Nasi Lemak Paling Sedap di Johor Bahru

Thursday, June 02, 2016

Assalamualaikum. Ingat lagi entry Ayue tentang Hotel Paling Best dan Paling Terbaik di Johor Bahru hari tu? Kali ni Ayue nak cerita pula tentang makanan yang sangat sedap di DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru. Makan Kitchen, restoran yang terletak di dalam hotel ni menawarkan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam untuk pengunjungnya.



Ayue sukakan rekabentuk dalaman yang diketengahkan oleh Makan Kitchen ni. Nampak menenangkan jiwa dengan rekaan yang diilhamkan oleh serantau. Luas dan sangat selesa. Kebetulan masa Ayue datang memang ramai orang, tapi tidak sesak dan masih selesa untuk menjamu selera. Terletak di lobby hotel, restoran ni dibuka dari pukul 6.30 pagi sehingga 11 malam setiap hari.







Untuk menu sarapan pagi, pelbagai menu barat dan Asia disediakan. Kalau anda sukakan menu barat seperti telur dadar, roti bakar, kacang panggang, bijirin dan macam-macam lagi, jangan risau sebab semuanya ada. 





Malah pengunjung yang sukakan menu sarapan pagi yang lebih tradisional, anda boleh menikmati hidangan menggoda Peranakan Melayu, Cina, India si stesen yang disediakan. Ayue tak lepas peluang menikmati nasi lemak yang ada disini. Ayue tak sangka langsung yang pilihan Ayue sememangnya tepat! Nasi lemak di Makan Kitchen ni antara yang terbaik Ayue pernah makan. Sangat-sangat sedap! Serius. Ayue sanggup datang ke Johor semata-mata nak makan nasi lemak ni je tau. Hehe. Kalau anda ke DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru, jangan lupa rasa nasi lemak mereka okey?






Ayue ada juga rasa menu masakan india, seperti roti canai dan roti puri. Mengancam juga! Agaknya kalau Ayue duduk lama di hotel ni mesti makin naik berat badan. 





Untuk anda yang gemarkan live cooking, masakan fresh kononnya, telur dadar, bihun singapore dan mee bandung, waffle dan pancake juga ada di sini. 




Disebabkan perut dah terlalu penuh untuk sarapan pagi, Ayue tak sempat rasa menu masakan cina. Rugi pula rasanya sebab Ayue tengok ada macam-macam juga. Pau gebu pun ada!







Takpa lah, mungkin lain kali boleh. Makan kat Makan Kitchen ni memang susah nak tahan nafsu. Semuanya sedap-sedap belaka. 


Oh ya, Ramadhan nanti DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru akan adakan Ramadhan Buffet tau. Ada Kambing Golek, Itik Penyet, Som Tam, Rendang Tok Kawah dan macam-macam lagi lah. Teringin pula Ayue nak cuba! Harap-harap adalah rezeki ke sana lagi nanti :)

Mulai 20 Jun 2016 sehingga 2 Julai 2016, DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru akan mengadakan Festive Fasting Celebration:

FEAST @11th
Level11, Ballroom & Terrace
Bayaran adalah RM110 per person

Cepat-cepat book okey? Mesti tak menyesal punyalah. Untuk maklumat lanjut tentang DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru, boleh layari : 



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive