Resepi Mudah | Daging Dendeng Raya Sedap!

Monday, June 06, 2016

Assalamualaikum. Sebenarnya resepi ni resepi turun temurun keluarga belah ayah Ayue. Dulu kalau nenek Ayue buat memang terangkat lah sebab guna cili giling. Tapi sekarang apa kurangnya, guna cili blend je. Haha. Daging dendeng ni memang favorite keluarga Ayue sejak azali lagi. Tak payah tunggu raya memang kami selalu buat.

Resepi Daging Dendeng Sedap

Resepi Daging Dendeng ni dah sebati dalam keluarga Ayue, turun sampai lah ke anak cucu. Sekarang yang tengah conquer generasi Ayue lah. Kena turun kan ilmu ke anak-anak pula nanti. Cuma bila dah sampai ke Ayue, mungkin tak sama sikit rasanya macam arwah nenek dulu. Tapi insyaAllah, sedap. Jangan risau. Mesti makan sampai jilat jari punya lah! Lagi pedas, lagi terangkat!

Ok dah jom tengok resepi. Banyak pula bebelnya ya.

Resepi Daging Dendeng

Bahan-bahan
Daging - 1 kilo
Kicap lemak manis - secukupnya

Bawang besar - 1 biji
Bawang putih - 3 ulas
Halis - 1 inci
Cili kering - segenggam (blend)
Serbuk lada hitam - 1 sudu (Ayue suka 2 sudu, banyak lagi pedas & sedap)
Asam jawa - 1 sudu
Garam - secukupnya

Cara-cara
  1. Rebus daging sampai empuk
  2. Hiris nipis. Hati, jangan salah potong pula. Kena ikut urat daging tu okey.
  3. Tumbuk hirisan daging hingga leper. Jangan sampai hancur pula.
  4. Gaul daging dengan kicap lemak manis dan gaul rata.
  5. Goreng hingga separuh garing.
  6. Siap goreng dan ketepikan. Rupa daging masa ni hitam legam. Hehe.
  7. Kemudian tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis hingga sampai naik bau.
  8. Masukkan cili blend dan tumis sampai garing.
  9. Masukkan serbuk lada hitam
  10. Masukkan air daging sedikit dan asam jawa, rasanya dengan garam.
  11. Masukkan daging, dan masak hingga kering.
  12. Siap untuk dimakan.

Sponsored Video: SK-II x Tang Wei | Exclusive Interview On Her Dreams

Rebus daging sampai empuk

Hiris nipis. Hati, jangan salah potong pula. Kena ikut urat daging tu okey.

Tumbuk hirisan daging hingga leper. Jangan sampai hancur pula.

Daging dah siap tumbuk

Gaul daging dengan kicap lemak manis dan gaul rata.


Goreng hingga separuh garing.

Siap goreng dan ketepikan. Rupa daging masa ni hitam legam.

Kemudian tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis hingga sampai naik bau.

Masukkan cili blend dan tumis sampai garing.

Masukkan serbuk lada hitam.
Masukkan air daging sedikit dan asam jawa, rasanya dengan garam.

Masukkan daging, dan masak hingga kering. Siap!

Mudah je kan. Daging tu Ayue tak goreng sampai garing sebab Ayue kurang gemar rasa daging yang rangup. Ayue lebih suka dia tak terlalu garing. Tapi kalau anda suka yang garing pun takpa. Goreng je sampai garing okey. Garam pula tak perlu banyak sebab daging dah cukup masin.

Ayue suka makan dengan nasi putih panas-panas. Fuhhhh! Terbaik baq hang! Lada hitam tu punya menyengat, sampai berpeluh-peluh kepala ni ha. Kalau masa raya pula, makan dengan ketupas, lemang. Adoiiii..bila nak raya ni? Tak sabar nak makan! (Padahal puasa baru sehari)

Bila dah ada daging dendeng ni, selalunya rendang lain macam rendang ayam, rendang tok, semuanya tolak tepi dulu. Makan daging dendeng ni sampai puas, baru nampak rendang yang lain. Hehe. Sebab tu tiap kali raya kena buat lebih sikit. Kalau tak ada yang kempunan.

Eh, kalau nak test try untuk berbuka puasa pun apa salah nya. Buat jangan tak buat. Selamat mencuba!


PS : Kalau nak tengok resepi lain, boleh cuba tengok resepi dari blog Azian Hassan ni. Boleh tahan sedap juga Ayue tengok : http://lynk.my/Fv3f . Selamat mencuba okey?

xoxo,

post signature
Gaambar kredit pada adik Ayue : Daya Idris

You Might Also Like

1 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page