Koleksi Baju Raya Jakel | Cantik dan Mampu Milik

14 June 2016

Assalamualaikum. Tiap kali Ramadan, Jakel tak pernah lupa untuk membuat lelong gila-gila untuk mempromosikan koleksi baju raya 2016 kepada pelanggannya. Tahun ni Jakel kembali dengan kempen Oh!! Meriahnya Raya untuk membuat pelanggannya tak senang duduk, termasuklah Ayue. Baju raya Jakel dah lah cantik, murah pula tu! Geram je Ayue tengok tau.


Menariknya, tahun ni Jakel menampilkan duta raya Jakel iaitu Datuk AC Mizal, Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al-yahya, Lara Alana dan Upin Ipin untuk memeriahkan lagi kempen Oh!! Meriahnya Raya ni. Tiap tahun duta-duta ni lah yang akan membuat promosi dan lelongan (happy hour) untuk setiap koleksi baju raya yang diilhamkan daripada mereka. Tahun ni Ayue sempat ke Jakel Shah Alam untuk melihat sendiri sesi happy hour tu. Meriah betul!



Dari awal pagi lagi pelanggan setia Jakel dah beratur panjang untuk mendapatkan 300 baju melayu percuma untuk yang terawal sampai di Jakel Shah Alam dan 200 lagi percuma untuk setiap pembelian. Bukan tu je, untuk yang tak sempat sampai awal, ada diskaun 30% hingga 80% diberikan untuk setiap pembelian tau. Bukan sikit-sikit diskaun tu. Sebab tu ramai yang suka ke Jakel, selain dari kualiti kain yang bagus, harga pun murah.



Sebelum sesi lelongan bermula, Ayue sempat tengok koleksi-koleksi baju raya yang ada tahun ni. Yelah, kejap lagi dah mula lelong, boleh terus sambar kan? Hehe. Antara artis yang membuat lelongan hari tu adalah Datuk AC Mizal, Aaron Aziz, Nabil Ahmad dan Awal Ashaari. 





Fuh, berpeluh juga ketiak ni bila sesi lelongan dah bermula. Orang ramai berpusu-pusu mendapatkan baju raya mereka dengan harga yang sangat murah. Bayangkan dari harga RM329 lelong kepada RM140!! Siapa yang taknak sambar kan? Sesi lelongan ni hanya dibuat semasa artis ada, harga yang dilelong juga berbeza-beza mengikut koleksi. Tapi lepas lelong pun baju raya Jakel masih ada promosi. Jangan risau ok.

Sponsored Video: Dream Again | SK-II #changedestiny

Baju Melayu Moden


Baju Melayu Aaron Aziz






Untuk koleksi Baju Melayu Aaron Aziz ia direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif bercorak. Rekaan terbaru khas 2016 ni adalah dari pelbagai jenis fabrik. Antara warna yang bakal menjadi pilihan tahun 2016 ni adalah hijau zamrud, biru diraja, peach, jingga, hijau tiffany, hijau mint dan merah cili. Untuk anda yang mencari baju melayu yang selesa, bersize besar, poket yang terletak, tidak mudah berkedut, boleh lah beli baju melayu Aaron Aziz. 


Baju Melayu Nabil Ahmad



Koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad pula berkonsepkan moden kontemporari yang juga menekankan kekemasan pada leher dan poket. Orang-orang muda jiwa remaja mesti suka dengan potongan baju melayu Nabil ni sebab lebih kepada cutting fit dan trendy. Nampak smart lah bila pakai kan. Ayue pun suka dengan potongan baju melayu Nabil Ahmad ni. Baju-baju ini ditawarkan berbeza-beza mengikut pada rekaan dan kualiti.


Baju melayu Datuk AC Mizal dan Jep Sepahtu



Antara koleksi terbaru untuk raya nanti adalah koleksi baju melayu Datuk AC Mizal dan Jep Sepahtu. Boleh lah anda pilih yang mana satu berkenan di hati. Harga yang ditawarkan untuk koleksi baju melayu moden ni mampu milik dan sangat lah murah dengan harga bermula serendah RM89. Siap dapat free sampin dan butang baju melayu tau.


Koleksi Jubah Terawih



Jubah Terawih Jep Sepahtu



Merupakan keluaran terbaru dan terkini Jakel yang menggunakan fabrik cotton yang bercorak yang sesuai dipakai dengan iklim panas Malaysia ni disamping kekemasan di di potongan leher dan di belakang bahu serta mempunyai poket. Malah terdapat motif design pada bahagian dada dan jubah Jep Sepahtu ni mempunyai kafling di pegelangan tangan untuk memudahkan anda mengambil wuduk.


Jubah Terawih Aaron Aziz


Untuk anda yang berbadan sado, mungkin boleh pilih jubah Aaron Aziz ni. Sangat sesuai digayakan kerana setiap rekaan mementingkan keselesaan dan kekemasan. Nak ambik wuduk pun senang. Setiap koleksi jubah terawih ni mempunyai lebih 100 warna tau.


