Resepi Mudah | Sambal Tok Tok / Totok Sedap

Friday, June 10, 2016

Assalamualaikum. Bila makan masakan kampung tu, tak sah kalau takda sambal kan. Sambal belacan lah, sambal hijau lah, sambal tempoyak lah. Kali ni Ayue nak share resepi sambal tok tok atau ada juga yang panggil sambal totok. Sambal tok tok ni memang favorite orang jawa. Kalau makan dengan nasi panas memang bertambah-tambah lah jawapnya. 


Kalau anda tiada selera makan, Ayue cadang kan anda buat sambal tok tok ni, makan dengan kari tanpa santan, atau paling malas pun makan dengan ikan goreng garing-garing. Ya allah, nikmat makan tu tuhan je yang tau. Berselera sungguh. Rasa sambal yang pedas dengan ikan bilis rangup, betul-betul sedap sampai Ayue yang menaip ni pun terliur dibuatnya. Untuk ramadan ke lima ni, Ayue masak Sambal tok tok sebagai salah satu menu untuk berbuka. Confirm bertambah kejap lagi ni. Hehe.

Resepi Sambal Tok Tok / Totok


Bahan-bahan
Ikan bilis - 1 genggam
Bawang besar - 1 biji
Cili hidup - 3 tangkai
Cili padi - 6 tangkai
Limau kasturi - 2 biji (dibuang biji)
Garam - secubit
Gula - secukupnya

Ikan bilis - 1 genggam

Bawang besar - 1 biji

Cili hidup - 3 tangkai, Cili padi - 6 tangkai

Limau kasturi - 2 biji (dibuang biji)

Cara-cara

  1. Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
  2. Tumbuk bawang besar, cili hidup dan cili padi.
  3. Masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk hingga hancur.
  4. Perah limau nipis, rasakan dengan garam dan gula.
  5. Siap untuk dimakan.


Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.

Tumbuk bawang besar, cili hidup dan cili padi.

Masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk hingga hancur. Perah limau nipis, rasakan dengan garam dan gula.

Siap untuk dimakan.

Mudah saja kan. Bahan-bahan pun senang didapati. Semuanya dah siap-siap ada dekat dapur tu haa. Tinggal nak buat je. Kalau susah juga tak tau lah nak kata apa. Dah lah bahan sikit, resepi mudah, cepat, sedap pula tu. Anda wajib cuba ok. Bosan lah asyik sambal biasa je kan? Kali ni apa kata cuba sambal tok tok pula? Baru lah umphhh!

Tapi Ayue nak tekankan kat sini, versi sambal tok tok ni ada banyak. Yang versi ni tak perlu goreng dulu bawang dan cili tu. Kira ni versi paling senang dan paling malas. Hehe. Sedap juga. Nanti Ayue share resepi yang kena goreng bawang dan cili dulu tu okey?


Selamat berbuka puasa :)



xoxo,

post signature
Picture credit : Adik Ayue, Daya Idris

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page