalam keluarga Ayue. Kami anak beranak memang ada masalah usus, antara teruk dengan tidak je. Arwah nenek dan ayah Ayue dulu pun meninggal sebab kanser usus. Sekarang ni turun ke abang, tapi alhamdulillah abang Ayue cepat kesan, dan buat rawatan.


Ayue sendiri pun selalu je ada masalah usus. Sistem penghadaman Ayue tidak lancar macam orang lain atau lebih tepat lagi Ayue ni selalu ada masalah sembelit+Naomie .Licouz dah kenal sangat dah dengan Ayue ni sebab Ayue selalu habiskan masa dengan dia. Naomie dah tiga empat kali ke tandas dalam sehari, Ayue sekali pun belum. Padahal kami makan dan minum benda yang sama. Nampak sangat yang Ayue ni bermasalah kan?

Sebenarnya Ayue risau juga. Yelah, siapa yang tak risau kalau tiap kali ke tandas, mesti ada masalah. Untuk anda yang mungkin fikir, "alah, sembelit je pun, buat apa nak risau?" Haa, ni Ayue nak beritahu. Kesan dari sembelit tu boleh menyebabkan buasir tau. Buang air besar sampai berdarah-darah disebabkan najis kita yang keras tadi tu mengoyakkan dinding usus. Allahuakbar, sakitnya!


Semua orang tak kira tua atau muda cenderung untuk mempunyai masalah sembelit. Antara sebab seseorang cenderung untuk mempunyai masalah sembelit adalah mereka yang menahan untuk membuang air besar, kekurangan air dalam badan, perubahan rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan, kurang serat dalam diet, kurang aktiviti fizikal dan yang mengambil ubat-ubatan. Semua ni antara penyebab untuk anda mempunyai masalah sembelit. Terkejut tak?


Sementara nak tunggu badan serasi dengan bulan ramadan, Ayue pasti mesti ramai yang ada masalah sembelit kan? Ayue pun ada juga, jadi Ayue ambil keputusan untuk mengamalkan minuman bijirin DeVida De Green yang diperkaya dengan Moringa Oleifera.



Apa benda Moringa Oleifera ni? Pelik je bunyinya? Hehe. Sebenarnya Moringa Oleifera ni nama saintifik kepada pokok Moringa/Munggai/Monggal/Gemunggal/Kacang Kelo. Banyak sungguh nama kampung untuk Moringa Oleifera ni. Kalau sebut dekat orang kampung, atau orang bandar sekali pun, memang mereka tak tahu. Tapi cuba sebut munggai, mesti ramai yang kenal.


Daun Moringa | Credit : http://www.pittaayurveda.com/moringa-oleifera/

Buah Moringa | Credit : http://www.mekar.ca/en/learn/1001-virtues-of-moringa




Pokok Moringa Oleifera atau munggai ni banyak sangat khasiat dia. Dari daun, buah sampai lah ke akarnya, boleh digunakan. Orang india dan melayu suka letak buah munggai ni dalam masakan seperti kari. Daunnya pula dibuat masak lemak. Fuhh, sedap tau! Lebih sedap dari pucuk paku.

Antara kebaikan Moringa Oleifera adalah ia mampu menstabilkan tekanan darah, mengawal kadar glukos dalam darah, meningkatkan ketahanan badan, merawat cirit-birit, bengkak dalam usus, parasit dalam perut, sengal tulang, sakit sendi, gout, sakit kerongkong, jangkitan saluran kencing dan kurang darah. Malah Moringa Oleifera juga mempunyai sifat anti kuman, termasuk bakteria Helicobacter pylori yang menyebabkan sakit ulser dan gastrik, serta anti bengkak.