Jubah Terawih Nabil Ahmad


Jubah Nabil ni menggunakan fabrik cotton yang bercorak yang sesuai dipakai dengan iklim panas Malaysia. Dan mempunyai kemasan di potongan leher dan di belakang bahu serta dilengkapi poket. 



Baju kurung dan Pakaian Kanak-kanak


Baju Kurung Ayda Jebat


Koleksi baju kurung dibawah label Ayda Jebat membawa konsep kurung moden yang sesuai dengan citarasa terkini wanita sekarang. Rekaannya lebih segar dan elegan. Berkenan betul Ayue dengan koleksi Ayda Jebat ni.


Baju Melayu Kanak-kanak Upin Ipin




Untuk pakaian kanak-kanak pula, masih mengekalkan koleksi Upin Ipin. Tetapi tahun ni rekaan yang sedai ada diubah kepada rekaan baju melayu bercorak. Barulah variety sikit kan. Asyik sama je. Koleksi baju melayu Upin Ipin ni dijual dengan harga serendah RM59 dan diberi percuma sampin dan butang baju melayu.


Koleksi Schawalara X Jakel

Scha Al-Yahya X Jakel






Jakel mengeluarkan koleksi baju kurung dan jubah dress di bawah label Scha Al-yahya yang sesuai untuk dipakai oleh semua lapisan masyarakat. Fabrik yang digunakan adalah dari himpunan fabrik-fabrik berkualiti dari jenis fabrik kapas sulam, chiffon, lace, dan banyak lagi.  Sangat selesa untuk dipakai ke solat tarawih atau di pagi raya. Diperkemas dengan detailing seperti jahitan manik, perincian lace, dan cutting yang menarik. Boleh didapati dari size S hingga XL. Harga yang ditawarkan berbeza-beza mengikut rekaan dan kualiti. Yang penting mampu milik!




Jubah dress pula diilhamkan untuk mereka yang mementingkan keselesaan. Walaupun mempunyai efek maxi dress, ia masih mengekalkan unsur muslimah. Rekaan jubah ini bermotifkan corak pucci, floral, abstrak dan lace dan direka secara eksklusif menggunakan digital printed dan material heavy dorisy. Sangat selesa untuk dipakai ke solat tarawih di bulan puasa, masjlis berbuka puasa atau di pagi raya kerana ia dihasilkan daripada washable pucci silk dan dihiasi dengan batu swarovski untuk serlahkan lagi keanggunan si pemakai.  


Awal Ashaari X Jakel



Koleksi Baju Melayu di bawah label AA-Awal Ashaari. Disamping kekemasan ia juga mengetengahkan potongan ‘shirt’ tanpa pesak seperti kebiasaan baju melayu. Apa yang menarik perhatian Ayue adalah koleksi Awal ini didatangkan dengan ‘poket square’ dwi bentuk di reka untuk si pemakai dengan dua stail yang berbeza.


Jubah Awal ni menggunakan fabrik cotton yang bercorak yang sesuai dipakai dengan iklim panas Malaysia. Dan mempunyai kemasan di potongan leher dan di belakang bahu serta dilengkapi poket. Apa yang membezakan jubah Awal dengan yang lain adalah jubah ini disertakan dengan poket di bahagian hadapan dan juga sisi bahagian kiri jubah. Rekaan jubah Awal Ashaari juga mempunyai ‘poket square’ dwi bentuk dan Logo AA dibahagian sisi ‘hidden pocket’ memberikan penjenamaan Awal Ashaari pada jubah ini. Harga serendah RM199 sepasang dan turut diberi percuma samping dan butang baju. 


Lara Alana X Jakel




Bagi merealisasikan konsep kekeluargaan, Jakel juga turut menampilkan Lara Alana untuk mempromosikan baju kurung kanak-kanak perempuan Lara Alana X Jakel. Populariti Lara Alana dengan pengikut hampir 2 juta membuatkan pihak Jakel mengangkat si kecil ini sebagai duta pakaian kanak-kanak pertama yang berkolaberasi dengan Jakel dengan label Lara Alana X Jakel. Bertuah sungguh Lara! Ayue salah seorang peminat setia Lara tau. 

Koleksi yang direka dengan 10 rekaan mengunakan fabrik yang lembut dan sesuai dengan kulit kanak-kanak. Memberi kelainan rekaan ini turut dihiasi dengan butiran beads dan lace. Bukan saja warna yang menarik tapi memang sesuai untuk kanak-kanak berusia antara 1-12 tahun.

Antara koleksi Schawalara :






Kempen Oh!! Meriahnya Raya akan diteruskan lagi di cawangan Jakel yang lain iaitu :
  • Johor Bahru pada 18hb Jun 2016
  • Jakel Sabah pada 25 Jun 2016
  • Jakel Sg Petani pada 1 Julai 2016 
  • Jakel Alor Setar pada 2 Julai 2016

Jangan lupa datang okey? Datang awal-awal boleh dapat baju raya percuma. 


Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Jakel, boleh layari 

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.