Nampak tak betapa hebatnya pokok ajaib Moringa Oleifera ni. Sebab tu bila Ayue tau ada produk yang menggunakan Moringa Oleifera sebagai bahan utama, Ayue excited nak cuba. Dah seminggu dah pun Ayue mengamalkan DeGreen ni. Hari pertama pengambilan pun Ayue dah nampak kesan. Serius Ayue tak tipu. Ayue yang selalu susah nak buang air ni pun boleh buang air dengan mudah lepas minum DeGreen ni.


Tapi anda jangan salah faham pula, DeGreen ni langsung tidak membuatkan anda sakit perut macam minum teh kurus tu. Takda lah sampai banyak kali nak ke tandas. Kesan dia pada Ayue adalah dari 2 hari sekali Ayue buang air besar, jadi tiap-tiap hari. Maksudnya sistem penghadaman Ayue dah kembali normal macam orang lain. Bagus kan?

DeGreen ni sebenarnya kaya dengan pelbagai khasiat serat yang menggalakkan pembersihan kolon dengan membuang makanan sisa buangan yang terselit di dalam usus. 




Antara Bijirin yang terdapat di dalam DeGreen adalah:

Moringa Oleifera
Sumber nutrisi luar biasa yang boleh meningkatkan & mengekalkan tenaga dalam badan.

Bijirin Penuh
Dapat mencegah gangguan pencernaan, penyakit jantung, pembentukan plak di pembuluh darah arteri, mengurangkan kadar gula pada penderita diabetes, tekanan darah tinggi, kadar kolesterol, berat badan dan risiko obesiti.

Spirulina
Mempunyai kandungan gizi yang tinggi sesuai untuk meningkatkan kekebalan tubuh, kekuatan tubuh melawan radiasi, sebagai anti-aging, pencecah penyakit jantung dan sebagainya.

Rumput gandum
Sumber terbaik kalsium yang dapat membuang toksin dalam badan, membersihkan usus, meningkatkan tenaga dan sistem imun.

Sayuran dan buahan
Kandungan vitamin dan mineral yang tinggi di dalam sayuran & buahan akan melancarkan pencernaan, mampu menurunkan obesiti serta mampu menurunkan kadar kolesterol yang cukup tinggi, tekanan darah yang lebih stabil bahkan mampu mencegah terjadinya penyakit kanser.

Buah Amla
Buah amla juga merupakan sumber karbohidrat dan serat yang baik dan berkesan untuk mengurangkan risiko pelbagai penyakit berkaitan sistem pencernaan, masalah kulit, kandungan kolesterol dalam badan.


Kesemua bijirin yang ada dalam DeGreen ni baik untuk kesihatan kita, Bukan sekadar penjagaan usus je tau. Sebab tu Ayue suka sangat. Rasa DeGreen ni pun sedap, sama seperti minum nestum, tapi warna hijau. Hehe. Takpa, janji DeGreen ni dapat menyahtoksik & menggalakkan kesihatan usus yang baik, menggalakkan penghadaman yang sihat, melegakan sembelit, dan meningkatkan tahap tenaga semasa bulan ramadan ni pun dah kira baik.

Bak kata orang, lebih baik mencegah dari merawat kan. Kalau dah sakit kan susah nak baik? Lagi pun kos mencegah tu lebih rendah berbanding merawat tau. Ayue dah ada mengalaman dalam keluarga, sebab tu Ayue tau. Bila dah sakit baru nak menyesal tak guna dah. Jadi, ingat pesan Ayue ni. Usus yang sihat dan baik adalah kunci kepada kesihatan yang baik. Jangan ambil mudah okey?


Cara pengambilan DeGreen ni pun mudah je. 

Campurkan 1 sachet DeGreen dengan 125ml air sejuk atau suam. Kacau dan minum dengan segara. Ambil 1-2 sachet sehari sebelum makan untuk penyerapan pantas. Pastikan anda minum air yang mencukupi apabila anda mengambil DeGreen .





Mudahkan? Jom amalkan DeGreen untuk elak sembelit puasa ni?






Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
atau hubungi 017-3803189 untuk pembelian


xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive